Wednesday, November 5, 2014

Terpinga-pinga seketika...

Masih awal lagi ketika sampai di Pulau Pinang. Untuk melengah-lengahkan masa aku, kakak, adik dan Daryl jalan-jalan di Komtar dan makan sebab perut dah terasa lapar. Pukul 1 tengahari baru kami masuk ke perkarangan terminal  Swetthenam Pier dan check-in. Sama macam naik kapal terbang jugak, kita akan serahkan bagasi dan mereka akan uruskan segalanya juga ada borang tentang kesihatan yang perlu kita isi. Sebelum melalui pemeriksaan imegresen para penumpang akan disajikan dengan tarian selamat datang yang sungguh rancak dari crew kapal “ha kau! rancak giler mereka menari!” Permulaan je dah 'panas!' haha..

Sebaik saja melalui pemeriksaan imegresen, kita akan di sambut dan dipeluk oleh maskot beruang sambil fotographer yang telah bersedia mengambil gambar. Dan sebelum melangkah ke dalam kapal, crew-crew kapal akan memeriksa senarai nama-nama penumpang dan mengambil pasport kita. Sebagai ganti penumpang akan di berikan sekeping kad yang meliputi pelbagai kegunaan. Sebagai kad pengenalan diri ketika turun di daratan, kunci bilik dan untuk membeli belah di atas kapal.

Taklimat keselamatan oleh crew kapal atas deck 6.
Waktu ini hati aku berdebar-debar dan rasa takut sikit! 
Teringat cerita Titanic.

Kad pengenalan/pasport, kunci bilik dan 
untuk membeli belah di atas kapal

Pertama kali melangkah masuk ke dalam kapal aku agak terpinga-pinga sedikit “betul ke aku berada di dalam kapal laut”  Ianya seolah-olah berada dalam hotel lima bintang atas daratan.

Sebelum kapal bergerak penumpang di beri sedikit taklimat tentang keselamatan. Selesai taklimat semuanya akan naik ke deck 9 di kawasan kolam renang untuk sesi berkenalan dan bertemu dengan crew kapal, kapten dan persembahan tarian dari artis khas dan juga anak-anak kapal. Sungguh meriah dan happening. Chef kapal telah menunjukkan demonstrasi memasak tomyam. Kemudian di teruskan dengan makan malam sambil di hiburkan oleh live band. Untuk malam ini penumpang di jamu dengan BBQ kambing, ayam, udang, ikan dan western food, salad jepun juga kimci . Buah-buahan, kuih-muih, puding dan kek. Meriah!

Ini makanan dalam pinggan cheq noh!

Ini pulak yang aku ambik untuk hi-tea sebelum 
taklimat keselamatan.

(nota mak: Oleh kerana pelayaran aku ni tidak mengikuti mana-mana pakage/rombongan tertentu macam pengembaraan bersama UKE yang ada program-program khas yang telah di aturkan... jadi aku bebas dan cuma ikut jadual aktiviti yang telah di sediakan oleh pihak cruises. Itu yang trillnya dan aku dapat alami percutian/pelayaran seperti yang pernah aku tengok dalam siri TV The Cruises awal tahun 80-an dulu.)

-bersambung.

10 comments:

  1. Dalam dok teruja tu ada jugak rasa cemas yer...cuba lah jangan nak bayang2kan kisah Titanic tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak tahu lagi macamana rasanya belayar... dahlah masa taklimat rasa suspen sangat... kena belajar macamana nak pakai jeket keselamatan dan kalau dengar siren cepat-cepat ketempat berkumpul... mmg buat saya rasa takut... tu yg buat teringat Titanic...

      Delete
  2. Replies
    1. Rombongan UKE tu bulan lepas... dah keluar TV dah.. kawan sepejabat saya ikut rombongan tu Nieda.

      Delete
  3. wow..bestnya..takde gambar tarian selamat datang..nak tengok juga..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de nohas... saya terkesima jab tu yang terlupa nak ambik gambar... hehheh...

      Delete
  4. macam best je disambut disana sini like YB lah kan,makanan pun mewah nampaknya tu. lagiiiii dan lagiii sweetie jgn lambat sikit cerita hilang mood ni hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sebab itu namanya Superstar Libra... semua penumpang adalah superstar. Jadi jawapan dari kak Noor, 'best' ya.

      Delete
  5. lucu plak uniform crew tu ;p klu mcm taraf 5star mmng best la kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bukan uniform crew... berpakaian mcm tu mungkin senang dia nak tunjukkan bagaimana nak mengenakan jaket keselamatan tu. Rimas bila dah pakai benda tu... Yang crew tu pakai tak sama dengan jaket keselamatan utk penumpang pakai... mmg kopiolimauice, cruises ni adalah resort bertaraf 5 bintang.

      Org Filipina tu.

      Delete