Monday, November 10, 2014

Adik menangis di Pantai Ao nang...

Bot-bot menunggu pelancong yang ingin 
ke pulau-pulau sekitar Krabi untuk melakukan aktiviti 
menyelam dan snorkeling.

Cantik hiasan taman di jalan masuk menuju 
ke Princeville Resort & Spa di pantai Ao nang ni. Teringin 
pulak aku menirunya untuk dekorasi taman 
sekangkang kera kat rumah.

Terlalu singkat masa yang diperuntukkan untuk ‘merayau-rayau’ di Krabi. Setiap penumpang telah di ingatkan agar kembali semula ke cruises pada jam lima petang waktu Malaysia (waktu Thailand cepat sejam dari M’sia). Dan last bot dari jeti ke cruises pada pukul 5.30 petang. Semua di ingatkan agar kembali segera ke cruises kerana majlis cocktail bermula pada pukul 6.15 petang.

Hampalah harapan aku untuk ke Phi Phi Island dan bersnorkeling walaupun aku dah bawa semua peralatan dan baju renang. Kerana shopping bukanlah keutamaan aku dalam percutian ini jadi aku cuma duduk bersendirian saja di bawah pokok-pokok yang merimbun di sepanjang pantai Aonang. Memerhatikan pelancong-pelancong yang berbagai bangsa berjalan di pasir pantai dan bot-bot yang silih berganti... datang dan pergi, menurunkan dan mengambil penumpang/pelancong yang ingin ke pulau sekitar untuk melakukan aktiviti menyelam, snorkeling dan bersiar-siar di atas bot sambil menikmati keindahan alam semulajadinya.

Aku khayal dan leka seketika di buai angin Laut Andaman di pantai Aonang. Sehingga adik datang dan menangis... suaminya Daryl hilang tanpa dapat di kesan dan dihubungi dengan talipon. Kami berdua panik sekejap dan hilang punca di mana mahu mencari Daryl. Aku tinggalkan kakak yang tak larat lagi berjalan di pondok polis berhampiran dan aku dengan adik berjalan mundar mandir dan menjenguk setiap kedai dan pusat urut sepanjang pantai mencari Daryl.

Hampir sejam aku dan adik ke hulu ke hilir. Apa yang kami takutkan Daryl di tarik maknyah Thailand dan di bawa masuk ke bilik hotel. Aku cuma sabarkan adik walaupun aku  panik jugak. Tak tahu kemana nak mengadu. Kemudian dari satu selekoh deretan kedai-kedai di pantai Aonang aku dan adik nampak Daryl keluar sambil tersenyum dan menjinjit sehelai sut. Rupanya dia pergi menempah baju untuk di pakai dinner malam nanti. Murah dan potongannya pun kemas.

Kerana 'kehilangan' Daryl  lunch kami agak lambat. Waktu itu sudah pukul 3 petang. Perut memang dah memainkan lagu keroncong yang hebat ketika kami masuk ke sebuah kedai makan dan memesan makanan. Tapi nasib baik adik cepat perasan... kedai tu tak halal dan ada menjual babi. Kami batalkan semua pesanan. Pekedai makanan tu ok saja bila kami batalkan pesanan apabila mereka tahu kami semua muslim dan tunjukkan satu kedai dimana menjual makanan halal. Pesan ku pada rakan-rakan blogger yang akan berkunjung ke Krabi... hati-hati bila masuk ke kedai makan kerana nama bukan melambangkan Islam dan halal. Sebabnya, kedai yang kami masuk itu namanya restoran Siti.

Habis saja makan... teksi telah sedia menunggu. Kami berempat kembali semula ke jeti untuk menaiki bot yang akan menghantar semua pulang semula ke cruises yang berlabuh di tengah laut dan bersiap-siap untuk cocktail dan Gala Dinner.

(nota mak: Gala Dinner kemuncak segalanya dalam pelayaran ini dan ada macam-macam surprise!)

- bersambung.

14 comments:

  1. seronoknya di krabi pula ya...pengalaman menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya paridah, selepas 1 malam belayar dari Phuket, cruises akhirnya tiba di Krabi.

      Delete
  2. Teruja kak zai nak naik cruise macam gempak aje kan.

    Mestilah panik negara orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zai kata, hubby pernah ajak naik cruise tapi kak zai takut mabuk... apakata kak zai ingatkan dia balik... Kalau nak belayar jauh sikit... naik star aquarius yang belayar dan singgah di 4 buah negara, S'pore, Filipin, Taiwan dan Jepun... mesti lagi gempak.

      Delete
  3. Seronoknyer...pengalaman menarik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah KN... untuk realese tension dan rehat-rehat mata melihat tempat orang.

      Delete
  4. cepatnya mereka jahit sut tu..mesti murah kan bayarannya..

    bestnya ikut cruise..macam cerita dlm filem.. Phi Phi Island tu lebih dekat dari Krabi ke dari Phuket? Kena pergi lagi lah nampaknya..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam masa 2 jam saja nohas. Ipar saya kata murah...

      Saya tak pasti nohas... kalau tengok pada peta.. Phuket dengan Krabi dekat-dekat je. Tapi kerana belayar dengan cruises ni terasalah jauhnya sebab kapal bergerak perlahan dan santai-santai je.

      Delete
  5. betul..kadang2 becuti ni kita nk santai2 malas nk shopping2 ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab benda2 yang di shoppingkan tu ada kat tempat kita. Lainlah kalau bercuti ke Paris... dah tentu saya shopping LV... sebab kat sini handbag brand tu mahal.. tul tak Kopiolimauice.

      Delete
  6. masa kehilangan tu mesti dah macam2 benda dalam kepala kan?
    sib baik jumpa, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Irfa. Kami mmg gabra kejap... Dlam kepala masa tu fikir kot-kot dia dah mabuk dan lupa diri dalam bilik hotel dgn maknyah... dan kena rompak... hehehe..

      Delete