Tuesday, November 4, 2014

Jom kita belayar...

paridah: salam maal hjrh...selamat bercuti...

makcikkantin: Dah pergi ke? Best tak?

nohas: Wow..bestnya naik cruise...happy holiday..rehat-rehatkan minda..

Nieda ramly: bercuti naik cruise ? mesti best. selalu naik kapal terbang sekarang merasa belayar pula. nanti story morylah ya

zana-norzana: Wow bestnya kak

Haliza Ghazalli: sweety...enjoy!!

Bunda a.k.a KN: Selamat bercuti sweety....hepy enjoy... Salam Maal Hijrah...

kak Noor: ohye, saje nk tau je berapa lah cos nya tu sweetie, mana tau ada rezeki suatu hari yg cerah nnt nk jugak merasa

Salam semua.... itu antara komen penggalak dari rakan-rakan. Aku tak nak cakap apa-apa tapi dari catatan pelayaran 4 hari 3 malam aku ini kawan-kawan blogger semua boleh nilai sendiri. Pertamanya thinking positive.

Pada aku inilah percutian paling mewah aku alami setakat ini. Harga tiket pelayaran bergantung pada pilihan package dan boleh di upgrade... jadi aku tidak boleh beritahu secara tepat harga sebenar tiket. Lagipun tiket aku tu dibeli last minit. Dan termasuk tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Penang.

Kalau ada yang bercadang untuk belayar dengan cruises ni rancang dari awal dan tengok Star Deal Promotion dan tawaran-tawaran yang diberikan. Harga tiket termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan malam, juga minum petang dan super sepanjang pelayaran.

Aku hampir membatalkan perjalanan ini selepas memberitahu abang akan hasrat aku untuk pergi bercuti dengan cruises. Nada suara dan keluhannya menghadapi assignment yang menimbun buat aku sedih pulak nak ‘meninggalkannya’. Sedangkan aku pergi ‘berseronok-seronok’  (hehehe... hati emak kan... padahal si abang tu jauh dan lagi best kot duk kat UK sana).

“Kau jangan tak jadi... tiket dan beli... mahal ni” dan adik aku call semula abang. Tapi bila untienya call elok je nada suaranya dan happy saja. Saja je dia kan!

Pagi Ahad, selesai solat subuh dan setelah memastikan segalanya di tinggalkan dalam keadaan baik aku memandu ke rumah kakak untuk ambik dia dan kemudian membelok ke jalan menuju kerumah adik. Aku tinggalkan kereta di kondonya dan kami berempat, aku, kakak, adik dan suaminya mengambil teksi untuk ke KLIA. Penerbangan dengan MH1138 cuma mengambil masa 50 minit saja untuk sampai di Penang di mana kami berempat akan memulakan pelayaran dengan Superstar Libra di jeti/terminal Swettenham Pier pukul 4 petang hari yang sama.

- bersambung....

14 comments:

  1. wah suspen ni kena baca lagi episod seterusnya, yg best akak punya komen pun ada kat sini heeheee adoiii cepat lah cerita kasi habis sweetie tak sabar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabarlah kak Noor... ni saja nak kasi suspen....

      Delete
    2. hari ni ke?? hahaha petang ni sibuk sikit kalau tak sempat dtg esuk2 pasti kesini nak baca kisah seterusnya

      Delete
    3. Hari ni busy sikit... tp insyaAllah saya cuba habiskan secepat mungkin.

      Delete
  2. menanti entry percutian cruise ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok nohas, saya akan sambung lagi ceritanya....

      Delete
  3. ni yg buat tak sabar nak baca percutian sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... mcm yg saya cakap ya Nieda... thinking positive...

      Delete
  4. mmg best bercuti belayar dgn cruise...moga sweetie happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang saya nak cerita paridah... best atau tak bergantung pada individu itu sendiri...

      Delete
  5. best nya..nk nengok pic susana dlm cruise tu msti best!

    ReplyDelete
  6. Ini mesti jadi teledrama nanti ni...episod demi episod..

    ReplyDelete