Comel je aku tengok Ojet dalam pakaian Hanbok dan
fridge magnet comel... souviner yang dibelikannya untuk aku.
Ojet dah balik dari Korea dua minggu lepas. Seperti biasa... ada kesempatan aku pasti pergi menemuinya. Kerana hujan lebat petang tu aku tak tunggu Ojet di airport sebaliknya aku ke tempat dia bermalam di UiTM Puncak Perdana sebelum berangkat balik ke Arau pada keesokkan harinya.
Dia nampak seronok dan tak sabar-sabar nak bercerita tentang pengalamannya sepanjang lawatan di Korea. Dan malam tu Ojet tak tidur di Puncak Perdana sebaliknya ikut aku balik ke rumah. Lambat kami tidur malam tu sebab mendengar ceritanya. Esoknya pagi-pagi aku hantar dia balik semula ke Puncak Perdana untuk menaiki bas universiti yang membawa dia dan rakan-rakannya balik semula ke Arau.
Sekarang ni Ojet dalam semester lima tahun akhir pengajiannya. Tinggal sebulan lebih saja lagi nak habis. Lepas tu Ojet akan buat praktikal selama 3 bulan. Ada beberapa tempat dia hantar surat permohonan untuk praktikal. Aku paling berharap dia dapat tempat atau syarikat-syarikat yang berhampiran dengan rumah yang ada kemudahan laluan LRT.
..........................................
Abang: Abang dah beli blazer dengan seluar baru untuk grad nanti. Beli tu sebab minggu depan ada presentation project so kena pakai formal. Colour grey. Tie color pink. Satu set dengan baju sekali dalam 150 pound. Beli dekat Marks and Spencer. Tempat lain mahal. Situ je murah.
Aku: Kawal je berat badan jangan naik lagi... nanti tak muat pulak... lambat lagi grad. Mak doakan presentation abang tu dapat markah paling tinggi. InsyaAllah!
Abang: Kerja sebanyak-banyaknya tapi satu-satu dah siap. Ni last la ni. Lepas tu lama baru ada assignment balik. Nanti semua lecturer ada pastu diorang akan cari-cari salah kita, tu memang kerja diorang, so kena prepare betul-betul.
Aku: Dah nak buat macam mana... time kerja nanti lebih kurang macam tu juga.
Abang: Tak kisah pun lecturer nak tanya-tanya tu.
Aku: Ok! mak yakin abang boleh buat the bestnya...
Abang: Seluar baru beli ni labuh. Dah beli jarum nak jahit tapi malas pulak. Pin je bagi singkat.
Aku: Takda kedai boleh gi 'oter' ke. Cuba pi kat pasar. Kot-kot ada kedai yang boleh buat.
Abang: Malas la nak cari. Isnin ni je nak present. Dah dekat. Pin je senang. Nanti mak datang abang nak mintak mak tolong jahitkan.
(nota mak: Mak jugakkkk.... Doakku moga abang sukses dalam presentation projectnya. Try and be the best abang! Tak sabar rasanya aku ‘menanti kepulangan’ anak-anak. Menghadiri majlis konvokesyen dan melihat mereka melangkah ke alam pekerjaan.)
masing2 dah nak habis belajar. mak dah lega 50%.
ReplyDeletesemoga mendapat pekerjaan yg diidam2kan.
InsyaAllah Nieda.
DeleteSaat yang dinanti2kan ibubapa. Melangkah ke alam pekerjaan setelah penat lelah beberapa tahun.
ReplyDeleteBetul kak zai!... tak tahu macam mana nak di gambarkan perasaan dalam hati saya sekarang.
DeleteAll the best utk anak2 akak..
ReplyDeleteTQ Nohas
DeleteSeronok mak anak2 dah nak habis belajar ye sweetie
ReplyDeleteIya acik, bertahun dah saya menunggu...
DeleteSalam akak... semoga ank akk berjaya dlm presentationnya nanti... mesti segak walaupun pkaian berpin.. hihihi
ReplyDeleteInsyaAllah LB...
Deleteassalam....tahnah pada abang yg akan grad...anak lelaki ni fikir mudah je semua tunggu emak tolong selesaikn masalahnya...tanda anak sgt percaya n kasihkn maknya...
ReplyDeleteInsyaAllah paridah... abang akan grad Julai 2015 dan Ojet November 2015...
Deletekalau dekat, mau mak dah terbang gi jahitkan seluar abang
ReplyDeletesaja abang nak buat mak sendu dalam rindu
Kalau dekat bukan lagi gi tolong jahitkan seluar je Irfa... mau saya pun sama tercongok dlm dewan kuliah tu mendengar dan melihat pembentangan presentation projeknya tu... Mak teruja... terbayang cam abang tu dah betul2 jadi sorang jurutera.
Delete