Thursday, November 27, 2014

Berzikir pada 23 Nov...

Bukan main khusyuk lagi remaja-remaja tu mendengar 
alunan suara kumpulan al-Mawlid.

Tak ada apa yang istimewa pun 23 Nov tu... Cuma pada tarikh itu aku bersama dengan rakan-rakan sepejabat mengiringi 230 pelajar dari seluruh negara mengikuti kem motivasi di Kem Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Bermacam-macam aktiviti di lakukan sepanjang empat hari tiga malam tu... Di luar dan di dalam dewan. Berkayak, selam scuba, pinball, bersenam robik dan banyak lagi. Aku terlupa nak menwar-warkan pada rakan-rakan blogger yang ada anak-anak berumur antara 13 dan 16 tahun supaya menyertai kem ni.

Ikon-ikon dalam bidang sukan juga di jemput untuk memberikan dan menceritakan pengalaman mereka juga termasuk penyanyi Najwa Latiff. Secara jujurnya aku setuju Najwa Latiff ni dijadikan ikon remaja.Segalanya hampir sempurna. Pelajar universiti dalam bidang TESL, lemah lembut tutur bahasanya. Cara berpakaiannya sopan dan memiliki karier sebagai penyanyi. Malam itu sebelum dia memulakan persembahan Najwa menumpang solat dulu di bilik aku... jadi sempatlah aku berbual-bual dengan dia sekejap.

Kebetulan pada malam kedua kumpulan nasyid al-Mawlid di jemput untuk memberi ceramah berbentuk kerohanian. Malam itu selama 2 jam seluruh peserta di hiburkan dengan lagu-lagu nasyid dan berzikir. Aku suka sangat sebab malam itu... 23 Nov itu adalah tarikh hari lahir aku. Secara tak langsung aku berzikir dan berdoa di malam 23 Nov bersama anak-anak remaja yang menyertai kem tersebut.

12 comments:

  1. Happy belated birthday.

    Dulu masa anak2 kak zai sekolah selalu hantar kem motivasi. Banyak yang dipelajari selain berjumpa dengan ramai kenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak zai.

      Sekarang ni mmg dah jadi trend bila cuti sekolah ibu bapa hantar anak2 ke kem motivasi. Kem yang saya iringi ni ramai di sertai oleh anak2 pengarah dan anak YB jugak.

      Delete
  2. Happy belated birthday utk sweetie, sorry ya tak ter wish sbb busy2 takde tahap dh, kadang2 tu terlepas pandang gak sbb nak cepat mengejar masa, apa2 pun kaknoor doa kan semoga sweetie sihat2 selalu disamping apa jugak yang di lakukan ya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Noor... Tak kisah pun ada orang nak wish ke tak... cuma birthday kali ni lain sikit dari selalunya... saya seronok sebab berada bersama anak2 remaja tu berselawat dan berzikir... ramai tu ada 230 org semuanya.

      Delete
  3. Selamat hari lahir sweety belum terlewat kan

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday, kak..

    bagus pengisian begini..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Mmg best Nieda... aktiviti2 yang jadi kesukaraan para remaja skrg ni... terutama pinball dan berkayak... bila dipanggil keluar slow je diorang...

      Delete