Basket ball... eh! mana bolanya ada
sesiapa nampak?
Selepas dinner, solat maghrib, mandi dan rehat-rehat kejap, aku dan adik turun ke deck 4 nak massage badan. Tukang urutnya warganegara Thailand... perempuan... Dalam cruises ni para pekerjanya dari semua bangsa dan warganegara... Korea, China, Nepal, Thailand, Indonesia, Singapore... Filipina... Sweden.. dan ramai lagi. Aku mula-mula tu macam ‘susah’ nak terimalah suasana tu... sebab tak pernah tengok...
Di deck 4 ni selain dari bilik untuk massage ada salon untuk pedicure dan manicure (betul ke aku spell ni). Nak cuci rambut pun boleh... dan kedai menjual souviner, jam, minyak wangi dan beberapa lagi. Klinik pulak di deck 1 kalau tak silap. Aktiviti centernya di deck 5, ada kelab malam di situ. Casino pulak aku tak pasti deck berapa. Malam tu aku tidur lena tak sedar apa. Tahu-tahu hari dah nak siang.
Di sini aku berjogging 3 kali pusingan kapal.
Senam robik eh!
Habis jogging aku naik ke deck 9 dan joint senamrobik. Pun di kendalikan oleh crew kapal juga. Wow best, muziknya rancak dan berpeluh-peluh. Tak lama kemudian kakak, adik dan suaminya pun datang dan kami kembali semula ke deck 4 untuk sarapan pagi di Western restoran. Ada beberapa restoran dalam cruises ni. Semua boleh masuk kecuali satu (tak ingat namanya) sebab tak halal. Kalau kita beratur di situ para petugas di situ akan cakap restoran tu non halal.
Waktu kami tinggalkan kawasan kolam renang di mana aktiviti senam robik dijalankan ada lagi aktiviti lain selepas itu dan kami kembali semula ke deck 9 dan joint lagi acara-acara lain. Fun dan happening! Sebabnya bukan semua rakyat Malaysia yang ada atas kapal tu. Datang dari pelbagai negara dan dapat berkenalan antara satu sama lain.Time pelayaran aku ni ramai rakyat India.
Sementara menunggu masa untuk berlabuh di Phuket aku naik ke sundeck tingkat 10. Alamak! ‘mak rasa khayal di buai angin laut’ Di depan mata laut luas terbentang. Sesekali nampak kapal nelayan dan ikan melompat di permukaan air.
Selepas makan tengahari (kali ni aku makan di Mariners Buffet deck 9, masakan Melayu) kapal telahpun merapati jeti Chaophaya International, Phuket, Thailand dan kami semua bersiap-siap untuk turun ke daratan. Kalau ikut package ada bas-bas yang menunggu tapi aku berempat tak ikut mana-mana package jadi kami ambik teksi untuk bersiar-siar dan membeli belah di Phuket.
Ada masa yang diperuntukkan ketika di Phuket dan kami di kehendaki balik semula ke kapal sebelum pukul 10 malam waktu M’sia. Kalau tak nak turun ke darat pun tak pa... boleh buat aktiviti atas kapal. Dan jam 12 malam cruises mula bergerak meninggalkan jeti menuju ke Krabi.
- bersambung.
Salam...seronoknya naik cruise ada banyak aktiviti atas kapal.
ReplyDeleteDulu hubby pernah ajak naik cruise tapi kak zai menolak sbb mabuk laut.
Mulanya saya fikir mcm tu juga... tapi bila berada atas kapal takda rasa apa-apa pun... ombak tak tinggi dan kapal pun tak laju... antara 17 dan 20 knot je kelajuannya.
DeleteWAH. MESTI BESAR SGT KAPAL TU KAN
ReplyDeleteSEMUA LENGKAP MACAM KAT DARATAN
Irfa! panjangnya 216.3m dan lebarnya 32.64m... tingginya 10 tingkat... paling besar superstar aquarius yang berlayar ke Filipina, Taiwan dan Jepun.
DeleteMmg complete... dah apa lagi nak buat kalau tak ada semua tu mesti bosan duduk saja dlm kapal sebab itulah objektif utamanya... bersiar-siar dilaut..
mcm2 aktiviti. tinggal nak joint @ tak nak saja .
ReplyDeletehappening sungguh
Betul Nieda... itulah sebenarnya keseronokan di dalam pelayaran ini... Berehat tanpa bunyi hiruk pikuk, nyaman dan tenang di buai angin laut serta enjoy dengan semua aktiviti tu...
DeleteMacam2 aktiviti ada..jogging trek pun ada jg..pusing satu kapal ..pengalaman yg menarik..
ReplyDeletePengalaman yang tak akan saya lupakan nohas... berjogging di atas kapal...
DeleteBoleh brjogging ats kapal...besar kapal tu...yg kak sarah naik aritu bleh jln2 ja..kalau lari takut terlajak plak...hebat ni.
ReplyDeleteAda banyak kapal... Star Aquarius, Gemini, Libra (ni yg saya naik) Pieces dan beberapa lagi... ikut nama2 bintang dan belayar berlainan tempat.
Deletemmng best la penuh aktiviti..service dia sma dgn hotel kt darat ye..
ReplyDeleteYa, bezanya cuma dalam kapal dan di tengah laut.
Deletewow bestnya naik kapal
ReplyDeleteJom kita makan Minyak Ikan
Minyak ikan? tak rasa hanyir ke Dila?
Delete