Won 124.00 = RM398.
Untuk pertama kalinya aku rasa seperti aku anak beranak terlalu sibuk dengan aktiviti masing-masing. Aku ke hulu... hubby ke hilir. Abang berada di sebelah barat dan Ojet pulak bergerak ke sebelah timur. Seolah-olah kami cuma berselisih bahu dan bersimpang siur di jalan. Begitulah!
Aku masih lagi terkuap-kuap... Keletihan dan mengantuk. Belum hilang penat berjalan... Walaupun cuma berehat-rehat saja dalam pelayaran di atas cruises tu tapi rasa 'letih' juga. Semalam aku bergegas lagi ke airport. Berjanji temu dengan Ojet yang akan sampai dari Arau. Peluang yang tak patut aku lepaskan untuk bertemu dengan permata hatiku yang sorang ni sebelum dia berlepas ke Korea untuk lawatan lima hari bersama tigabelas orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Perlis.
Lagi pun ada bebarapa barang yang aku nak serahkan pada dia macam kamera, beg sandang, sarung tangan dan baju panas sebab sekarang di Korea sedang mengalami musim luruh dan suhu telah jatuh ke paras 15 darjah Celcius... serta souviner yang aku belikan untuk dia ketika aku dalam pelayaran bersama cruises ke Phuket dan Krabi minggu lepas. Dan sedikit duit saku yang telah siap di convertkan ke Won (KRW).
Nampaknya untuk tahun ini saja telah dua kali Ojet keluar negara dalam jarak masa tidak sampai pun tiga bulan atas urusan sebagai ahli MPP dan wakil universiti. Keciknya dulu aku ‘kurung’ je dalam rumah. Maksud aku dia cuma bermain saja dalam rumah. Jarang malah tak sekalipun dia keluar berkawan dan bermain-main di luar rumah. Tapi bila dah besar-besar begini merata pulak dia pergi.
(nota mak: Awalnya aku tidaklah begitu menggalakkan dia menyertai lawatan tu sebab aku takut ianya akan mengganggu study dan kuliah. Tapi Ojet dah yakinkan aku supaya jangan risau tentang semua itu... dan aku tengok dia tetap bawak buku dan nota kuliahnya.)
salam, Alhamdulillah anak dah besar, di pengajian tinggi. pasti manfaat lawatan ini.
ReplyDeletew/salam babYpose.
Deletesibuknya ojet.
ReplyDeletejauh berjalan luas pandangan. semoga dapatlah sesuatu dibawa baliknya nanti.
Itulah yang buat saya risau sikit Nieda... dia dah dlm semester lima dan ketika dia di Korea... rakan-rakan di Fakulti sdg exam ni...
DeleteLawatan sambil belajar..In shaa Allah, tak lupa utk ulangkaji..
ReplyDeleteSaya harap mcm tulah... balik dari lawatan tu dia ada exam... mak ni kalau boleh nak dia kekalkan result cemerlangnya tu...
Delete