Sunday, November 9, 2014

Jemputan dari Kapten Cruise...

Cuaca yang panas di Phuket, buat aku, adik, kakak dan Daryl tak lama di daratan. Selepas melawat tempat memproses kacang gajus dan membeli belah kami kembali semula ke kapal.

Jemputan...

Ketika aku sampai di cabin ada sepucuk surat yang di letakkan di pintu cabin aku. Sebaik di koyakkan sampulnya dan di buka, “wah! surprise...” jemputan makan malam dari kapten kapal. Makan malam tu pada malam ketiga ketika pelayaran kembali ke M’sia.

Hu..hu.. aku segera menyelongkar beg pakaian... mencari-cari baju yang sesuai. Kebetulan aku bawa dua helai gaun dan sepasang kasut bertumit tinggi.

Sementara menunggu untuk makan malam dan solat maghrib aku rehat sekejap di sundeck. Melihat matahari terbenam dan pemandangan sekitar dari atas kapal. Angin laut bertiup nyaman. Petang yang sungguh cantik.

Pemandangan dari sundeck (tingkat 10) Para peniaga 
di terminal Chaophaya, Phuket baru nak membuka gerai.

Selesai makan malam aku kembali ke cabin dan tidur awal. Keletihan. Kapal kembali meneruskan pelayaran ke Krabi. Aku pun tak sedar masa bila kapal mula bergerak meninggalkan terminal Chaophaya. Sunguh lena tidur malam itu sehingga subuhku benar-benar kelaut.

Perahu nelayan di perairan Krabi.

Sebelum turun ke daratan di Krabi, setiap penumpang 
akan dilekatkan dengan stiker hijau ni di baju masing-masing. 

Cruise berlabuh di tengah laut dan penumpang yang 
ingin turun ke daratan akan di pindahkan ke bot kecil tu.

 Nampak tu... cruises berlabuh diantara pulau tu...

Inilah bot yang membawa penumpang dari cruises ke jeti.

Seperti hari sebelumnya, bangun saja pagi aku terus ke luar cabin dan buat sikit senaman pemanas badan di deck 6. Jalan-jalan sekeliling kapal dan menikmati udara pagi yang sungguh segar. Air laut pada penglihatan aku makin tinggi dan Laut Andaman kelihatan hitam. Banyak kapal-kapal nelayan dan di kejauhan nampak deretan pulau-pulau di perairan Thailand. Cantik!

Naik ke deck 9 pagi ini ada aktiviti menari cha cha. Tapi aku tak joint sebab ketika semua bersarapan pagi kapal telahpun berlabuh di Krabi. Dari cermin tingkap restoran (hari ini aku bersarapan di Spice Restoran deck 9) kelihatan beberapa buah bot telah menghampiri kapal.

Ini juga satu pengalaman yang menarik apabila semua penumpang yang ingin turun ke daratan akan dipindahkan ke bot-bot yang membawa kami semua ke daratan. Tidak seperti di Phuket cruises berlabuh di terminal.

Dan dari tengah laut di mana cruises berlabuh... perjalanan bot mengambil masa kira-kira 35 minit untuk sampai di jeti pantai Krabi. Suhu dan cuaca panas di Krabi menanti kedatangan kami.

(nota mak: Tunggu... malam 'panas' dan siapa yang aku jumpa dalam pelayaran ini...

- bersambung.

16 comments:

  1. Percutian yang boleh dikatakan mewah huhu...

    Jumpa selebriti ke?

    ReplyDelete
  2. telan air lioq saja kaknoor baca cerita sweetie, tambahan ada jumpa seseorang tu mesti hebat kan, sabo jelah ciknoyah ni heheee tak sabar nak tunggu episod seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi kak Noor, ajaklah abang aji tu berlayar untuk menghangatkan lagi kasih sayang!

      Delete
  3. Dinner with the captain, menarik ni..

    ReplyDelete
  4. Seronoknye.. jrg org dpt naik kapal besar2.. best best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LB ajakla hubby belayar sekali... saya tak boleh nak kata best tapi LB nilailah sendiri dari apa yang saya catatkan sepanjang pelayaran ni.

      Delete
  5. mujur ada dress cantik dan kasut tinggi, baru kena kalau nak dinnerdgn captain kapal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nieda... dress tu taklah cantik sangat tapi kembang dan mmg saya bawa sebab teringin nak berposing2 sakan dan tukar2 baju atas kapal.

      Delete
  6. wahhhh bestnya... gi percutian macam ni...

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia... Itulah saya cakap dengan rakan2 blogger yang meninggalkan komen dan tanya best tak? Saya tak boleh nak kata best sebab semua tu bergantung pada individu itu sendiri... bacalah catatan saya ni dan buatlah penilaian sendiri... tapi setiap musim pelayaran lain pulak aktiviti yang di lakukan atas kapal kalau tak silap saya. Untuk pelayaran Superstar Libra ni dia ada 3 musim pelayaran dan harga pulak ikut musim.

      Delete
  7. mmng giler best! smbil bca sambil berangan je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi pulak Kopiolimauice. hujung tahun ni ada satu lagi promosi... boleh mampu... cabin macam saya ni lebih kurang dalam RM4000... semua included.

      Delete