Tidaklah aku tahu macam mana lelaki
dalam costum witch ni boleh terapung.
Hari di mana aku sekeluarga sampai, sedang berlangsung Fringe festival di Edinburgh. Festival Fringe di Edinburgh ini adalah perayaan seni terbesar di dunia dan berlangsung pada setiap bulan Ogos selama tiga minggu. Dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah di sekitar ‘old town’ dan sepanjang jalan Royal Mile. Macam-macam pertunjukkan, pameran dan acara di adakan. Muzikal dan opera, tarian, pertunjukkan circus, pidato jalanan, teater, komedi serta rancangan untuk kanak-kanak.
Di sepanjang Royal Mile hingga ke Castlehill terdapat pertunjukkan orang-orang yang mengenakan pelbagai kostum dan tergantung. Berpakaian ala gladiator, ahli sihir, pupet dan macam-macam lagi.
Menonton orang tergantung-gantung kami agak 'gayat' dan tertanya-tanya dalam hati... macam mana mereka boleh tergantung. Anak-anak cuba 'meraba-raba' di bawah tempat mereka tergantung... kosong dan tidak ada apa-apa pun. Juga tidak ada tali yang mengikat badan mereka.
Lagi orang 'tergantung-gantung'.
Orang yang berpakaian dalam pelbagai kostum
dan jadi tumpuan pelancong untuk bergambar.
Lelaki 'berskirt' peniup bagpipe. Teringat dulu-dulu masa
'belum kenal Scotland' nak tergelak bila ada pelawat dari UK
pakai begini datang office.
'belum kenal Scotland' nak tergelak bila ada pelawat dari UK
pakai begini datang office.
(nota mak: Rupanya maksud fringe ini merujuk kepada wadah untuk seni persembahan. Terus terang aku ni tak teror sangat dalam bab BI ni... kalau di translatekan fringe bermaksud pinggir... hehehheh..)





























