Sejuk, dingin dan berkabus...
Simpang... mana-mana boleh ikut tapi kami membelok ke kiri
menghala ke Spean Bridge. Journey kami kembali bermula...
Anak-anak telah di beritahu. Minta mereka bangun awal pagi untuk bersiap. Kakak aku pulak dah sediakan sandwich untuk di buat bekal dalam perjalanan. Hari ini kami ingin 'bersiar-siar' di kawasan
highland. Dan dalam perjalanan ke Isle Of Skye. Masa perjalanan untuk sampai ke tempat yang di tuju pun tidak dapat di pastikan. Macam ketika kami datang ke Edinburgh. Kami mungkin berhenti di mana-mana atau mungkin juga sesat. Sepanjang memandu di UK memang kami tak guna GPS pun.
Dari Leith kami memandu menuju ke Queensferry dan melintasi jambatan Forth Road Bridge. Mulanya aku ingatkan akan memandu dan menaiki Forth Bridge dan bercadang nak berhenti di situ untuk mengabadikan kenangan. Rupanya Forth Bridge hanya untuk laluan keretapi saja. Forth Bridge ni jambatan yang berwarna merah yang merentasi muara sungai Forth dan airnya mengalir masuk ke Laut Utara.
Di kiri ialah Forth Road Bridge dan di sebelah kanan
yang berwarna merah ialah Forth Bridge. (Pix pinjam
dari Google).
Sebaik melintasi muara sungai Forth kami memandu ikut tanda arah ke Perth iaitu A9. Sepanjang laluan itu tidak ada apa yang menarik perhatian cuma kawasan ternakan dan pokok-pokok pine dan jambatan yang merentasi sungai-sungai kecil. Sehinggalah hampir sampai di Pitlochry kami mula 'membaca'
signboard-signboard yang di tulis dalam 'tulisan' yang payah untuk di sebut. Pelik dan berpintal lidah nak menyebutnya. Abang cakap itu tulisan dalam bahasa Gaelic. Sebahagian penduduk Scotland terutamanya
country village menggunakan bahasa Gaelic.
Kawasan letak kereta Atholl Road, Pitlochry. Masing-masing
ambil peluang untuk makan bekalan yang di bawa.
Kenangan bersama anak-anak di Pitlochry.
Kami berhenti sekejap di
tourist information, Pitlochry untuk mendapatkan peta. Cuaca sungguh sejuk walaupun
summer. Udara terasa segar dan bernafas pun 'sedap'. Apa yang menariknya setiap April hingga penghujung September di Pitlochry ini ialah melihat ratusan ikan salmon melompat tangga-tangga yang dibina untuk melepasi empangan setinggi 86 meter dan menuju ke hulu sungai untuk bertelur.
Dari Pitlochry kami memandu ikut A86 menghala ke Spean Bridge.
Journey kami kembali bermula... Dan selepas itu kami nampak banyak
signboard tertulis perkataan '
loch'. Setelah beberapa kali terjumpa perkataan itu barulah aku faham ia merujuk kepada tasik... sebab setiap kali nampak
signboard yang tertulis
loch... pasti ada tasik berhampirannya.
Cantik sungguh pemandangan dan landskap di sepanjang perjalanan kami. Sungguh dramatik. Kami melewati kawasan pergunungan yang menghijau. Terdapat banyak tasik-tasik. Kecil dan besar. Dan tasik-tasik ini mengalami air pasang surut. Aku agak pelik macam mana ianya berlaku tapi itulah yang kami lihat ketika perjalanan pergi dan balik.
Semakin jauh kami 'meneroka' semakin cantik pemandangan di hadapan kami. Dari puncak-puncak gunung di kiri kanan jalan kami melihat aliran anak-anak sungai mengalir turun di celah-celah batu. Dan nun jauh di puncak gunung kami nampak glacier. Ada kalanya puncak-puncak gunung tersebut di selubungi kabus. Walaupun
summer tapi suasana di kawasan tanah tinggi ini lembab dan sejuk.
Glacier... Kakak aku yang mula-mula nampak. Bila dia
kata ada salji kami cakap mana ada salji musim panas.
Tengok macam mana National Nature Reserve di tulis
dan di sebut dalam bahasa Gaelic.
Anak-anak sungai yang mengalir turun dari
celah-celah batu gunung.