Beginilah... gambar yang goyang dah cukup
memberitahu macam mana keadaan aku di belakang
yang terkejar-kejar mengikut abang dan Ojet.
Termengah-mengah aku mengikut langkah anak-anak. Di tambah lagi dengan turun naik... turun naik tangga di stesen tube. Longgar lutut. Nasib baik beg pakaian aku di tarik oleh abang. Kalau tak mau semput di buatnya.
Dari Bayswater kami turun di Edgware Road dan menukar laluan untuk ke King Cross St. Pancras. Keretapi dari St. Pancras ke Sheffield akan bergerak pukul dua belas lima puluh tengahari nanti. Sesekali aku berlari-lari mengejar abang dan Ojet yang dah jauh ke depan. Abang kata nak cepat sebab nak print tiket. Tiketnya dah booking online. Abang ambik tiket first class. Katanya nak bagi aku selesa. Tambangnya 26 pound tapi kalau ikut harga sebenar tiket ialah 90 pound.
Tiket...
Abang beritahu, kena selalu tengok website East Midland trains ni... kadang-kadang mereka buat offer tambang murah. Masa itulah booking.
Dua tahun dulu, pertama kali aku datang UK, abang bawa naik bas untuk ke Sheffield. Masa tu winter. Cuma snow saja yang memutih. Kali ni dia bawak aku naik keretapi. Janjinya, pemandangan sepanjang perjalanan cantik. Melalui ladang-ladang pertanian dan ternakan. Juga sungai-sungai, tasik dan rumah-rumah penduduk Lagipun perjalanan dengan keretapi dari London ke Sheffield cuma dua jam berbanding bas iaitu lima jam.
Itu trainnya. Sambil berlari aku snap gambar ni.
Coffee dan biskut yang di berikan oleh
pelayan keretapi. Percuma.. mintalah berapa kali pun.
Tak lama menunggu... keretapi sampai tepat pada masanya. Sekali lagi aku berkejar-kejar mengikut abang. Koc kami depan sekali. Sebaik dapat tempat duduk, trains mula bergerak meninggalkan stesen St. Pancras.
Pelayan trains datang sambil menolak troli dan bertanyakan sama ada kami ingin minum dan makan. Kami cuma ambil coffee dan shortbread. Makanan lain dah tentu tak halal.
Di luar cuaca mendung. Langit kelam dan hujan mula turun. Pergerakkan trains terasa pantas. Anak-anak sibuk berFB. Ada wifi dalam trains. Penumpang-penumpang lain pun sama aku tengok. Malah kalau bercakap melalui talipon dari atas keretapi yang bergerak pun jelas taliannya. Waktu itu aku cuba bercakap dengan Iqa anak angkat aku di Kuala Kangsar. Jelas kedengaran suara Iqa di hujung talian.
Sepanjang perjalanan kamera memang tak lepas dari tangan aku. Tapi oleh kerana cuaca di luar hujan dan pergerakkan trains agak laju, fokusnya tak begitu jelas. Tapi hati puas dapat menikmati pemandangan dan selesa sepanjang perjalanan hingga ke Sheffield.
Inilah rupa gambar dapat aku snap ketika train bergerak laju
dan tengok tu bintik-bintik air di cermin tingkap train.
(nota mak)
Ketika train berhenti di stesen Derby ini aku terkenang
dua tahun dulu aku pernah tersilap menaiki keretapi untuk
ke Matlock. Dan itu bangku yang aku duduk dulu.

















