Wednesday, December 14, 2011

Kenangan di Langkawi...

(Untuk sampai di sini ombak agak besar.)

Apa yang menarik di Langkawi. Pada aku Kilim Geoforest Park. Dengan menaiki bot kita akan dibawa menyusuri sungai Kilim sambil menikmati suasana dan pemandangan hutan paya bakau di sepanjang laluan sehingga keluar ke laut Andaman. Melihat burung-burung helang berterbangan dalam suasana yang amat hening dan tenang. Menyentuh dan merasai kelembutan ikan pari yang di bela dalam sangkar. Comelnyaa!

Dua puluh tahun dulu aku pernah datang ke Langkawi ni dengan adik dan arwah mak. Masa tu kawasan Kilim Geopark ni belum pun termasuk dalam senarai kawasan pelancongan yang wajib dilawati. Masa tu tumpuan hanyalah sekitar tasik Dayang, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah dan Telaga Tujuh.

Dan aku terkenang bagaimana aku dan adik menarik arwah mak memanjat gunung Matcincang untuk sampai ke Telaga Tujuh. Dari situ akan nampaklah pemandangan yang sangat cantik. Dengan hutan-hutan yang menghijau dan laut yang terbentang luas. Sekarang untuk melihat pemandangan yang sebegitu tak perlu lagi bersusah payah. Naik je cable car.

Pertama kali naik cable car Langkawi, kaki aku menggigil! Bunyi deruan angin sangat kuat dan sekali sekali perjalanan cable menjadi amat perlahan dan terhenti. Waktu tu aku mula terkenangkan anak-anak. Rasa menyesal pun ada, kalaulah terjadi apa-apa... Dan nun jauh di bawah kaki aku nampak air terjun dan Telaga Tujuh yang pernah aku ‘panjat’ dengan arwah mak dulu. Terbayang bagaimana arwah mak bersungguh-sungguh mendaki jalan yang licin tu dengan dibantu oleh beberapa orang mat salleh!

Ada banyak lagi kenangan-kenangan lama yang terbayang dalam ingatan aku bila berada di Langkawi kira-kira dua minggu lepas. Semuanya kembali segar dalam ingatan. Perkenalan dengan Flatel warga Austria, Mail pemandu teksi yang handsome dengan loghat Kedahnya yang pekat dan sering menjadi bahan usikan aku dan adik waktu tu. Dan yang paling tak lupa lepas je balik dari Langkawi tu aku mengakhiri zaman bujang. Kononnya masa pergi Langkawi tu membawa hati yang lara... tapi rupa-rupanya menyemarakkan lagi rasa cinta... ehem!

(Bongkah batu yang menyerupai muka manusia dan seolah-olah
pintu keluar menuju ke laut Andaman dan menurut kata pemandu
bot, di sinilah antara lokasi filem Anna and The King.)

(Hutan paya bakau dan burung-burung helang berterbangan.)

(Sepanjang laluan sungai Kilim menuju ke Laut Andaman.)

(Langkawi sky bridge, 2300 kaki dari paras laut. Dari sini nampak
Laut Andaman dan Pulau Tarutao, Thailand.)

Tuesday, December 13, 2011

Penatnya....

Hari ini bangun pagi dengan rasa sakit-sakit satu badan. Lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam pun ada. Ada juga terlintas dalam hati nak ponteng kerja.

Uwaaah! penatnyaaaaaa...! semalam aku ke pejabat imigresen Wangsa Maju. Tak sangka pulak orang begitu ramai. Kena berbaris panjang hanya semata-mata nak ambik nombor giliran.

Sehari suntuk kat situ sebab menemankan Ojet dan kakak nak buat pasport. Sambil menunggu mereka aku terpaksa menjaga dua orang anak saudara Aidiel dan Alisya. Tak reti nak duduk diam. Dan aku terpaksa mendukung si Alisya yang berumur setahun. Inilah sebabnya badan aku rasa sakit-sakit. Keadaan tempat tu pulak sempit. Ada yang duduk atas lantai dan tertidur sementara menunggu nombor mereka di panggil.

Alhamdulillah! nasib baik sempat dan dapat buatkan pasport Ojet. Kami sekeluarga bercadang nak bercuti ke Singapore hujung bulan ni.

(Pasti nak bergambar dekat singa ni
nanti... Gambar dari Google)

Thursday, December 1, 2011

Fraser Hill...

(Menyeramkan. Teringat cerita-cerita hantu dalam filem-filem
Inggeris bila melalui jambatan ni.)

(Perjalanan balik. Jalannya luas dan tak curam sangat.)

“Selamat sambut hari lahir seterusnya cerita di bukit Fraser” sms dari hubby beberapa hari lepas sempena birthday ku yang ke... . (dah banyak tahun dah). Waktu tarikh birthday tu aku ada di Fraser Hill, brainstroming unit pendidikan.

Cuaca sangat sejuk. Kabus pulak tebal. Ojet kata, “practise na p UK nt la”.

Terasa nyaman dan tenang suasananya. Tapi aku tak bercadang nak pergi lagi ke sana sebab agak ‘seram’ juga melalui jalan yang kecil dan berliku-liku nak sampai ke puncak Fraser tu. Ini kali pertama aku memandu ke sana. Teringat sebelum pergi, anak-anak menahan tapi nak buat macam mana, dah urusan kerja. Terasa diri ini di sayangi!

Thursday, November 10, 2011

"Kau buatlah apa yang patut...!"

(Inilah fruit tart permintaan kakak yang aku buat
untuk
salah
satu dulang hantaran Ila yang nak nikah esok! 11.11.11"

“Esah talipon tadi, kata ada satu lagi dulang kosong. Dia minta aku tolong isi. Nak buat apa yerk!”

“Dia nak bila?”

“Kalau boleh hari ni la, sebab nikahnya esok!”

“Eh mana sempat..!”

“Ha tu la, Esah kata buat puding merah hijau tu pun tak pa!

Aku buntu. Dan dan tu kepala otak blank. Tak ada idea. "Ha tunggulah aku fikirkan, kang aku talipon balik, tengah makan ni!”

Habis je makan, fikiran aku ligat memikirkan permintaan kakak. Nak buat apa yerk.

Dalam pada berkira-kira nak buat apa tu aku teringat ada tart shell yang aku buat bulan lepas. Terus je dapat idea.

“Long aku buat fruit tart, boleh!”

“Tak kisahlah, kau buatlah apa yang patut.”

Friday, November 4, 2011

"Kami buat steambot..!"

(Inilah steambot yang kami masak di pejabat.)

Sebenarnya cerita lama, tapi kerana lately ni aku agak malas nak berblog, jadi aku peram je kenangan ni dalam kotak fikiran.

Ceritanya, aku dan beberapa orang kawan-kawan di tempat kerja berpakat nak buat steambot kat office. Ini bukanlah kali pertama kerana sebelum ni pun kami dah pernah masak nasi lemak, buat mee sup, nasi minyak dan macam-macam lagi lah. Selalunya kami buat hari Jumaat sebab masa rehatnya agak panjang.

Ha, sapa kata memasak tu susah, tengok kami dah buktikan, dengan sebiji periuk serba guna apa-apa pun jadi.

Wednesday, September 14, 2011

Biskut sepi...!

Raya tahun ini aku ‘tiba-tiba rasa rajin’ nak buat biskut. Aku memang jarang buat biskut untuk raya kerana kekangan kerja. Selalunya adik yang buatkan. Itupun bukanlah untuk hidangan para tetamu tetapi untuk anak-anak sebagai kudap-kudapan ketika mereka mengulangkaji pelajaran. Dan selalunya sebelum raya menjelang ada antara biskut-biskut tu dah habis dimakan anak-anak.

Berbeza dengan tahun ini, biskut-biskut yang aku buat tu tak berusik pun dan tinggal sebagai penghias meja saja.

MAMA CAREY
/2011/05/biskut-mama-carey.html. Terima kasih kak Wan.)

SUJI ARAB
(Teringat Ojet yang memang cekap buat biskut ni, sekejap saja
siap satu adunan dan kemas buatannya.)

BISKUT KACANG

HONEYFLAKE
(Dulu menjadi kegemaran anak lelakiku, Abang.)

ALMOND LONDON
almond-london.html. Terima kasih CMG.)

Kenapa begini...?

Lama betul aku tinggalkan dan tak masukkan entry dalam blog ni. Malas dan tak ada mood! Lately ni aku rasa hilang minat nak menulis. Masa yang ada banyak terbuang begitu saja. Pokok-pokok bunga yang aku tanam sampai ada yang layu dan mati tak berjaga dan bersiram. Aku jadi pemalas, tak bersemangat.... dan lebih banyak tidur.

Yang paling aku perasan sangat sekarang ni aku jadi cepat terguris dan penyedih. Silap cakap sikit aku mula terasa hati. Mungkinkah faktor umur! Aku cuba untuk jadi seperti dulu-dulu, “happy go lucky” dan tak kisah dengan hal-hal yang remeh temeh ni, tapi tak boleh.

Inilah fenomena yang melanda diri aku sekarang, sejak di ‘tinggalkan’ oleh anak-anak. Mungkinkah situasi ini bakal berlarutan untuk jangka masa tiga empat tahun lagi sehingga anak-anak kembali dari menyudahkan pengajian masing-masing.

Pun dalam malas-malas tu sempat juga aku buat biskut dan kek untuk raya lepas. Semuanya memikirkan anak-anak akan balik beraya aku jadi bersemangat.

(Tapi raya kali ini berbeza dari tahun-tahun yang lepas.
Anak-anak dah tak minat lagi nak makan biskut dan kek. Akhirnya
kek yang aku buat dibuang begitu saja dan biskut-biskut raya
terbiar sepi di dalam bekasnya hingga kini.)