Kuih tepung pelita dan cara berlauk yang mak titipkan di gerai jiran
yang berniaga di bazar ramadan lepas.
Setiap hari seratus biji kuih tepung pelita yang mak buat akan habis terjual.
Sesungguhnya ramadan dan syawal 1444H meninggalkan banyak kenangan pada mak. Untuk pertama kalinya ramadan tahun ini mak 'terjebak' secara langsung dalam aktiviti menjual kuih muih secara serius hingga membawa ke syawal.
Bersama seorang jiran... masih muda belia orangnya.. mak berjual kuih muih seperti karipap, koci, cara berlauk serta tepung pelita. Alhamdulillah... sambutannya sungguh memberangsangkan.
Walaupun keletihan tetapi hati puas bila mengira rezeki yang masuk. Sehingga kini, walaupun syawal sudah berlalu tapi tempahan untuk kuih-kuih seperti karipap, cara berlauk, koci dan lain-lain masih rancak mak terima.
Karipap antara kuih yang paling banyak tempahan yang mak dapat sepanjang
syawal lalu. Malah sehingga kini tempahan untuknya masih lagi masuk.