#PerintahKawalPergerakan
#Dudukrumah
#Stayathome
#kitajagakita
Sudah sebulan kita semua satu dunia berkurung. Dari fasa pertama, kedua dan kini masuk fasa ketiga. Terasa 'sunyi dan sepi' sekali kehidupan ini...
Kali terakhir mak keluar rumah penghujung Februari lalu. Itupun ke pasar malam. Walaupun takut kerana waktu itu wabak covid-19 sudah makin menular tapi bertemankan anak bujang... si abang... mak redah juga... mencari sedikit bahan-bahan kering untuk keperluan harian. Petang itu hujan lebat.
Dan itulah kali akhir mak keluar rumah... dan dua minggu selepas itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di keluarkan. Terkurunglah mak dan kita semua hingga ke jangka waktu yang tidak dapat dipastikan.
Namun hakikatnya mak bukan saja berkurung dan terkurung tapi juga 'dikurung'. Sejak arahan PKP mak langsung tidak dibenarkan keluar rumah oleh anak-anak walau cuma untuk melihat-lihat tanaman mak dalam pasu-pasu di luar rumah. Kalau ternampak mak berlama-lama di luar menjemur kain atau terdengar mak berbual-bual dengan jiran sebelah walau dalam jarak yang jauh... mereka akan menjenguk dan panggil mak masuk.
Berdasarkan statistik dan mangsa wabak covid-19 setakat ini kebanyakkannya dalam lingkungan kanak-kanak dan dan orng-orang tua berumur lima puluh tahun dan ke atas.
Berdasarkan itu anak bujang mak cakap dia tidak mahu apa-apa terjadi pada mak... dalam usia seperti mak... mudah kena jangkitan katanya. Setiap kali mahu ke luar dia akan berpesan tutup dan kunci pintu... jangan keluar... dan mak akur... tak sanggup menatap wajah 'moncongnya' bila 'mengingkari' pesanannya
Mahu 'apa-apa' cakap saja. Anak bujang mak akan keluar mencari dan mendapatkannya. Urusan membeli keperluan harian semua di tangannya. Walau pada awalnya ia tidak memenuhi citarasa kerana brand lain yang mak mahu... brand lain pula yang dapat. Alasannya jenama yang mak mahu sudah habis.
Mak pesan beli sayur kacang buncis... tengok di rak tidak ada dia langsung tidak pandai untuk 'spin' beli sayur lain... walau mak dah pesan begitu... Pun mak redha...
Akhirnya setelah sebulan PKP... kini anak bujang mak sudah pandai membeli keperluan harian dan bahan-bahan untuk masakan apabila ke pasaraya.
Kali pertama membeli barang keperluan semasa PKP... cili besar
sampai empat peket. Termenung mak kejap...
... setelah sebulan PKP... si abang makin bijak membeli
bahan-bahan masakan dan keperluan lainnya.