Tuesday, April 28, 2015
Salam Harum Manis...
Pagi ni, turun dari kereta seseorang hulurkan sebiji mangga harum manis. Dah lama sangat teringin nak merasa dan makan buah ni dek kerana popularitinya. Pernah suarakan hasrat hati pada Ojet memandangkan dia masih lagi berulang alik KL Arau sekarang untuk berjumpa dengan advisernya. Ojet kata mahal. Cecah RM30 sekilo.
Tak semena-mena staff dari pejabat bangunan depan tempat kerja aku ni dan sering senyum-senyum saja kalau terserempak di jalan menghulurkan sebiji tika aku melewati sedang dia sibuk mengemaskan barang-barang di bonet keretanya.
(nota mak: Terima kasih daun keladi (tak tahu nama kawan tu. Biasa senyum bertegur sapa gitu-gitu je tapi tak pernah tanya namanya. Yang aku tahu, anak lelakinya adalah salah sorang pilot MAS.)
Sunday, April 26, 2015
Projek karipap bertanduk...
Hari minggu semalam aku sendirian di rumah. Ojet ke kelas memandu. Bingung dan termanggu-manggu kesorangan di rumah... tergerak hati nak mencuba buat karipap. Resipinya aku ambil dalam FB rakan. Jadi aku minta maaf kepada pemilik resipi ni. Dah try jejak blognya tapi tak dapat. Apapun terima kasih kepada yang empunya resipi.
Dengan sukatan sekilo tepung tu banyak dapatnya. Kalau untuk jualan rasanya boleh lepas modal. Lenguh jugak tangan mencanai dan mengelim tepinya. Sampai ada yang keluar tanduk. Dah penat ada yang kulitnya bocor bila di tarik-tarik masa mengelim tepinya. Aku buat jalan singkat je... tak mahu intinya keluar masa menggoreng... jalan yang mudah pada aku adalah dengan menampal pada bahagian yang bocor... hehehhe... Bila di goreng bahagian tampalan tu terangkatlah.
Sebelum ni memang tak pernah buat karipap pun.
Jadi abaikanlah rupa paras dan kelim tepinya yang huru hara tu.
Dah siap di goreng. Kira oraitlah, kulitnya licin.
Sekali lepas goreng ada yang keluar tanduk...
Tanduknya tu adalah tampalan yang aku buat pada bahagian
kulitnya yang bocor masa mengelim tepinya.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan majerin
1 cawan air sejuk dari peti sejuk di campurkan dengan 1 sudu teh garam halus
Cara membuat kulit karipap:
1. Panaskan minyak dan majerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.

2. Simpan dahulu doh di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. Selepas itu boleh di guna.
Bahan-bahan untuk inti:
1 keping dada ayam di potong kecil-keci / dicincang
4 ulas bawang merah,1 cm halia dan 2 ulas bawang putih - dikisar
2 labu bawang besar holland dipotong dadu
5 biji ubi kentang dipotong dadu
24 gm (bersamaan 1 peket) rempah kari daging
24 gm (bersamaan 1 peket) rempah kurma
1 tangkai daun kari
air, garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara membuat inti:
1. Campurkan rempah kari dan rempah kurma dengan sedikit air supaya jadi pes.

2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang di kisar sehingga wangi dan agak garing. Kemudian masukkan pes rempah dan daun kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam, bawang besar, ubi kentang, garam dan gula secukup rasa. Masukkan air untuk mengempukkan ubi kentang. Masak sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering. Angkat dan sejukkan.
(nota mak: Kira oraitlah resipi ni... Kulitnya garing dan gebu tapi secara jujurnya aku lebih gemar kulit karipap pastry rapuh dan rangup.)
Friday, April 17, 2015
Bertuahnya rasa...
Hati tersentuh bila abang cakap: “abang pergi kerja dua minggu... lepas tu abang balik (M’sia) semula pada mak dua minggu. Macam tulah... abang ulang alik...”
“Abang larat ke... jauh tu... 24 jam penerbangan. Bulan pertama bolehlah abang buat, lepas tu mesti tak larat... penat.”
“Dah kerja nak buat macam mana. Mak tak nak ikut..”
Aku bukan sedih sebab dia pergi kerja jauh, tapi rutin yang dia nak buat tu.. demi aku. Bertuahnya rasa diri memiliki anak lelaki yang aku panggil Abang ni...
Jika diizinkan Allah, abang memilih karier dalam bidang oil and gas sebagai jurutera di pelantar minyak. Itulah cita-citanya sejak di bangku sekolah lagi.
Tapi hati emak ni tidak dapat tidak tetap risau. Sering aku berfikir, boleh ke dia menghadapi segala macam cabaran di tempat kerja. Yelah aku pun tak tahu macam mana pekerjaan seorang jurutera petroleum. Lebih-lebih lagi suasana di pelantar minyak... Dan aku kalau boleh tidak ingin berjauhan lagi dengan dia.

Friday, April 10, 2015
Berlagak?...
Lama rasanya tak buat catatan di blog ni. Akhir-akhir ni aku jadi malas nak menulis dan lebih suka berangan. Tapi bukanlah berangan nak jadi kaya ke... atau berangan nak jadi superstar dan glamour. Oh! tidak.
Kawan-kawan mungkin dah baca entry aku sebelum ni. Itu kisah dalam satu temuduga yang di lalui oleh abang di London baru-baru ni. Panjang lagi kisahnya... yang aku catitkan itu hanya sebahagian sepertimana yang di ceritakan oleh abang pada aku.
Abang berjaya dalam interview tu dan insyaAllah, tamat pengajian Julai nanti abang akan masuk lapor diri dengan company tersebut. Maknanya, walaupun belum tamat belajar dan grad, jawatan dan kerja sudah menanti.
Cerita abang, awalnya si interviewer agak serius dan masam saja mukanya bila dia menyoal abang, “apa yang awak tahu tentang syarikat kami”. Abang jawab dia tak tahu apa-apa. Si interviewer tanya lagi, “habis kenapa awak masuk interview ni?” Jawapan abang sebab dia isi borang dan di panggil.
Si interviewer cakap, abang cuma membuang masa dia saja. Kemudian dia tanya abang, macam mana sekiranya abang di suruh oleh orang atasan menguruskan satu projek tapi projek tu tidak mengikut rules yang di tetapkan. Abang cakap dia akan buat, sebab siapa dia untuk menasihat dan memberitahu orang atas tentang perkara itu tidak betul. Dan tahu apa yang abang cakap dengan si interviewer yang membuatkan si interviewer tu ketawa.... “cepat saya dapat naik pangkat!”
Bila dengar cerita abang, aku pun terjerit. Beraninya abang cakap macam tu dalam satu temuduga kerja. Memang berderai gelak kami dalam talipon. Abang cakap itu adalah satu taktik... tapi beranikah kita mengucapkan kata-kata seperti itu dalam temuduga kerja. Tentulah tidak kan. Lebih-lebih lagi kalau kerja yang kita pohon tu memang kita betul-betul nak.
Kemudian bila si interviewer bertanya tentang kejatuhan harga minyak dan kesannya kepada syarikat itu. Abang mengaitkannya dengan politik dan senario yang berlaku di Britain. Abang berikan hujah-hujahnya macam dalam berdebate. Itulah sebabnya si interviewer cakap, ".."The way you speak, you ll make a lot of enemies that way. You should realize only select few will be able to comprehend your views. Some may think you're arrogant"
"So, it seems you have no idea at all what our company does?"
"When I asked you how the slumping oil price would impact us you talked about how it would boost the Tories' chance in the coming election and even went to explain their budget. Not the answer I was expecting" Komen si interviewer, "...kalau CEO yang dengar hujah awak, pasti dia suka."
Di pengakhirnya, abang di beritahu, dia berjaya dalam temuduga tu. Aghh! lega, sekurang-kurangnya abang tak perlu lagi mencari-cari peluang pekerjaan lepas tamat belajar nanti. Dan abang cakap, dia masih mempertimbangkan tawaran itu. Masih 50 - 50. Dalam hati masih teringin nak sambung belajar. Tapi dalam waktu yang sama dia terfikir juga, lama sangat belajar sedangkan kawan-kawan yang seangkatan dengannya sudahpun tamat pengajian dan ada pengalaman bekerja.
Malah sebelum tawaran ini abang juga sudah mendapat tawaran kerja di Kanada. Tapi abang menolaknya sebab memikirkan jauh sangat di Kanada.
(nota mak: Berlagak (arrogant)? ...buat aku berfikir dan membayangkan diri abang. Seorang yang berlagak ke anak lelaki ku ini. Ini bukan kali pertama aku mendengarnya...?)

Subscribe to:
Posts (Atom)