Thursday, June 26, 2014

Risau... Suka... Tak sabar... Bercampur baur...

Hari-hari aku tengok itinerary yang abang hantar 
pada aku ni... Aku lekatkan di peti ais supaya aku boleh 
tengok dan tak lupa tarikhnya.

Hai mengira hari pun dah tak betul... Hari ni Jumaat tapi aku sebut Sabtu... dan lepas Sabtu... Jumaat... pastu terpinga-pinga dan bengong kejap.

Empat hari lagi... Selasa depan abang sampailah ke M’sia... Abang naik penerbangan Etihad dari Manchester dan transit di Abu Dhabi tiga jam. Kemudian dari Abu Dhabi abang akan terus ke KLIA.  Kami semua pakat-pakat nak tunggu dia di KLIA. Seluruh keluarga dah tak sabar menanti kepulangannya... kakak aku sampai termimpi-mimpi.

Aku tanya kenapa naik di Manchester dan transit. Kenapa tak naik penerbangan terus dengan MAS. Abang kata kalau naik MAS dia kena turun ke London untuk ke Heathrow. Dari Sheffield nak ke London jauh. Kalau naik bas 4/5 jam perjalanan. Lepas tu ambik tube pulak untuk ke Heathrow. Payah katanya. Sebab tu dia naik penerbangan Etihad di Manchester... dekat. Jarak antara Sheffield dan Manchester lebih kurang satu jam perjalanan dengan keretapi.

Dalam gembira tu... ada juga terselit rasa risau. Entahlah! Emak mana yang tak risau mengenangkan anak akan travel merentas benua.... jauh-jauh bersendirian. Bergenang air mata aku. Mintak-mintak selamatlah perjalanannya nanti. Bukanlah aku nak menyinggung perasaan sesiapa... tetapi misteri kehilangan MH370 tu sedikit sebanyak terkesan juga di hati aku. Abang cakap “mak usahlah risau... InsyaAllah! tak da pa pe”.

“Mak ni bukan apa abang, kalau boleh kayuh basikal... mak nak suruh abang kayuh basikal je balik..”  Ojet bila dengar aku cakap begini terjerit dia, “heyai! bila pulak nak sampainya. Ong pun tak sabar... Dah lama betul tak jumpa abang ni. Nanti mak bawak abang jumpa Ong di Arau ya.” Sabar Dik Da... abang cuti lama... sampai bulan Sembilan nanti.

Sekejap ni tadi aku chating dengan abang. Abang cakap balik ni dia nak duduk rumah saja dan nak buat biskut raya... yang senang-senang jelah katanya. Macam honeyflake dan biskut kacang. Bila hujung-hujung minggu dia nak memasak... macam rendang tu semua... (Nota mak: Apa-apa jelah sayang! Buat Ojet, semoga sukses dan beroleh kejayaan yang cemerlang juga kali ini. Hati-hati dan tenang... jangan over confident.)

Wednesday, June 18, 2014

Sekarang aku 'menyanyi'...

Ada 'pesta' kecil dalam hati aku sekarang. Tiap detik aku bersiul riang. Aku menyanyi. Aku buat kerja melompat-lompat. Aku berjalan terinjit-injit. Sungguh gembira. Aku seperti burung kecil yang meloncat-loncat di ranting pohon melur tepi pagar rumah. Yang selalu aku nampak tiap pagi. Sekarang hati aku suka bukan kepalang.

Minggu lepas aku kemaskan rumah. Bersihkan habuk-habuk. Mop lantai.  Susun dan simpan balik mana-mana yang berselerak. Langsir-langsir, cadar, sarung bantal dan sofa sudah di tanggalkan dan di hantar dobi. Aku bernyanyi-nyanyi sorang sambil buat semua tu. Bersemangat aku.

Seminggu lagi Ramadan bakal menjelang. Tak sabar aku. Pasti meriah puasa dan raya tahun ni.

Beberapa minggu sudah aku ke tailor. Hantar tempah baju raya Ojet.. dua pasang dan  janji dengan tukang jahit tu nak hantar sepasang lagi. Lepas tu aku ke jalan TAR dengan adik. Pergi cari tudung...

Ada masa aku belek-belek buku resipi dan fikirkan menu nak masak apa bulan puasa nanti. Asam pedas ikan pari, ikan bakar cicah air asam, kari daging dan roti jala, onde-onde, puding karamel... eh apa lagi ya... Nanti nak pergi pasar dan beli ayam. Mungkin nanti nak buat ayam panggang.

Ai!... cepatlah Ramadan datang... Seminggu je lagi... cepatlah...  Kenapa rasa lambat sangat ni... dan aku nyanyi pelan-pelan dalam hati....

“Abang pulang... abang pulang!
Riuh rendah di halaman
Si ayah tersenyum dan ibu keriangan
Ole-ole dari kota adakah di bawa sama
Adik menanti bagai tak sabar di hati”

Biarpun jauh di rantau orang
Di gamet rindu kembali pulang
lalalalalala....

Ayam itik bertempiaran
pastikan menjadi korban
Buat sajian si teruna kesayangan
lalalalalalala.......

Tuesday, June 10, 2014

Meledani masa lapang....

Lama jugak nampaknya aku tak update entry di blog ni... Apa sajalah yang aku buat selama dua bulan ni. Entahlah... sejak kebelakangan ni... aku macam malas dan hilang punca. Ingin menulis tapi tak tahu dimana nak mula.

Di masa senggang sekarang ni aku gemar mendengar lagu sentimental dari drama-drama Korea dan muzik dari petikan piano Richard Clayderman. Khayal dan mengasyikan. Dan jika berkesempatan di sebelah malam seminggu dua kali aku akan ke gym... saja-saja buang masa... dan me'rayau-rayau' dengan kamera. Inilah hasilnya.

Mencuba skill (mengambil gambar)... tapi tak menjadi... 
rose yang di tanam di halaman rumah mak saudara di kampung.

 Roda kehidupan... berwarna-warni... sekejap kita 
ke atas... sekejap ke bawah. Ketika Ojet balik sempena 
cuti Hari Gawai baru-baru ni, kami berdua 
sempat ke ICT, Shah Alam.

On the way balik ke KL selepas menghantar
Ojet ke Arau dua minggu sudah.

Round-round kampus... terlihat poster barisan pemimpin 
pelajar (MPP) UiTM Arau ni. Sebagai emak aku bangga 
melihat wajah Ojet terpampang di situ.

On the way nak ke Arau... singgah di R&R Bukit 
Gantang dan beli buah lyche dan mangga ni. Sebab aku 
geram tengok besar-besar.

...tapi bila di kupas beginilah rupa di dalamnya... langsung 
tak boleh di makan walau pun sehiris.

Sempat juga melayani keinginan si Aideel ni jalan-jalan 
tengok laut, bot-bot nelayan dan feri di jeti Kuala Perlis.

Ini jari comel si Alisha yang telah di pakaikan 
henna. Nak kawin katanya.

Menemani adik menjenguk ke rumah 
yang bakal di beli oleh suaminya Daryl.

(nota mak: Tak sabar menunggu seseorang akhir bulan ni.)