Seronok bila sesekali dapat ber'terapi' cam gini.
Now, I can smile!...
Inilah kasut yang berkenan sesangat tu... tertarik
dengan warna dan bunga-bunganya.
Lepas makan tengahari... cuma nasi berlaukkan sup daging semata... aku ambik ubat sakit kepala... dan baring-baring di katil agar sakit kepala lega. Entah apa yang tak kena agaknya... sebulan dua kebelakangan ni... kesihatan agak terganggu sikit. Sakit sana... sakit sini... Adakalanya rasa macam hilang semangat. Tapi bila mengenangkan anak-anak... aku cuba gagahkan diri. Aku mesti kuat dan sihat demi mereka... Hari Sabtu semalam jumpa doktor... rutin setiap 3 bulan sekali... huh! tekanan darah pada paras border.
Reda sikit sakit kepala... aku cuba kemas-kemaskan sikit rumah... kuak sana... kuak sini... ha baru nampak lapang. Bolehlah bernafas panjang sikit... tapi masih tidak boleh menghilangkan kebosanan dan kesepian hujung minggu ni. Siap-siapkan diri... capai kunci kereta... dan... kemana lagi... ke rumah kakak aku. Ingat nak ajak dia keluar dan bergosip... he..he..he.. ini aktiviti bila dah berjumpa. Anak-anak terutamanya abang paham sangat ni.
Sungguh bernasib baik... adik aku pun ada... korum dah cukup. Hubby adik aku tu tak ada di M’sia sekarang... Daryl ke Pennsylvania tiga minggu. Kerana tak ada apa nak buat aku ajak adik dan kakak aku keluar... aku bercadang nak ke kedai kasut Vinci... minggu lepas aku ada ternampak dan tertarik dengan sepasang kasut tu.... memang berkenan sangat-sangat...
Sehari sebelum tu aku ada cakap dengan kakak aku... aktiviti yang paling menyeronokkan dan yang boleh melegakan ‘ketensionan’ ni shopping je. Dia cakap, “yelah, tapi lepas tu lagi tension sebab belek-belek purse... tengok duit dah habis!” Aku cakap... jangan ingat-ingat dan kira-kira berapa yang dah habis.
Tengah ‘syok-syok’ berbelanja, Ojet call dan tanya aku di mana... Aku beritahu, "mak tengah menjalani terapi kat supermarket... Beli kasut 2 pasang, baju, jeans, tudung, lipstik dan handbag."
“Wah! bukan main lagi... banyak duit mak!..”
“Mak dapat BR1M... ni yang belanja sakan ni... ha..ha..ha..” (Maaf, aku melawak je dengan Ojet... takde niat nak menyinggung perasaan sesiapa.)