Dah setahun aku tak jumpa dan tengok dia... Lepas aku pergi menjenguknya pertengahan Januari dan Februari tahun lepas... hanya suaranya saja yang dapat aku dengar dari corong talipon. Walaupun saban minggu dia menalipon tapi masih tidak dapat 'mentawarkan' rindu aku pada dia. Kalau boleh aku ingin daki ke puncak gunung yang tinggi dan jerit namanya. Biar dia dengar, "abaaaaang, mak rinduuuuu!"... dan airmata bergenang bila aku sebut namanya. Jantung hati... belahan jiwa.
Ada kalanya orang keliling-keliling macam hubby dan kakak akan ingatkan aku, jangan buat macam tu... usah sebut-sebut sangat namanya nanti dia pun jadi tak tenang dan resah. Tapi boleh ke aku buat macam tu...? Aku memang tidak boleh sembunyikan rasa rindu dan ingatan yang berlebihan pada abang... Lebih-lebih lagi bilamana minggu lepas abang call dan cerita serta beritahu aku tentang sesuatu... yang buat aku seolah-olah terbayang dan menggambarkan sendiri situasinya...
"Mak! tadi abang pergi universiti... tengok result exam autum... Lepas tu abang berlari balik rumah... tak sabar nak talipon beritahu mak. Abang dapat first class!"
"Oh! congratulations abang! mak happy... happy sesangat... tapi sorrylah mak tak dapat beri hadiah"
Kelakar kan. Kerana terlalu gembira dengan keputusannya... abang boleh berlari balik ke rumah sewanya semata-mata nak talipon dan beritahu aku... bukan ke boleh talipon dari universiti je...
Di pihak aku pula, aku membayangkan begini... aku sedang berdiri di tepi tingkap bilik rumah sewanya di Broomhall. Lepas tu aku dengar ada suara berteriak memanggil nama aku. Aku pandang ke bawah di hujung jalan arah dari universiti... abang berlari-lari dengan satu slip kertas dan melambai-lambai dan tunjukkan pada aku. Aku tunggu di muka pintu dan abang berikan slip tu pada aku dan cakap... "mak, abang dapat first class!"
Pemandangan dari tingkap bilik rumah sewa abang
kawasan perumahan Broomhall. Kalau berjalan sehingga
ke hujung jalan sana kita akan sampai ke bangunan
student union universiti Sheffield.
Kata abang setahun ada dua exam di UK. Exam autum dan spring. Dan degree di UK terbahagi pada dua: BEng - study 3 tahun dan MEng - kena study 4 tahun (yang ni kena tanya engineer dan pada yang pernah study engineering di UK apa maksud BEng dan MEng tu... aku tak berani nak explain takut silap). Menurut abang dia ada satu exam lagi iaitu spring exam bulan Jun ni Sekarang abang dalam tahun 3 dan abang hanya perlu mendapatkan markah beberapa peratus je lagi untuk lepas MEng.
Bulan September ni abang akan masuk tahun akhir iaitu tahun empat dan abang ada dua lagi exam iaitu autum dan spring. InsyaAllah! bulan Julai tahun depan abang akan keluar sebagai graduan dari Universiti of Sheffield dan dapat MEng tu dengan ijazah kelas pertama. Itu harapan... impian dan doa aku.
"Mak! abang ingat nak sambung buat Ph.D. Abang dah tanya MARA. Mereka kata boleh dan akan terus sambung biasiswa. Mak fikir macam mana?" Tak tahu apa aku nak cakap. Kalau jadi dia nak sambung buat Ph.D... bermakna aku kena tunggu lagi 3 tahun.
(nota mak: Mujurlah Ojet tidak belajar jauh sangat... kalau rindu-rindu aku masih boleh pergi jenguk dia. Dan setiap cuti semester Ojet pasti balik. Tapi abang?.. Tak mungkin aku boleh pergi menjenguknya setiap kali aku teringatkan dia.)