Lama juga aku berbual dengan abang. Hampir sejam aku rasa. Berpeluh-peluh telinga sampai talipon pun panas dalam genggaman. Penat duk belah kiri tukar pulak belah kanan.
Mujurlah bukan aku yang talipon abang... tapi abang yang talipon aku. Kalau tidak pasti bil melambung tinggi. Lagipun abang selalu pesan,.. biar dia yang buat panggilan sebab kalau aku yang buat panggilan cajnya tinggi. Bayangkan untuk satu panggilan ke UK... RM15...
Kami bergossip... Anakku abang boleh tahan juga kalau bergossip. Mengalahkkan wartawan hiburan. Tapi kami bukanlah bergossip hal orang lain. Cerita kami berkisar kisah
untienya yang nak kawin. Sesekali tu diselitkan juga dengan cerita-cerita lain. Bila tiba bab yang kelakar tu bagai nak pecah perut kami ketawa.
Itulah istimewanya abang ni dalam hidup aku. Aku boleh bercerita apa saja. Berkongsi suka duka dan gelak tawa dengannya. Melontarkan pendapat dan pandangan. Malah idea. Kadang-kadang bila aku 'berkonfrantasi' dengan abahnya pun aku mengadu dengan abang.
Abang ni ibarat teman rapat aku. Semenjak dari dalam kandungan lagi aku sering bercakap-cakap dengannya. Apabila dia lahir aku bukan saja telah mendapat anak pertama tapi juga ibarat mendapat seorang teman rapat. Apabila hati aku gundah gelana, kecewa, geram dan sakit hati aku bercerita dengan dia.
...........Gossip 1:............
Ini pelamin rekaan salah satu kedai yang menjual
barangan untuk majlis kawin yang aku masuk di Balakong,
Kajang selasa lepas.
Sebaik saja adik perempuan aku mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya kekalutan mula melanda hidup aku. Manakan tidak aku kena membantu dia membuat persiapan. Sebab aku ni saja yang 'banyak masa' dan boleh memandu serta menghantar dia ke sana kemari. Mencari itu ini untuk hari besarnya tu nanti.
Memilih baju untuk majlis akad nikah... bunga telur, baju sanding,
make-up, hantaran dan macam-macam lagilah... semua benda yang remeh temeh... ya aku kata remeh temeh... sebabnya adik aku ni sorang yang susah nak membuat keputusan. Contohnya, dah jumpa barang yang di cari... tapi tak mahu ambik... biar dulu.... cuba cari yang lain... kot-kot ada yang lebih murah.... lebih cantik... atau apa-apa jelah. Penat dan letih melayan karenahnya. Adakalanya aku naik
tension jugak dengan dia.
...........Gossip 2:............
Rabu 25 Disember, kami ke Euro Moda, Gulatis, Jalan Ampang. Cari baju untuk majlis akad. Aku yang pilih corak dan warnanya. Itupun tak sependapat dengan kakak aku yang sulung. Dia pilih warna lain aku pulak nak kaler lain. Aku nak warna
pearl white dia pulak nak kuning cair. Kakak aku ni tak mahu putih... tak elok katanya... macam-macam... percaya sangat segala karut marut tu. Akhirnya dia akur dengan pilihan aku. Adik pun setuju malah suka dengan corak dan warna yang aku pilih. Dan bakal pengantin lelaki juga menyukai warna pilihan aku.
Keluar dari Gulatis, adik mengajak aku ke Nilai 3. Katanya nak cari bekas dan bunga telur. Jenuhlah aku mengikut dia dari satu kedai ke satu kedai. Tapi satu barang pun dia tak beli. Semuanya tak berkenan di matanya. Kalau berkenan pun... biar dulu... cuba lagi cari di tempat lain... masalahnya tempat lain tu di mana?... di Jalan Masjid India, KL. Nak
survey pulak kat situ... nanti kalau masih tak jumpa yang berkenan di situ berpatah semula balik ke Nilai. Wei! aku nak tanya korang, sanggup ke? Tapi itulah yang aku hadapi.
Itu baru satu hal... banyak lagi. Macam tu juga halnya dalam memilih pakej, tempat dan perunding majlis. Dah dapat pakej A... harga dan lokasinya pun cantik... biar dulu. Pergi cari pakej lain. Dapat pakej B dan C... tak jadi juga... patah semula ke pakej A. Akhirnya pakej A pun tak dapat sebab kekosongan tarikh yang nak di ambil tu telah di
booking orang lain... ha... kan.
Bekas bunga untuk isi candy atau gula-gula. Buah
tangan untuk tetamu... tapi ini cuma cadangan aku...
pengantin tak setuju.
Ketika di Nilai, ada satu kedai tu buat jamuan
untuk pelanggan yang datang ke kedai mereka. Aku tak
lepas peluang masuk juga menjamu selera.
...........Gossip 3:
............
Khamis 26 Disember, aku menemani kakak aku yang sulung ke JJ Maluri... mencari kelengkapan bilik tidur. Sekali ni dia lepaskan semuanya pada aku tentang pemilihan corak dan warna. Cuma harganya janganlah mahal sangat. Ok, akupun faham. Cuma yang aku geram tu, dah tahu tak larat tapi masih berkeras juga nak buat majlis tu di rumah. Aku dah cadangkan, buat dan habiskan saja di lokasi yang dipilih dan ambil pakej. Semuanya tahu siap saja. Tapi dia masih berkeras mahu satu majlis lain di rumah. Entah apa yang istimewanya nak buat di rumah tu pun aku tak tahu...
Abang turut menyatakan pandangan dan komen tentang hasrat umienya (kakak aku) nak mengadakan majlis di rumah ni.
...........Gossip 4:............
Jumaat 27 Disember, seluruh tubuh aku menggeletar. Tangan dan jari jemari sejuk menggigil. Airmata pulak bergenang di kelopaknya saat aku diminta oleh petugas di MAIP untuk menjadi saksi pengislaman Daryl. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaan aku waktu itu. Beberapa kali aku tanya dia, betul ke dia ingin menjadi seorang muslim... dan dia memberitahu aku 'ya' malah niat untuk memeluk Islam itu telah lama terpendam dalam hatinya.
Usai solat Jumaat tu, bersaksikan dua orang saksi, Daryl rasmi memeluk agama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Pengalaman ini adalah satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup. Alhamdulillah! Cita-citanya ingin ke Mekah menunaikan haji bersama bakal isterinya (adik aku) suatu hari kelak. Lepas ni dia akan menghadiri kelas bimbingan di Perkim.
Lepas semuanya selesai, baru perut terasa lapar. Kami (aku, adik dan Daryl) ke restoran Kenny Rogers untuk makan. Kelakar juga bila Daryl kata Kenny Rogers ada restoran di Malaysia... sebab di US tak ada restoran Kenny Rogers. Sebenarnya ramai yang menemani Daryl di MAIP... Cadangannya selepas selesai pengislaman Daryl kami semua akan keluar makan bersama-sama tapi semuanya dah balik sebaik saja urusan pengislaman Daryl selesai kerana masing-masing ada urusan lain pula.
...........Gossip 5:............
Sabtu 28 Disember, aku kesunyian di rumah. Adik pulak keluar dengan Daryl membeli persiapan untuk perkahwinan mereka. Aku talipon kakak dan ajak dia keluar minum. Tentulah dia suka dan setuju. Aku bawa dia ke Precint 14, Putrajaya dan kami minum di restoran Haji Tapah. Tengok betapa jauhnya aku mencari kedai... dari Ampang ke Putrajaya semata-mata untuk minum secawan teh. Seperti yang aku cerita dalam satu
n3 di blog aku ni, aku tak pandai masuk Putrajaya. Adalah beberapa kali aku ke sana... dan setiap kali itu jugalah aku sesat dan berpusing-pusing untuk mencari jalan keluar.
Tapi hari Sabtu tu aku nekad masuk ke Putrajaya. Lepas minum di Precint 14, aku masuk ke arah Alamanda dan terus memandu mengikut gerak hati. Hinggalah akhirnya aku sampai ke kawasan masjid Putrajaya dan sembahyang zuhur di situ. Selesai sembahyang zuhur aku bawa kakak aku jalan-jalan dan pusing-pusing dalam Putrajaya. Rasanya taklah sesusah mana dan teruk sangat. Mudah saja aku cari jalan keluar untuk balik ke KL... dan kemudiannya aku ke DRB Park untuk menjemput adik aku. Banyak barang-barang yang di belinya dan juga beberapa buah beg pakaian Daryl. Lama juga dia menunggu aku di situ sorang-sorang sebab Daryl sudahpun terbang ke Terengganu.
...........Gossip 6:............
Ahad 29 Disember, aku tak jadi menghadiri satu jemputan kenduri di Gombak. Sebaliknya menemani kakak dan adik lagi mencari persiapan untuk majlis perkahwinannya. Pun sama... tengok je dulu. Hai letih aku!
Abang ketawa bila aku ceritakan kisah ni. Adalah lagi insiden-insiden lain yang terpaksa di
off recordkan. Abang amat memahami situasinya.
...........Gossip 7:............
Baju sanding, kasut, bunga telur, juru solek, pelamin, catering, tempat... pendek kata semualah tak jumpa lagi yang berkenan. Itu belum lagi senarai tetamu yang nak dijemput. Surat itu... surat ini... borang itu ini semua belum di isi. Kursus kawinnya lagi... dan ujian HIV (sekarang wajib buat ujian untuk setiap bakal pengantin). Majlisnya penghujung bulan Februari nanti.
Alih-alih hari ni dia cakap, buat akad nikah je dulu pada tarikh tu nanti. Sandingnya kemudiankan. Kakak aku pulak macam tak jadi nak buat di rumah. Bincang-bincang dengan sorang lagi adik aku, keduanya macam sepakat nak buat majlis doa selamat saja di rumah dan majlis sandingnya ikut cadangan aku. Sebab bila difikir-fikirkan balik nampak lebih jimat dan teratur. Tengok, maunya lintang pukang dan caca marba majlis ni nanti. Kejap cakap macam tu... kejap cakap macam ni... Rumah aku pulak dah jadi macam stor untuk letak barang-barang yang dah dibeli oleh kakak dan adik aku.
Abang?... dia ketawa dan komen jugalah sikit-sikit tentang apa yang terjadi ni. Ojet tak cakap apa cuma dengar saja ngomelan aku.
SELAMAT TAHUN BARU !