Thursday, October 24, 2013

Boleh terfikir macam itu!...

Senja... aku berlari ke pintu bila dengar pintu pagar di buka. Waktu tu aku baru saja lepas menggoreng cucur bawang. Lampu depan rumah tak pasang... saja nak jimatkan letrik lagipun ada kalkatu... Bila kalkatu datang dan banyak berterbangan... cicak pun datanglah... nanti banyak pulak tahi nya gugur ke lantai... aku tak kuasa dan tak larat nak mencuci lantai hari-hari.

Dalam samar-samar tu aku nampak susuk tubuh... rambut ikal-ikal dan tinggi. Berderau darah aku... “abang ke balik”? ei abang balik!” Hati menjerit suka.

Ntah kenapa aku ni... boleh terfikir macam itu. Rupa-rupanya anak buah dari Kelang... anak abang. Rasa macam nak menangis pun ada bila nampak dia... bukan apa, aku terkenangkan ayahnya... arwah abang aku yang telah pun pergi meninggalkan kami empat tahun lalu.

“Along rupanya, bonda ingat, Farid tadi.” Aku bancuh tea dan hidang cucur bawang. Kami makan sama-sama... dan berbual. Rupanya si along ni dah kerja... Baru tiga hari. Pejabatnya di tingkat 80 menara Petronas. Alhamdulillah!

Semalam abang call... dan aku cakap tentang apa yang berlaku. Abang tak cakap apa.. dia cuma mengeluh dan beritahu... tahun depan dia balik. Tapi abang bukan balik bercuti... Tahun depan kemungkinan debate antara universiti akan di adakan di Malaysia. Dan abang akan mewakili universitinya untuk ke pertandingan tu. So, sambil menyelam minum airlah!

14 comments:

  1. mula2 baca ingatkan cerita suspen tapi cerita betul pua bila baca sampai ke bawah.

    wah 1 terujanya saya abang dpt wakit U dia. ini bukan calang2 orang. tahniah , tentu maknya lagi gembira.
    semoga dia berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tentu Nieda... minggu lepas dia di London... debate antara universiti (SOAS IV). Dia wakil universiti... tapi team dia kalah di peringkat suku akhir bertemu team dari uni cambridge... abang kata dia buat mistake....

      Delete
  2. Assalam..kagum saya..pelajar Melayu mewakili foreign universiti utk debate championship..Malaysia Boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas! tahun lepas dia dalam senarai 10 debater terbaik di Manchester. Saya sendiri pun tak sangka dia akan 'pergi' sejauh itu.

      Delete
  3. rindu sangat ngan abang ye sweetie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah acik... agaknya... semakin saya renung gambarnya makin menjadi-jadi pulak rindunya.

      Delete
  4. as salam kak...tahniah utk abang. tingginya office ank saudara akk-tkt 80 tu. terima kasih kak utk kiriman di email tu. Suka sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Yati... kalau yati nak buat yang lain boleh je... lakarkan macam mana yang yati nak.

      Delete
  5. Wah!sweetie bikin suspen...bikin panas...hahaja... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN baca suspen... saya yg melaluinya lagi suspen... boleh terfikir yang bukak pintu tu si abang! kalau betul dia balik mestilah dia beritahu saya dulu kan..

      Delete
  6. sedih pulak baca yg mula-mula tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu dua ni saya rasa sepi dan teringatkan anak-anak je Zila... walaupun mereka menghubungi saya setiap minggu.

      Delete
  7. Replies
    1. Teruk betul saya ni kan Irfa... lagi saya renung gambar2 dia, makin dalam plak rindunya... rindu nak tepuk2 pipinya... rindu..rindu... dan rindu serindu-rindunya.

      Delete