Thursday, July 12, 2012

Terlampau panas...


Plug ketuhar yang terbakar.

Tengok tu, salah satu pin plug tu melekat dan tertinggal 
dalam soket. Bila dibuka sebelah dalam soket tu dah cair.

Ceritanya hari minggu (Ahad) lepas, aku anak beranak pindah pukul 3 pagi. Bukannya tak bayar sewa rumah atau rumah nak kena lelong tapi plug yang aku gunakan untuk ketuhar cair dan terbakar.  Agaknya terlalu panas.

Bayangkan, sejak hari Khamis tu aku gunakan ketuhar tak henti-henti. Kiranya ketuhar tu on je lah 24 jam.  Macam-macam yang aku buat. Mula-mula tu buat kek empat biji, lepas tu bakar cheesetart 112 biji.  Tengah-tengah bakar tart tu aku perasan, ketuhar macam sejuk je. Aku tekan lampunya tak menyala. Pastu aku tengok cheese tart tu macam tak naik. Aku dah gelabah. Masa tu dah pukul 1 pagi. Aku kena siapkan tart malam tu jugak sebab esoknya kena hantar pada pelanggan. Aku tekan-tekan plug akhirnya 'hidup' balik lampunya dan suhu ketuhar naik semula sampai semua tart tu siap di bakar.

Siap je tart-tart tu dibakar aku pun tekan suis off. Tapi tak boleh. Aku rasa plug panas dan ada kesan hitam macam terbakar. Puas aku tarik nak keluarkan tapi tak boleh. Rupa-rupanya dah cair dan melekat pada soket. Aku cuba cungkil untuk tanggalkan plug tu dari soket tapi tak boleh. Nak dibiarkan saja takut pulak, mana tahu tengah sedap-sedap tidur menyala pulak api. Pilihan yang aku ada malam tu ialah tutup suis besar. Seisi rumah bergelap dan panas.  Masa tu jam dah tunjuk pukul 3 setengah pagi. Hendak tak hendak aku kejutkan anak-anak dan beritahu masalah yang sedang berlaku.  Dinihari tu jugak kami sekeluarga ke rumah kakak yang jaraknya hanya beberapa meter untuk menumpang tidur.

Esoknya (Isnin) jiran satu blok dengan aku datang tolong baiki. Alhamdulillah, plug dan soket yang terbakar tu dah diganti. Dah boleh ‘berbisnes’ semula.

Inilah antara projek hari Ahad tu. Siapkan kek patung barbie 
untuk sambutan birthday anak buah, Alisya, 2 tahun dan Ojet .
First time buat kek patung ni.

Thursday, July 5, 2012

"..mak buat yang simple je..."



Birthday Ojet hari ni. Dah sembilan belas tahun. Cadangnya hari minggu ni nak celebrate. Tapi semalam aku buat juga sebiji kek coklat moist. Ojet nak bawak ke sekolah. Nak celebrate dengan murid-muridnya waktu rehat nanti.

Tapi Ojet pesan, buat kek yang simple je. Tak perlu deco lebih-lebih sangat. Kalau selalunya kek coklat ni aku susun strawberry atasnya tapi kali ni tidak. Ojet kata nanti susah nak bahagi-bahagikan. Berebut-rebut nak yang ada buah. Nanti ada pulak yang merajuk sebab potongan kek mereka tak ada strawberry atasnya dan cakap “teacher tak adil”. Payah pulak nak memujuknya nanti.

Atas permintaan Ojet, itulah rupa keknya. Memang simple. Plain je. Untuk nampak meriah aku taburkan gula manik warna-warni tu sikit. Jadilah, yang penting rasanya tetap moist dan bercoklat.

HAPPY BIRTHDAY
Dik Da!