Friday, December 23, 2011
Tak sampai hati berkata tidak...
Sekali makan RM74... Eee terasa macam mahal la pulak. Tapi sebab pergi dengan salah sorang ‘buah hatiku’, pejam mata jelah dengan harga tu. Janji dia dan aku happy dan kenyang. Hari tu aku keluar berdua saja dengan dia. Kami jalan-jalan kat satu shopping compleks. Aku saja-saja nak cuci mata tapi akhirnya terbeli juga sepasang kasut dan sehelai jeans. Bila lalu dekat depan satu restoran tu dia cakap nak makan kat situ.
Aku sebenarnya bukanlah nak makan sangat kat restoran tu tapi dah ‘si abang’ ni minta, aku turutkan saja. Serba salah kalau nak tolak permintaannya tu. Lebih-lebih lagi kalau dia dah tunjuk muka kesian. Jangan salah faham pulak ya, ‘si abang’ yang aku maksudkan ni, adalah anak lelaki ku yang sekarang ni tengah menghabiskan cuti semesternya di rumah.
Aku macam nilah. Tak sampai hati untuk berkata ‘tidak’ pada anak-anak. Apa lagi dalam bab makan. Rasa terkilan, kesian, takut nanti kempunanlah. Akhirnya aku yang kena ‘sembelih.’ He..he... ibu-ibu yang lain macam mana? serupa juga ke?
Habis je makan dia cakap, “Eee cam membazir je makan sampai RM74 hengget! Tak habis pulak tu.”
Tuesday, December 20, 2011
Kau boleh masak macam ni tak...
(Bruschetta.)
(Lasagna.)
Baru-baru ni aku makan di satu restoran Italy. Kalau sebut semua orang tahu tapi aku tak nak bagi iklan percuma kat sini. (ngeh..ngeh..ngeh..). Adik belanja.
Katanya nak bagi aku rasa. Dia orderkan aku mix vegetable bruschetta. Aku ingatkan apalah bendanya. Rupanya toasted garlic bread with olive oil and grilled vegetable. Hmm! okay lah. Pastu tu aku order lasagna, dah namanya orang belanja, aku mintalah apa yang aku nak. Rasanya biasa-biasa saja. Pada aku taklah special sangat, cuma tempatnya tu agak exclusive dan mahal.
Habis makan dia tanya aku, “kau boleh tak masak macam ni.. kat rumah?”
“Tu pasal lah kau belanja aku ni...!”
“He..he..”
Wednesday, December 14, 2011
Kenangan di Langkawi...
(Untuk sampai di sini ombak agak besar.)
Apa yang menarik di Langkawi. Pada aku Kilim Geoforest Park. Dengan menaiki bot kita akan dibawa menyusuri sungai Kilim sambil menikmati suasana dan pemandangan hutan paya bakau di sepanjang laluan sehingga keluar ke laut Andaman. Melihat burung-burung helang berterbangan dalam suasana yang amat hening dan tenang. Menyentuh dan merasai kelembutan ikan pari yang di bela dalam sangkar. Comelnyaa!
Dua puluh tahun dulu aku pernah datang ke Langkawi ni dengan adik dan arwah mak. Masa tu kawasan Kilim Geopark ni belum pun termasuk dalam senarai kawasan pelancongan yang wajib dilawati. Masa tu tumpuan hanyalah sekitar tasik Dayang, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah dan Telaga Tujuh.
Dan aku terkenang bagaimana aku dan adik menarik arwah mak memanjat gunung Matcincang untuk sampai ke Telaga Tujuh. Dari situ akan nampaklah pemandangan yang sangat cantik. Dengan hutan-hutan yang menghijau dan laut yang terbentang luas. Sekarang untuk melihat pemandangan yang sebegitu tak perlu lagi bersusah payah. Naik je cable car.
Pertama kali naik cable car Langkawi, kaki aku menggigil! Bunyi deruan angin sangat kuat dan sekali sekali perjalanan cable menjadi amat perlahan dan terhenti. Waktu tu aku mula terkenangkan anak-anak. Rasa menyesal pun ada, kalaulah terjadi apa-apa... Dan nun jauh di bawah kaki aku nampak air terjun dan Telaga Tujuh yang pernah aku ‘panjat’ dengan arwah mak dulu. Terbayang bagaimana arwah mak bersungguh-sungguh mendaki jalan yang licin tu dengan dibantu oleh beberapa orang mat salleh!
Ada banyak lagi kenangan-kenangan lama yang terbayang dalam ingatan aku bila berada di Langkawi kira-kira dua minggu lepas. Semuanya kembali segar dalam ingatan. Perkenalan dengan Flatel warga Austria, Mail pemandu teksi yang handsome dengan loghat Kedahnya yang pekat dan sering menjadi bahan usikan aku dan adik waktu tu. Dan yang paling tak lupa lepas je balik dari Langkawi tu aku mengakhiri zaman bujang. Kononnya masa pergi Langkawi tu membawa hati yang lara... tapi rupa-rupanya menyemarakkan lagi rasa cinta... ehem!
(Bongkah batu yang menyerupai muka manusia dan seolah-olah
pintu keluar menuju ke laut Andaman dan menurut kata pemandu
bot, di sinilah antara lokasi filem Anna and The King.)
(Hutan paya bakau dan burung-burung helang berterbangan.)
(Sepanjang laluan sungai Kilim menuju ke Laut Andaman.)
Tuesday, December 13, 2011
Penatnya....
Hari ini bangun pagi dengan rasa sakit-sakit satu badan. Lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam pun ada. Ada juga terlintas dalam hati nak ponteng kerja.
Uwaaah! penatnyaaaaaa...! semalam aku ke pejabat imigresen Wangsa Maju. Tak sangka pulak orang begitu ramai. Kena berbaris panjang hanya semata-mata nak ambik nombor giliran.
Sehari suntuk kat situ sebab menemankan Ojet dan kakak nak buat pasport. Sambil menunggu mereka aku terpaksa menjaga dua orang anak saudara Aidiel dan Alisya. Tak reti nak duduk diam. Dan aku terpaksa mendukung si Alisya yang berumur setahun. Inilah sebabnya badan aku rasa sakit-sakit. Keadaan tempat tu pulak sempit. Ada yang duduk atas lantai dan tertidur sementara menunggu nombor mereka di panggil.
Alhamdulillah! nasib baik sempat dan dapat buatkan pasport Ojet. Kami sekeluarga bercadang nak bercuti ke Singapore hujung bulan ni.
(Pasti nak bergambar dekat singa ni
nanti... Gambar dari Google)
Thursday, December 1, 2011
Fraser Hill...
(Menyeramkan. Teringat cerita-cerita hantu dalam filem-filem
Inggeris bila melalui jambatan ni.)
(Perjalanan balik. Jalannya luas dan tak curam sangat.)
“Selamat sambut hari lahir seterusnya cerita di bukit Fraser” sms dari hubby beberapa hari lepas sempena birthday ku yang ke... . (dah banyak tahun dah). Waktu tarikh birthday tu aku ada di Fraser Hill, brainstroming unit pendidikan.
Cuaca sangat sejuk. Kabus pulak tebal. Ojet kata, “practise na p UK nt la”.
Terasa nyaman dan tenang suasananya. Tapi aku tak bercadang nak pergi lagi ke sana sebab agak ‘seram’ juga melalui jalan yang kecil dan berliku-liku nak sampai ke puncak Fraser tu. Ini kali pertama aku memandu ke sana. Teringat sebelum pergi, anak-anak menahan tapi nak buat macam mana, dah urusan kerja. Terasa diri ini di sayangi!
Subscribe to:
Posts (Atom)