Thursday, February 17, 2011

"Mak demam..."

Deringan talipon genggam yang aku letakkan tepi bantal mengejutkan tidur. “Hello!” dengan nada lemah dan malas ku gagahi juga menjawab.

“Aaa kenapa suara mak, tak sihat ke?” Suara abang riang kedengaran. Mata aku yang terpejam, celik serta merta dan teruja.

“Ya mak demam.”

“Hmm mak dah gi klinik”

“Belum tunggu Acik balik, Abang kenapa talipon mak ni?”

“Hmm tak ada apa-apa. Aaa tadi projek sains abang menang lagi.” Nada riang abang jelas kedengaran. Aku bingkas bangun. Hilang rasa sakit-sakit dan lenguh-lenguh bila mendengar suaranya.

“Ooo ya, kali ni dapat berapa?”

“Hmm tak dapat apa-apa just menang je!”

“Okey, abang kat mana ni, dah habis kuliah ke?”

“Abang dengan kawan-kawan tengah siap-siap nak pergi makan ni.”

Dua hari aku demam. Seluruh badan sakit-sakit. Dan bangun pun tak larat. Lepas balik dari klinik dan makan ubat aku terus tidur. Tak peduli dah semua hal-hal dalam rumah. Kesian Ojet pandai-pandai dia saja menguruskan segala-galanya. Aku betul-betul tak berdaya. Tapi lepas dapat panggilan talipon dan dengar suara abang segala-galanya berubah.

Aku jadi segar dan bersemangat. Rindu ke tu....?

Wednesday, February 9, 2011

Kek Pisang...

“Mak teringin nak makan kek pisang lah.”

“Aaa buatlah mak, Ong pun teringin jugak. Ong suka kek pisang yang mak buat. Kalau beli rasa dia tak sedap dan kering je.” Pandai Ojet mengampu.

“Jom teman mak beli pisang.”

Puas juga aku berpusing-pusing sekitar kawasan perumahan mencari gerai menjual pisang. Tapi semuanya dah tutup. Mungkin sebab senja tadi hujan turun agak lebat jadi mereka tutup awal. Tapi kerana keinginan nak makan kek pisang tu tak boleh ditahan-tahan akhirnya aku pergi ke hypermarket yang berdekatan. Waktu tu dah pukul sembilan malam.

(Kek Pisang)

Bahan-bahannya:
3 biji pisang berangan
1 cawan gula perang
3 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak

Cara-caranya:
1. Pisang di lecek hancur.
2. Tepung gandum di ayak bersama soda bikarbonat.
3. Masukkan ke semua bahan ke dalam mixer dan gaul semua hingga sebati.
4. Tuang dalam acuan dan bakar dalam oven dengan suku 180C selama 1 jam.

Sunday, February 6, 2011

"Saya cemburukan awak..."

(Kek coklat Lembab yang ditempah kawan sepejabat.
Thanks! Shidah.)

“Berapa umur awak Yang!”

“Eh!, kenapa tiba-tiba saja tanya umur saya ni” Semalam dengan tak semena-mena hubby tanya umur aku. Dah bertahun-tahun kahwin tak kan dah lupa umur aku berapa.

“Saja-saja tanya, saya terlupa beza umur awak dengan saya. Tiga belas ke lima belas!”

“Iyalah tu. Saya dah nampak tua ke di mata awak dan dah tak ... lagi.” Selalunya bila suami bertanya begitu ada yang tak kena pada pandangan matanya tentang penampilan diriku.

Ya aku sedar sejak akhir-akhir ni berat badan ku seperti tak terkawal. Tak tahu dah nak buat macam mana. Dulu setiap minggu aku pergi berenang tapi sekarang tak lagi. Sejak anak-anak dah besar dan aktiviti mingguan ku baking.

“Eh tak lah! Awak tahu, saya sebenarnya cemburu dengan awak... .”

(Terima kasih Odi kerana memberi kepercayaan pada aku
menyiapkan tart ni untuk dijadikan buah tangan pada besannya.)

Wednesday, February 2, 2011

Semoga Fatin selamat...

Mendengar kawan sekolahku Laila menangis di talipon aku pun turut menangis. Tiada apa yang dapat aku katakan cuma “bersabar je lah!”

Hati dan naluri saorang ibu yang risau dengan keadaan anaknya dapat aku rasakan. Dengan tajuk dan gambar-gambar di akhbar hari ini sudah cukup membuatkan hatinya di buru kebimbangan tentang keselamatan anaknya Fatin yang sedang menuntut di Mesir.

Sebenarnya Fatin ni lah yang menemukan aku dengan ibunya Laila. Aku post di blog gambarku dengan ibunya masa sekolah dulu. Secara kebetulan, seorang kawan sekolah ku Qamariah jumpa gambar tu dalam blog ni dan dia pula bekas guru Fatin. Qamariahlah yang menghubungi Fatin dan beritahu tentang gambar ibunya di blog aku.

Fatin terus menghubungi aku dan sejak itu hubungan aku dengan Laila yang terpisah sejak sekian lama bertaut kembali. Dan pada Laila aku banyak bertanya tentang scolarship dan macam-macam lagi berkaitan dengan cara untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Waktu tu aku tengah berkira-kira untuk menghantar abang melanjutkan pelajaran ke luar negara juga.

Dan semalam abang pula call aku beritahu dia tak dapat hubungi kawannya Farhan di Universiti al-Azhar. Farhan ni waktu nak 'fly' talipon minta aku datang ke airport hantar dia. Pada Fatin, Farhan (kawan sekolah abang) dan seluruh pelajar Malaysia di sana, untie sentiasa doakan kalian dilindungi Allah dan berjaya kembali ketanah air dengan selamatnya.