Baru pulang dari menjenguk Ojet di kolej... Sebelum memulakan cerita, aku nak ucap tahniah pada kawan-kawan blog yang anak-anak mereka dapat result SPM hari ni. Debaran dah reda kan... mulai hari ini akan bermulalah episod baru pada anak-anak tu dan fasa pertama dalam hidup kita. Kenapa aku cakap begitu, kerana selepas ini mereka (anak-anak) akan mula melangkahkan kaki keluar meninggalkan kita pula untuk menuntut ilmu. Kalau masa sekolah dulu ada anak-anak yang dapat asrama tapi tak nak pergi... selepas ini tiada lagi perkataan 'tak nak' tu. Suka tak suka... ndak tak ndak kena pergi dan berjauhan dengan mak dan abah. Kena tinggal di kolej.
Pada mak-mak dan abah-abah pulak... selamat berjauhan dengan anak-anak ya. Hm! rindu bakal bertamu dan sepi akan jadi teman sepanjang waktu. Dan yang lebih mencabar lagi... kalau ada anak-anak yang cuba mengintai-intai peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Apa pun kita harus merelakannya...
Semua situasi ini telah aku alami dua tiga tahun dulu... Ketika abang dan Ojet menerima keputusan SPM mereka. Hari itu aku sama-sama dengan mereka di sekolah untuk mengambil result SPM mereka. Abang pada tahun 2010 (ceritanya di sini dan sini) dan Ojet pada tahun 2011 (kisahnya di sini) Memang tidak dinafikan, selain dari mereka... aku pun turut sama merasai debaran dan keseronokkannya.
Ketika abang menerima result, aku yang terjerit over... dan saat Ojet aku cuma tersenyum-senyum di luar dewan memerhatikan Ojet sebab ketika itu, cikgu-cikgu sekolah tempat Ojet belajar telah asing-asingkan mereka. Mana yang dapat straight A's cikgu tak beri slip keputusan tu, tapi telah suruh mereka ke dewan untuk menerima keputusan mereka di pentas. Aku dah tak berdebar sangat sebab Ojet telahpun di suruh ke dewan untuk menerima slip keputusan SPMnya.
Alhamdulillah... berkat usaha dan ketekunan kedua-dua permata hati ku mereka kini sudahpun menjejakkan kaki ke menara gading... mengikuti kursus pilihan mereka sendiri dan berada di universiti pilihan masing-masing. Abang di luar negara manakala Ojet di dalam negara, pun dikira jauh juga di utara sana. Ojet pun ada terima tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, buat medic tapi aku tidak begitu menggalakkan... tak jauh cuma di Bandung, Indonesia. Saat itu aku tidak mahu lagi dia berhempas pulas sangat belajar... dan yang utama sekali aku risau melepaskan dia bersendirian dan berjauhan dengan aku sebab dia perempuan.
Tapi apapun cadangan dan pilihan, hakikatnya aku harus juga berjauhan dengan Ojet. Sungguh berat merelakannya tapi kini aku bersyukur. Dia telah boleh membiasakan dan menguruskan diri serta berjauhan dengan aku... dan pulang sendirian dengan kenderaan awam ketika cuti semester... aku sudah mula percaya, dia boleh berdikari.
Itulah sebenarnya yang merisaukan aku... Risau seorang mak, takut anak-anak tak boleh menguruskan diri mereka. Kalau boleh sentiasa nak bantu mereka buat itu ini. Yalah, kalau dah tinggal bersendirian tu, semua kena buat sendiri... Nak makan kena cari dah buat sendiri. Baju kena basuh sendiri. Mana lagi nak hadir kuliah dengan aktivi-aktiviti lain anjuran pihak kolej dan universiti. Dan yang utama sekali akaunpun kena uruskan sendiri. Manalah tahu kalau mereka terlebih belanja, nanti tak makan pulak.
Rindu jangan ceritalah... tambahan jarak beza umur abang dan Ojet cuma setahun. Bila si abang masuk universiti setahun lepas tu di ikuti oleh si Ojet pulak. Memikirkan ini semualah yang membuatkan aku terbang ke UK bulan lepas. Aku nak tengok bagaimana keadaan si abang tu di oversea. Macam mana tempat tinggalnya, makan minumnya dan 'sosial'nya. Lebih-lebih lagi duitnya... takut dia boros. Tahu-tahu jelah... belajar di tempat orang yang segala-galanya mahal. Kalau tak pandai menguruskan kewangan, boros dan terlebih belanja... aku memang tak boleh buat apa-apa. Tapi alhamdulillah! nampaknya dia ok dan boleh melakukannya sendirian walaupun jauh di rantau orang.
Doaku, kedua-dua permata hatiku akan pulang kesisiku dengan kejayaan yang paling manis!
Sweetie tahniah.debaran acik nak menghadap anak pekse tahun ni dan tahun depan debaran untuk keputusan
ReplyDeleteKecut perut ya acik, terus terang saya bila menengokkkan anak-anak study untuk pekse, saya yang seksa dan takut... InsyaAllah! semoga si bongsu acik tu akan beroleh kejayaan yg cemerlang nanti. Tak lama lagi tu... pejam celik.. pejam celik... sampai je masa tu... Ni pun dah nak masuk cuti penggal pertama.
DeleteInsyaallah, tahun ini saya bakal berjauhan dgn anak ketiga pulak. Hati dah mula sayu namun semua tu terpaksa juga dilalui..
ReplyDeleteHaah! ya Sal, Ude dapat berapa... Bulan lima nanti bermulalah pendaftaran pelajar baru untuk Matrik, Asasi dan Diploma kan? Bulan Jun pulak untuk maktab. Ude pilih yang mana?
Deletesenang hati mak melihat kejayaan anak-ank walaupun berjauhan tapi demi masa depan terpaksa merelakannya.
ReplyDeletetahniah utk mamanya juga .
Belum sepenuhnya lagi Nieda... banyak lagi anak tangga yg harus di daki untuk sampai pada kejayaan tu.
DeletePujian keatas you...sweety! Memperolehi anak2 yg cemerlang...
ReplyDeleteBerkat bertungkus lumus you....anak2 you meniti kejayaan!
Terima kasih Leez!
Delete