Kenangan... Banyak jasanya meja ni. Anak-anak gunakannya
untuk study dan buat kerja sekolah. Bila cikgu tuisyen datang di meja ini
jugalah dia akan mengajar abang dan Ojet sambil duduk bersila.
Letih sangat hari ni. Selepas solat Asar di surau pejabat sebelum balik petang tadi aku tertidur sampai maghrib. Lepas solat maghrib di pejabat baru balik. Jalan pun
clear tak 'jam' sangat. Sampai dirumah duduk di sofa dan terlelap sekejap. Ketika anak-anak ada dirumah mereka bising dan kejutkan aku. Mereka tak biarkan aku tertidur di sofa sebab selalunya bila terjaga semula aku akan mengalami sakit kepala jika tertidur dalam keadaan duduk begitu.
Itulah kadang-kadang ada saja perkara yang boleh membuatkan aku teringatkan anak-anak.Ni tengah sakit kepala lah ni...
Sweety...i'm just like you. Barang2 lama yg membawa byk kenangan n masih boleh digunakan...I akan simpan n pakai selagi mana benda tu boleh bertahan. Ia merupakan nostalgia buat kita kann!
ReplyDeleteBetul Leez! Kita guna dan jaga ia baik-baik... sayang!
DeleteSalam Sweetie darling, akak nak dtg bising2 kat meja tu, meh kita tulis surat kat meja tu or minum2 kat situ, sian teringat kan anak2 ke ni, sama lah kita kan teringat anak2 sana sini sinun sabo je lah ya insyaallah kerinduan dan kesunyian itu pasti berakhir jugak nnt
ReplyDeleteKalau lah boleh begitu... ok juga... Sekarang tak main tulis2 surat dah kak Noor, kita berchating dan berskype kat meja tu...
Deletebegitulah lumrah kehidupan...dulu kita meninggalakn ibu ayah...samada bekerja/belajar/kawen..tiba masa kita pulak ditinggalkan anak2..
ReplyDeleteMacam tula putarannya ya Kamsiah! Kita pun masa bekerja tinggal-tinggalkan anak2. Tau-tau dah besar dan mereka pulak keluar dan merantau jauh sampai ke luar negara untuk menuntut ilmu.
Delete