Jangan ditimpa siranting pauh,
Hendak tidur, tidurlah mata.
Jangan dikenang orang yang jauh.
Hai susahnya nak melelapkan mata. Terkelip-kelip dan terkebil-kebil sorang. Puas cuba memejamkan mata tapi tetap tak mahu lelap juga. Golek kekiri, golek kekanan tetap serupa. Ditambah lagi kejap-kejap si abang sms. Bukannya ada apa sangat pun. Cerita tentang dia pergi buat rambut. Sekarang rambutnya dah dikerintingkan macam masa dia kecil-kecil dulu. Beritahu tentang salji yang tak henti-henti turun dan semakin lebat di Sheffield sekarang dan separuh dari tayar-tayar kereta yang ada di hadapan rumahnya sudah ditutupi oleh salji.
Nak keluar pergi makan pun dia sms juga. Tahulah di UK sekarang waktu siang tapi di Malaysia ni sudah pukul 2 pagi sayang!
Apa yang aku nak katakan... abang macam dalam mood gembira nampaknya. Hai ada apa-apa ke? Aku seperti dapat merasakannya. Selalunya begitulah. Apa agaknya ya...
emmm abang jumpa cinta hati ke?
ReplyDeletehihi
Mungkin siapa tahu! Hai cemburulah saya dengan gadis tu... ha..ha..ha..
Deletemmg betul kak..ada kawan saya semua anaknya lelaki.bila anak dia ada awek akak tu sedih sbb dia rasa anak dia akan lebihkan awek itu..agaknya saya pun akan jd macam dia kot..sebab anak lelaki sorang je.hahaha
Deletepasl komen akak di blog saya..saya jawab kat sini jelah ye.segan nak jawab kat blog saya..
saya keje mas sejak lepas skolah menengah tahun 1998.tapi kami ground staff xde belajar berenang..itu utk cabin crew je.mmg masa course kat sana ada tgh diorang belajar berenang.kami cuma dihantar utk course make up/cara berjalan
akak mesti seorang yg hebat..banyak pengalaman kerja
Irfa, saya ni bukan sapa-sapa... kerja biasa saja.
DeleteYang belajar berenang dengan kami tu pun bukan cabin crew... tapi ground staff. Cabin crew ada jurulatihnya sendiri... Ramai juga... ada kerani, setiausaha, engineer yg belajar masa tu.
Hi Sweety!...
ReplyDeleteTahniah!.. rasanya...abang dah ada yg punya!
Jangan risau...berdoa je semoga dpt.pasangan yg sesuai.
Like my son...sebelum ni h/p nya letak merata2 je.Tapi bila dh asyik kunci pintu bilik n asyik bergayut tel.n bil pun melambung tinggi. Hah!terkejut...dh ada yg berkenan.
Mula2 memang rasa sedih...tapi terpaksa terimalah anak kita dh dewasa.Janji they compliment each other n terima both keluarga seadanya!
Seandainya tekaan itu betul Leez tak tahulah bagaimana saya untuk menerima kenyataan itu. Apapun mcm yg you cakap hanya doa agar dia mendapat pasangan yang sesuai yg dapat menerima abang dan kami sekeluarga seadanya.
Deletenaluri ibu selalunya kuat terutama dgn anak2nya
ReplyDeleteBetul Nieda, tp rasanya dengan si abang ni lebih kuat lagi berbanding Ojet. Setiap gerak gerinya dan apa yang ada dalam fikirannya seolah-olah dapat saya baca dulu.
DeleteSemoga abang sentiasa dalam perlindungan....dan mendoakan ibunya tanpa sentiasa.
ReplyDeleteInsyaAllah, aminnnn!
Deletehai Sweetie darling dah nak dpt menantu ke ni hahaha, kita kena terima kenyataan lah anak2 kita dah besar dan perlukan pasangan supaya tk kesunyian heeee seolah mesrestui je makcik ni kan hahaha
ReplyDeleteTunggulah dulu kak Noor, muda sangat lagi si abang tu... kalau ada yang berkenan tu, kawan-kawan je dulu takpa lah dan tahu menjaga tatasusila pergaulan lelaki dan perempuan. Yang penting utamakan dulu pengajian tu...
DeleteHa, betullah kak Noor ni, mcm merestui je... mak nya ni nak tengok anak bujang tu berjaya mendapat ijazah kelas pertama dulu... kerja... enjoy2 bawak maknya ni melancong keserata tempat... pastu baru fikir pasal pasangan hidup...boleh?