Wednesday, March 13, 2013

Kena tahan polis....

Ini polis London yang meronda-ronda di Hyde Park 
waktu aku di UK tempohari.

Pagi tadi aku on the way nak ke office. Balik dari hospital Ampang Puteri. Lepas isi minyak di stesen Petronas berhadapan dengan Risda aku membelok masuk ke Jalan Ampang Hilir. Sampai pada satu trafik light berhampiran dengan simpang nak masuk ke Great Eastern dan Kampung Pandan aku berhenti. Tapi bila aku tengok kereta dari arah Kampung Pandan semua masuk dan membelok ke kanan jadi aku rasa aku boleh jalan dan menyusur keluar ke kiri. Maksudnya masuk ke Kampung Pandan. Waktu tu lampu dari arah aku merah. Tapi kalau tak silap, aku pernah terbaca jika berada dalam situasi seperti aku pagi tadi, kita boleh membelok masuk sebab jalan tu clear. Lebih-lebih lagi kalau dalam keadaan 'jam'.

Sebaik saja aku masuk, aku dengar bunyi hon dari motosikal di sebelah aku. Aku toleh tapi tak perasan pulak seragam polis yang di pakai oleh penunggang motosikal tu. Aku berhenti di tepi pintu masuk Raintree Club Kampung Pandan. Sebaik berhenti barulah aku perasan itu polis.

Aku buka cermin tingkap kereta dan bagi lesen tanpa di minta. Dia ambil dan belek-belek lesen aku dan tanya aku nak kemana. Aku cakap dari hospital dan nak cepat ke pejabat. Polis tu cakap aku dah langgar lampu merah. Aku kata, "saya nampak kereta dari sebelah kiri lampu hijau dan membelok ke kanan. Jadi saya rasa saya boleh masuk menyusur keluar ke jalan sebelah kiri sebab saya tak ganggu laluan sesiapa pun..." Polis tu angguk-angguk. Dia pandang kawannya di sebelah kiri kereta aku. Lepas tu dia pulangkan balik lesen aku dan pergi.

Huhhh! nasibbb! Sudahlah bulan Januari lepas aku dapat saman AES sebab memandu melebihi hadlaju di Lebuhraya Utara Selatan. Tapi aku abaikan saja sebab menurut kata beberapa orang kawan, saman dari kamera AES tu masih tergantung lagi. Mahkamah masih meneliti penggunaannya sebab ramai yang tak puashati. Bila kedua-dua polis tu berlalu aku terfikir balik, berhak ke mereka menahan aku sebab mereka bukan polis trafik. Mereka cuma polis biasa yang meronda-ronda dengan motosikal.

Bila aku kenang-kenangkan balik menggeletar juga badan. Bukan takut di saman tapi kalau dibuatnya yang menahan aku tu orang biasa yang menyamar jadi polis macam di UK. Iaitu Bogus Police. Mereka meminta dompet pelancung dan melarikannya. Kiranya macam samun juga. Jalan yang aku lalui pagi tadi tu pun agak sunyi juga.

12 comments:

  1. assalam sweetie..kalau acik dah dok sebelah pun boleh rasa takut bila ditahan polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilek Acik, kena control perasaan takut tu... kalau kita nampak sgt gelabah... kang habis kita kena gelidah...

      Delete
  2. Replies
    1. Hai Azie! terima kasih sudi melawat blog saya. Nanti saya dtg jenguk blog Azie dan follow Azie.

      Suspen...! hehehe... di tambah lagi dengan gambar saya di apit oleh dua orang polis UK tu kan... cam ia..ia je saya kena tahan polis di luar negara. He di jauhkan... simpang malaikat 44!

      Delete
  3. kalau polis omputih mau gelabah ni, tapi diaorang cool je kan boleh di ajak bergambar lagi tu hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa memang kak Noor... Kalau polis omputih ni yg tahan saya mahu 3x gigil kot... tapi kedua mereka ni peramah sgt. Saya yang tegur mereka dulu... dan ajak bergambar. Mereka kata ok! Yang sebelah kiri saya tu... rupa dia mcm Prince William.

      Delete
  4. Wah!....u look so sweet n cute in between those two policemen.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Leez! Polis tu tinggi sangattt... :) Gambar ni jadi bahan ketawa kawan-kawan... nampak I kemetod je...

      Delete
  5. nasib baik lps. kaau tak terbang pula fulus

    ReplyDelete
  6. sweetie duk area ampang ke, senag senag jom jumpa minum minum..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Su, saya buat rawatan di Hospital Ampang Puteri. Nak jumpa keluar lepak-lepak dan minum-minum boleh... Hai, saya ni ibu yang kesepian... hehehe..

      Delete