Monday, March 11, 2013

Tak datang tak tahu... hilang 2 kg...

Ikut pusingan jam, Fish n Chips, Hot Chocolate, Chicken 
Doner, Jacket potatoes dan White Coffee antara yang menjadi 
menu harian aku ketika di Sheffield.

Lasagna, yang aku pilih untuk makan malam 
dalam MH004.

Sudah beberapa minggu berlalu... yang tinggal dan kekal bersama cuma kenangan. Selain kenangan ada satu lagi yang tertinggal dan hilang dari aku... Berat badan aku hilang 2 kg sejak balik dari UK. Pastilah itu satu-satunya yang amat mengembirakan lebih-lebih lagi bulan depan aku ada temujanji dengan doktor.

Macam mana boleh hilang 2 kg tu? Aku pun tak pasti bagaimana. Apapun aku amat gembira dengan perubahan diri. Selama ini berhempas pulas nak mengurangkan berat badan, alih-alih pergi UK berat badan susut. Baju-baju yang sebelum ini terasa ketat sekarang dah longgar.

Aku memang risau sebelum berangkat ke UK haritu. Terutama bila memikirkan pasal makanan. Takut kalau susah nak jumpa yang halal. Dari Malaysia memang aku dah siapkan 'bekal' mee segera, biskut dan coklat. Mana tahu ketika sampai di London aku tak jumpa restoran halal. Dan dalam kapalterbang pun aku dah nekad nak makan kenyang-kenyang. Kalau tak cukup aku minta lagi... hehehe. Teruknya niat tu. Pulak tu kawan-kawan sepejabat cakap, berdasarkan pengalaman mereka... masa aku sampai tu winter. Perut mesti lapar. Tapi alhamdulillah, aku tidak pula mengalami sindrom lapar tu. Hati suka dan perut tak rasa lapar.

Sebelum bertemu dengan abang dia ada mesej dan beritahu, kalau aku nak makan, carilah kedai yang ada tanda 'V" hijau. Maknanya suitable for vegetarian... bolehlah makan. Tak susah sebenarnya mencari makanan halal di Sheffield dan London. Ketika di Hammersmith kami (aku, adik, Adrian, abang dan Farhan) masuk satu restoran semata-mata nak tanya di mana boleh dapat makanan halal... dan pekerja di situ sungguh baik hati dan tunjukkan satu restoran yang menjual makanan halal.

Hari pertama berjalan di London, lepas ambil breakfast di hotel, (kebanyakan hotel di London tidak menyediakan sarapan pagi seperti di Malaysia walaupun hotel tu bertaraf 5 bintang) aku berjalan merata tempat dalam cuaca sejuk. Walaupun dah berjalan satu hari aku langsung tak merasa lapar. Agaknya 'sibuk' melayan kesejukkan... cuma berhenti sekejap di satu cafe Itali untuk minum segelas coklat panas. Malam baru aku makan. Itupun fish n chip... pun tak habis. Waktu ini mungkin aku tersangat happy sebab dah berjumpa dengan si abang.

Hari kedua pun sama, aku langsung tak ambil sarapan pagi dan makan tengahari. Yang ada cuma segelas kopi panas ketika menunggu bas untuk ke Sheffield. Tidak ada sedikit pun rasa lapar. Ketika masuk ke satu restoran aku sekadar menemankan abang dan kawannya untuk makan tengahari. Malam ketika sampai di Sheffield baru aku makan.

Hari-hari seterusnya pun sama. Aku tiada selera untuk makan. Bila makan di kedai  portionnya banyak sangat boleh share dua orang. Kenyangnya pun lama dan aku lebih banyak minum air. Setiap hari aku berjalan dan merayau merata tempat sehingga berkilo-kilometer jauhnya... dan tidak merasa penat. Agaknya ini yang membuatkan aku susut 2 kg. Habis semua lemak-lemak dibakar. Lagipun hati suka, rindu pun dah lepas, makan pun tak lalu.

Dan ketika menginap tiga malam di Malaysian Hall sebelum balik ke Malaysia, bekal yang aku bawa masih ada dan tersimpan elok dalam beg pakaian. Aku berikan pada salah seorang petugas di Malaysian Hall tu. Itulah kenangan manisnya, kalau tak datang mungkin aku masih plum lagi... hehehe..

16 comments:

  1. kak sweety,

    selalunya klu pg travel, mmg loose weight..sbb ape..kt byk berjalan, dgn baju winter yg tebal n berat lg..cuaca sejuk, mmg byk lemak2 terbakar..tahniah dpt loose weight..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Don... dan saya sungguh happy skrg, cuma tgh fikir macammana nak mengekal atau mengurangkan lagi berat badan saya... Nampaknya kena selalu 'berjalan' ni.

      Delete
  2. byk berjalan kut, sebab tu badan susut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak berjalan lemak-lemak habis dibakar.

      Delete
  3. sweetie..acik dah berbulan mencuba..bukanya turun tapi makin naik..awal bulan 4 ni nak jumpa doktor..
    untung sweetie dah turun 2kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik! seribu langkah setiap hari... baru boleh turun. Sebab masa di UK saya berjalan beribu-ribu langkah, tu yang buat berat badan turun.

      Samalah kita bulan empat ni ada temujanji dgn doktor. Jumpa bulan januari lepas dia suruh saya turunkan berat badan... kali ni memang bagi surpriselah kat doktor tu.

      Delete
  4. assalam,

    bunda pulak badan susah nak naik tapi nak turun senang...sekarang 51.6kg

    ReplyDelete
  5. kenapalah berat badan..sennag nak naik..tp nak turun..susah yg amat,..

    datang & follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, nak turun memang susah, berhempas pulas. Kurangkan makan nasi la, bersenamlah... macam-macam tp mcm tu juga. Alih-alih bila saya ke UK selama tiga minggu, berat badan turun. Perubahan cuaca kot, sebab masa di UK tu winter, lemak-lemak digunakan habis untuk memanaskan badan ditambah pulak berjalan merata2 tempat sehari suntuk.

      Saya dah lama follow Kamsiah! cuma bila BW tu saya jarang tinggalkan komen.

      Delete
  6. kalau saya terbalik kak
    balik mesti kg naik
    maklumlah..makan je kejenya ;)
    senang hati..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun makan juga Irfa... Sekali makan ha... ambik kau sepinggan habis licin... tp sebab berjalan je kerjanya setiap hari lemak2 habis terbakar.

      Delete
  7. Replies
    1. Bagi saya London tak best sgt Azie. Waktu saya kesana bulan lepas saya cuma duduk di London 5 hari saja.. selebihnya saya berjalan di kawasan Peak Disrtick. Pemandangannya cantik sgt. Tenang, tak sibuk dan bising. Saya suka scenerynya... Sygnya saya pergi winter, kalau autumm atau spring pasti lebih cantik dan penuh dgn tinggalan sejarah.

      Delete
    2. Hahaha saya pulak suka bershopping. Tak berapa suka scenery sahaja. sambil jalan jalan, mesti nak shop. You pergi urusan kerja atau saja bercuti.

      Delete
    3. Saya pergi kesana menjenguk my son yang study di University of Sheffield sambil tu ambik kesempatan jalan-jalan. 20 hari saya kat sana, dah terlanjur berjalan tu shopping jugak bila jumpa benda2 yg berkenan di hati.

      Delete