Friday, March 1, 2013

Setelah tiga minggu....

Ini bukan roti jala yang aku buat pagi tadi 
tapi gambar lama... saja untuk hiasan.

Esok, lusa dan hari-hari seterusnya... aku akan kembali sendirian... dan menanti lagi sehingga tiba cuti semester yang akan datang apabila anak-anak (Ojet tentunya) kembali semula kerumah untuk menghabiskan cuti semester yang lain pula.  Malam nanti Ojet akan pulang semula ke kolej dengan keretapi ke Arau untuk menyambung pengajian semester keduanya. Abang pula sudah tentu tak balik cuti musim panas nanti kerana ketika bersama dengannya di UK tempoh hari, dia ada beritahu nak buat internship dengan Barclays. Kalau berjaya... kemungkinan dia akan di hantar ke Dubai. InsyaAllah! aku berdoa moga dia berjaya dan dapat menimba banyak pengalaman sebelum dia benar-benar bekerja selepas tamat pengajian nanti.

Setelah tiga minggu... bersama abang di UK, kemudian tiga minggu lagi bersama Ojet di rumah... aku rasa amat bahagia sekali. Bertemu dengan anak-anak yang sentiasa aku rindui... Ketika aku membuat catatan ini, airmataku bergenang. Kata suami, "awak harus menempuhinya... suka atau tidak... apa yang perlu awak buat, duduk saja diam-diam di rumah!" ugh! aku rasa 'zalimnya' ayat tu.

Pagi tadi aku bangun awal, seawal jam 4 pagi semata-mata untuk memasak kari ayam dan membuat roti jala untuk sarapan Ojet. Aku kadang-kadang rasa bersalah sangat dengan anak-anak jika tidak dapat memasak sesuatu yang mereka minta apalagi jika makanan itu makanan kegemaran mereka... sehingga pukul tujuh pagi baru semuanya selesai... kemudian kembali menyambung tidur semula... dan... aku tertidur sehingga pukul 10.30 pagi dan terlambat untuk menghantar pesanan blueberry cheesetart kepada pelanggan dan ke tempat kerja.

...kalut... dan aku rasa seperti tak bermaya....

10 comments:

  1. assalam sweetie..sebagai seorang ibu kita kena menghadapinya kan.rindu memang rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu hakikat yg kena saya tempoh kini acik... Agaknya sindrom merindui anak-anak yang sering dialami org tua-tua dan yang kita tgk dlm drama-drama tv tu dah mula menjangkiti saya kot!

      Delete
  2. Memang sedih blia mengenang anak 2 dh besar n keluar rumah meninggalkn kita. Tapi we should be happy....diaorg keluar utk mencari ilmu. sekurang2nya u kepejabat tapi i hanya sibuk dirmh...itu yg sekarang ni sibuk kn diri dlm blogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leez bukan u saja yg sibukkan diri berblogging, i pun sama... aktiviti ni menghiburkan dan i seronok ber'bual' dgn rakan2 blog...

      Delete
  3. sesekali anak berhimpun maknya mesti sibuk di dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kadang2 je Nieda... sebab saya ni golongan ibu yg berkerjaya... eh! cewahhhh! Tak da lah Nieda... saya ni bekerja tak tentu masa... itu yg buat hati ralat sgt kalau tak dapat masakan mereka apa-apa...

      Delete
  4. hai my Sweeite, bestnya tengok roti jala tu aduh terliur akak tengok..
    baru je balik tak kan dah rindu lagi kot akak ni lagiiiiiiiiiiiiii lah merindu dendam, tpi maska tetap masak, makan tetap mkaan haha pelik tapi benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, itulah yg dinamakan 'tamak' seboleh-bolehnya tak mo anak-anak jauh dari kita kannn... tu pasal my hubby cakap mcm tu... grrrrr!

      Eh masak mestiiii... kalau tak nanti 'pengeran a.k.a sugar daddy a.k.a hubby nak makan apa bila balik nanti. Kang perang besar u c....

      Kak Noor, saya dah jumpa FB kak Noor, tp add buttonnya 'hide' camna nak add... dan ada mesej saya hantar... kak noor check, betul tak, kalau betul kak Noor balas dulu... takut silap saya silap org...

      Delete
  5. Kak sweety,

    sy yg baca ni pun jadi sedih...smg abang berjaya dgn cemerlang nanti..

    ReplyDelete
  6. Semoga begitulah hendaknya Don!

    ReplyDelete