Petang tadi sempat buat bun kentang untuk makan
malam. 500 gm tepung dapatlah 16 biji.
... demi kesihatan... sejak akhir-akhir aku lebih banyak makan sayur-sayur yang direbus sahaja, susu, bijirin, biskut dan roti. Nasi memang dijauhkan sama sekali... Mulanya memang susah juga nak lupakan nasi... sebab nasi itulah yang membesarkan aku. Satu hari kalau tak makan nasi badan rasa lembik dan menggigil... tapi lama kelamaan aku dah boleh membiasakan diri tanpa nasi...
Sejak tak makan nasi ni badan rasa ringan dan kurang mengantuk. Tapi yang paling penting aku tak sakit kepala... Aku kalau di serang sakit kepala mahunya berminggu-minggu baru hilang sakitnya. Makanlah ubat atau pil penahan sakit apapun sakitnya tetap tak hilang. Dan aku memang perasan sangat setiap kali selepas makan nasi beberapa jam selepas itu sakit kepala akan menyerang.
Beberapa minggu sudah waktu buat medical check-up, aku beritahu masalah yang aku alami ini pada doktor. Nasihatnya jauhkan juga memakan makanan yang berlemak dan makanan yang bergoreng... sebab hasil pemeriksaan... menurutnya, kandungan kolesterol dalam badanku agak tinggi... tapi itu belum muktamad lagi. Doktor akan buat sekali lagi ujian pada temujanji yang akan datang. Ingatkan orang gemuk saja banyak kolesterol...