Thursday, November 29, 2012

Kek Oren...


Akhirnya terpaksa mengalah... Hendak tak hendak aku bawa juga diri ke klinik... Makan juga ubat yang doktor beri... Semalam cuti satu hari... Tapi bukan cuti yang doktor beri, cuti yang memang aku apply sebab aku ada 'projek' yang nak dibuat. Kawan sepejabat minta tolong buatkan kek oren dan blueberry cheesetart.

Tuesday, November 27, 2012

Demam...

Dah lima hari... Asyik bersin-bersin saja... Dada rasa panas dan pedih. .. Tekak perit... batuk sampai rasa macam nak terkencing... Tapi aku tak pergi klinik... ambil panadol saja... dan pergi juga kerja... Bila malam dan sendirian mulalah rasa sedih dan hiba di bilik. Kadang-kadang sampai pagi tak boleh tidur. Fikiran melayang jauh-jauh... jauh... dan jauh... dan dah dua malam aku mengalami sintom tak boleh tidur ni.

Dalam tak sihat tu sempat juga aku buat cheesetart 
sebab order ni dah dibuat dua minggu sudah.

Friday, November 23, 2012

Kenapa mereka lupa...!

Tak pernah rasa begini... Menunggu dan mengharap panggilan dari anak-anak.... Tiap detik aku mengira... Tiap saat menggelisahkan... Perasaan amat berat dan melemaskan... Hati terasa kosong...

Kenapa mereka lupa... Sibuk sangat ke... Hubby juga... senyap dan sunyi... Mereka semua dah lupakan aku... Tidak ingat hari ini hari apa... tarikh ini juga...

Senja baru Ojet talipon... Katanya kuliah dari pagi sampai petang... Ada latihan kawad lagi... Tak ada masa nak mencelah... Makan pun tak sempat..."Ong ingatlah!... Menurut Ojet ada sesuatu dia dah email kan pada aku... Oooo,... aku terlupa nak buka email hari ni... patutlah...

Kemudian abang pulak talipon...

"Dah malam baru ingat..."

"Eh! di UK sekarang baru siang..."

Oh! ha..ha...ha.. mak lupa..."


La..la..la.. sekarang aku sudah boleh senyum! Dan duduk di sofa senyap-senyap sambil tengok tv... dengan segelas air sejuk... sebiji blueberry cheesetart... dan sebuah novel... sebab today is my birthday!

Friday, November 16, 2012

Merlin, siri kegemaran kami...


Aku menonton Merlin dalam slot Mega Movie di tv. Sendirian. Dulu Merlin ini merupakan cerita bersiri yang ditayangkan setiap hari Ahad malam Isnin. Dan menjadi siri kegemaran kami anak beranak. Kami semua ada sebab sendiri kenapa sukakan siri ini. Tak kira apa pun sebabnya yang pasti setiap hari Ahad kami sekeluarga akan berkumpul dan menontonnya bersama-sama.

Kalau ada hal atau urusan diluar pada hari itu, seboleh-bolehnya kami cepat-cepat ingin selesaikan dan segera sampai kerumah. Sebelum cerita bermula semua dah siap sedia depan tv dengan 'bekal' masing-masing. Tapi semuanya dah tinggal kenangan. Terasa sangat kekurangan dan macam tak seronok bila menontonnya sorang-sorang.

Opps.. maaf aku terlepas cakap...!

Catatan di blog ini khas buat anak-anakku sebagai satu kenang-kenangan selama membesarkan mereka. Aku letak titlenya Sweet Memory. Dan juga tag linenya Satu Catatan Diari Kehidupan Seorang Emak. Itu saja sudah menggambarkan tentulah aku nak tulis yang manis-manis dan indah-indah saja. Kisahnya tentang anak-anak aku.

Aku bangga dan bersyukur diberi peluang dan kesempatan oleh Allah untuk menjadi seorang emak. Aku berdoa semoga aku dikurniakan sepasang cahayamata seperti yang aku idamkan. Aku bermohon kepada-NYA agar aku diberikan anak-anak yang bijak dan pintar. Alhamdulillah! doaku di makbulkan. Dan untuk menzahirkan rasa bahagia itu aku catatkan di sini.

Aku bahagia dengan kehidupan aku sebagai seorang emak dan bangga dengan pencapaian anak-anakku lalu aku ‘bercerita’ disini. Salahkah? Aku tidak ingin jadikan blog aku ini tempat mencaci, mengumpat dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Hanya kerana aku bercerita tentang anak-anak ada sorang hamba Allah ni mula mengata. Yang paling menjadi sasarannya abang.

Ada sahaja yang tidak kena dengan abang dari pandangan matanya. Dari rupa paras dan fizikal hingga tergamak mengata anakku macam pondan. Cara abang berpakaian tak class. Gaya macam orang tua hinggalah kepada hobi abang yang suka membaca. Ada saja yang salah di matanya. Anaknya tak jadi ulat buku pun dapat strait A juga. Eh! suka hati masing-masinglah. Nak jadi ulat buku ke tidak.

Aku tahu puncanya cemburu. Aku pasti itu. Kalau nak dibandingkan dengan anaknya, anakku abang tinggi orangnya dan ada body kalau nak dibandingkan dengan anaknya yang kurus melidi dan melengkung. Rendah dan jongang. Bercermin mata tebal lansung tak handsome. Opssss!

Pakaian tak berjenama dan tak mahal. Si abang tak kisah benda tu semua. Dia amat memahami tentang kemampuan aku. Tak branded tak apa, asalkan selesa itu adalah keutamaannya. Apapun si dia tu memang tak berani nak sentuh tentang pencapaian akademik anak-anakku. Walaupun ada juga cuit-cuit sikit tapi tak berani terang-terangan.

Sebaik saja abang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, semakin menjadi-jadilah makhluk tu mengata. Kononnya tajaan Mara tak bagus. Lagipun kalau nak dapat tajaan Mara pada dia senang sebab ada kenal orang dalam. Tapi anaknya tak nak. Aik tetiba je tak nak. Betul ke tak nak? Setelah gagal dalam temuduga baru kata tak nak. Tapi akhirnya aku dapat tahu juga dalam diam-diam si dia tu pergi juga buat rayuan...Tapi kalau dah tak layak tu, tetap tak layak. Aku dapat tahu masa pergi interview, anaknya tak bercakap apa. Senyap sebab English tak fluent. Lagipun seorang yang penakut. Pernah masa bersekolah dulu anaknya nak tukar subject tapi tak berani nak jumpa cikgu yang berkenaan. Anaknya talipon minta dia sendiri pergi tolong cakapkan dekat cikgu.

Selama ini aku diamkan saja. Biarlah apa orang nak kata. Tapi lama-kelamaan kesabaran ku tercabar juga. Sebagai seorang emak malah emak-emak yang lain juga pasti berasa hati bila orang mengata anak-anak mereka.  Dan hari ini aku ‘terpaksa’  luahkannya di sini. Dan ada banyak lagi kata-kata yang menyakitkan telinga dan hati yang tiba dari keliling-keliling aku. Mereka kata si Ojet tu macam orang dah berumur 20 tahun. Ha.. betullah... Memang umur Ojet 20 tahun. Tak tahulah apa maksudnya. Tunggulah sikit hari lagi, tahulah apa bendanya tu. Peliklah manusia ni. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Tak paham betul.


Tadi ada sorang lagi tetiba je cakap, “ramailah orang yang anak mereka belajar di luar negara...” Eh! tak pasal-pasal. Betullah tu, habis anak you.... Opsss, maaf aku terlepas cakap. Dah dua orang anak awak ambil peperiksaan besar, tapi bila tiba hari keputusan, senyap dan sunyi. Soriiiii!

Tuesday, November 13, 2012

Rajin sikit....

Tak hujan hari ni. Cuaca redup dan nyaman. Adalah peluang mengemaskan kawasan luar rumah. Aku tengok pasu-pasu bunga penuh dengan rumput-rumput yang tumbuh meliar. Sekali pandang dah macam rumah tinggal. Dari sehari ke sehari nak buat tapi tak jadi-jadi jugak. Asyik bertangguh. Hari ini kata esok. Esok kata lusa. Lusa kata minggu depan. Hai! Petang tadi, aku tengok cuaca cantik aku gagahkan diri. Kalau asyik bertangguh sampai bila-bila pun macam tu jugaklah.

 Lusa sempena cuti Awal Muharram, sambung lagi. Ada banyak lagi yang perlu dibuat. Semakin usia meningkat, semakin malas pulak.

Tengok tu, pokok melur tumbuh merimbun. Sekali mengeluarkan 
bunga baunya menerjah sampai kedalam rumah. Dulu di tepi pagar kayu ni
 aku tanam heliconia dan tempat burung-burung kecil bermain 
dan rama-rama berterbangan.

Monday, November 5, 2012

My First RVC permintaan Ojet...

Red Velvet pertama ku.

Dah lama bertangguh nak buat kek ni. Bahan-bahan dah ada cuma masa tak mengizinkan. Masa tu seperti datang dan berlalu begitu cepat.

Semalam lepas balik dari jemputan kenduri seorang sahabat lama, aku bergegas ke dapur mengadun dan melepa kek ni. Aku buat ni pun atas permintaan Ojet yang dah lama juga teringin nak makan kek ni. Dan ini juga merupakan red velvetku yang pertama. Tapi aku belum sempat menjamahnya lagi macam mana rasanya. Cuma Ojet sorang saja yang makan. Katanya sedap. Kemudian tu aku potongkan sikit untuk dia bawa balik ke Arau semalam dengan keretapi pukul 9.30 malam tadi...

Juga aku bekalkan nasi goreng untuk Ojet makan 
dalam perjalanan.

...dan aku kembali keseorangan di rumah. Dua bulan sudah ketika anak-anak berangkat meninggalkan aku, seorang kawan lama berkata, "Anak-anak ini ibarat tetamu dalam hidup kita... dia datang dan pergi. Sampai masanya mereka akan punyai kehidupan sendiri...dan hidup kita berakhir sendirian juga..." Setiap kali aku baca nota ini airmata aku bergenang. Entahlah!