Monday, January 9, 2012

Kek untuk Shaq..!

(Kek dalam pembikinan.)

( Si abang kata, kek ni cantik.)

Aduhhhh! sakit sana, sakit sini. Lenguh sana dan lenguh sini. Nilah akibatnya kalau orang tak pernah buat exercise, tup tup pergi jogging. Amekaw! Rasa nak demam pun ada hari ni.

Pagi semalam, aku, si abang dan sorang kawan, Shidah pergi jogging (eh silap, bukan jogging cuma sekadar berjalan-jalan saja) di Tasik Ampang. Aku sebenarnya menemankan Shidah yang menghantar anak saudaranya belajar berenang dengan adik. Tapi kami tidak dibenarkan menunggu di tepi kolam. Jadi untuk melengah-lengahkan masa kami bertiga pergi ke Tasik Ampang.

Cuaca memang cantik. Matahari terang bersinar. Kami bertiga jalan-jalan ambik udara pagi yang segar. Sampai dekat satu kios tu kami singgah minum tea dan makan nasi lemak. Sambil tu leka pulak menengok sekumpulan ‘mak-mak’ berpoco-poco. Aku macam teringin je nak joint tapi malu pulak! Seganlah nak 'berjoget-joget' tengah-tengah orang ramai di tempat awam.

Balik ke rumah, belum sempat rehat teringat Shidah dan Jaya (officemate) mintak buatkan sebiji kek. Katanya nak buat surprice pada Shaq, juga officemate. Mereka berdua tak cakap pulak nak kek apa jadi aku buatkan kek coklat kukus, senang! Dari petang sampai kemalam baru siap keknya. Mana taknya, sambil buat kek sambil masak. “Letih mak, berdiri...” Syukur keduanya puas hati dan Shaq pula happy menerimanya.

Wednesday, January 4, 2012

“Mak, pale ong sakit..."

(Teddy bear kepunyaan Ojet. Aku belikan masa pergi
Langkawi hari tu.)

Semalam, aku sedang memandu bersama si abang dalam perjalanan balik ke rumah dari Carefour Wangsa Maju bila satu sms masuk dalam telepon. Aku suruh si abang buka dan bacakan.

Mak, pale ong sakit cm sblm msuk uitm dlu,”

Ojet yang hantar. Katanya tak sihat. Aku terus hilang fokus. Fikiran melayang mengingatkan Ojet. Teruk sangat ke. Dalam hati berdoa, “ya Allah! ambiklah sakitnya tu berikan pada aku!”

Dari Wangsa Maju aku tidak jadi balik kerumah tetapi terus memandu menuju ke Shah Alam. Waktu tu jam sudahpun menunjukkan pukul 10 malam. Aku berkira-kira jika jalan tak sesak, dalam masa 30 minit aku akan sampai ke kolej kediaman Ojet. Pintu pagar kolej akan di tutup pada pukul 11 malam.

Dalam perjalanan menuju ke Shah Alam aku memecut di lane kanan sekali. Aku rasa-rasa dalam hati, tenang dan tiada perasaan risau atau pun debaran. Pada ku satu petanda, barangkali Ojet okey kot!

Ketika membelok di lampu isyarat untuk masuk ke kawasan kolej aku hampir terbabas. Jalan di tutup dan aku terpaksa pula keluar semula ke highway untuk membuat pusing U dan masuk melalui pintu utama berhampiran seksyen 2. Gerammnya. Macam-macamlah perkataan yang tak sepatutnya, keluar dari mulut. Masa cuma tinggal 15 minit saja lagi sebelum gate di tutup. Dalam hati sudah berkira-kira apa alasan yang akan aku beri pada pengawal pintu masuk nanti.

Alhamdulillah! tiada apa-apa halangan dan polis yang berkawal membenarkan aku masuk tanpa banyak soal jawab. Dalam bilik aku tengok Ojet nyenyak tidur sambil memeluk ‘teddy bearnya”. Aku rasa kepalanya sejuk. Cuma badan sedikit panas. Menurut kata kawan sebiliknya mereka dah beri dia ubat. Fuuh lega! Aku tinggalkan Ojet dengan pesanan pada rakan sebiliknya jika ‘ada apa-apa’ call aku. Dan “esok kalau tak larat, tak payah pergi kuliah”.

Tadi aku talipon Ojet, nada suaranya ceria. Tandanya dia dah sihat!

Tuesday, January 3, 2012

Cerita antara dua food court..!


(Nasi ambeng Mat Corner, di food court Selera Mahsuri,
Bandar
Baru
Uda, JB.
Sedap, anak-anak baru pertama
kali makan, terus minat.)

Ojet dah balik ke kolej. Aku hantar dia semalam. Selepas Ojet letakkan barang-barangnya di bilik, kami keluar makan di food court seksyen 2. Kami makan mee goreng sotong powerrr. Huh memang powerrr. Sampai hari ni perut masih rasa memulas dek ke powerrr annya. Pedasss! Tercungap-cungap aku di buatnya.

Duduk sambil menantikan makanan yang di pesan sampai aku perhatikan keadaan sekitar. Comot dan macam tak terurus. Meja-meja tak berlap dengan sisa-sisa makanan masih bersepah-sepah diatas dan di bawah meja. Sampah sarap sana sini. Dalam hati berkata, kenapalah Malaysia ni tak macam Singapore. Singapore memang bersih. Itulah antara satu sebab kenapa aku ingin melancong ke sana. Selama ini hanya dengar cerita dan aku ingin lihat kebenarannya.

(Sekeping gambar boleh menceritakan banyak perkara.
Sekitar kawasan Geylang Serai.)

Masa di Singapore aku bawa anak-anak makan di food court kawasan Geylang Serai. Suasana persekitarannya bersih, luar dan dalam. Tidak ada sampah yang berlonggok-longgok dan bau-bauan yang kurang menyenangkan yang pastinya membantutkan selera. Suasana pun tak bising. Nak makan pun tenang dan selesa. Adik cakap, tong sampah kurang dan kalau adapun dalamnya kosong. Kalau kat Malaysia, KL khususnya, tong sampah merata tapi sampah sarap masih berlonggok dan bersepah-sepah merata tempat. Lantai pulak lecak. Puntung rokok jangan nak katalah. Jenguklah kat mana-mana pasti jumpa. Itu belum lagi terserempak dengan tikus yang sebesar kucing melintas dan berkeliaran. Kalau dilihat keluasan dan lot kedai di food court tu sama saja dengan yang terdapat di KL.

Hubby kata, rakyat Malaysia ni pengotor, betul ke? Tapi kawan sebelah meja di tempat kerja kata, pendatang yang buat kotor tu, iye ke?

Sunday, January 1, 2012

Tertunailah sudah..!

(Ojet, adik dan abang.)

Selamat Tahun Baru 2012. Azam baru? Tak ada. Aku tak pernah pun berazam setiap kali menjelangnya tahun baru sebab sebagai emak setiap kali aku bangun tidur dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari aku sentiasa berazam untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak, suami, diri sendiri, keluarga dan rumahtangga pada hari itu. Itupun kadang kala ada juga yang tercicir. Biasalah kannn.

Ni aku dan anak-anak baru saja balik dari Singapore. Akhirnya tercapai juga impian dan 'azam' aku untuk membawa anak-anak melancong ke luar negara (walaupun cuma seberang selat Tebrau tapi di kira oversea juga kan). Lama betul aku pendamkan impian ini semenjak tahun 2002 lagi.

Kenapa begitu lama? Anak-anak masa tu kecil-kecil lagi dan masih bersekolah. Aku tak mahu ganggu persekolahan mereka. Waktu cuti persekolahan pula mereka harus menghadiri kelas-kelas tambahan. Kerana beza usia antara abang dan Ojet cuma setahun, jadi sebaik saja abang melepasi peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM tahun berikutnya Ojet pulak akan menghadapi peperiksaan tersebut. Kerana keinginan aku melancong keluar negara 'berkobar-kobar' ketika itu, aku tinggalkan mereka dengan kakak. Waktu tu aku ke Beijing. Bila balik kakak beritahu, yang si abang semasa ketiadaan aku sentiasa termenung dan tak lalu makan.

Tak lama selepas balik dari Beijing aku melancong pulak ke Bali, juga bersendirian (Hubby tak pernah melarang dan sentiasa mengizinkan bila aku mahu kemana-mana, thanks dear). Kali ini Ojet pulak yang sentiasa termenung dan menurut kata kakak bila ditegur, serta merta airmukanya muram dan sedih. Dan bila aku balik dia siap beri aku satu nota. Nak tahu apa dia tulis tengok (di sini). Sejak itu aku tak pernah lagi ke luar negara bersendirian. Tak sampai hati untuk meninggalkan mereka lagi. Dan aku mula menyimpan hasrat jika ada kesempatan aku akan bawa mereka bersama.

Ya hasrat yang sekian lama terpendam tertunai sudah apabila cuti semester kedua-duanya tiba pada waktu yang sama. Aku seronok menghabiskan cuti hujung tahun 2011 ku bersama anak-anak walaupun pada awalnya hubby agak terkejut bila aku kata akan membawa anak-anak ke Singapore. Banyaklah soal jawabnya. Kenapa Singapore? Nak tengok apa kat sana? dan macam-macamlah. Aku kata saja, walaupun dekat tapi aku tak pernah sampai sana.

Sebaik saja kereta yang aku pandu melepasi pemeriksaan kastam dan memasuki Singapore, aku rasa ada satu perasaan bangga menyelinap dalam diri aku. Satu perasaan yang sukar aku ungkapkan dengan kata-kata. Ya, aku telah bawa anak-anak melancong ke sebuah negara lain. Dan selepas ini apa lagi? Hmm aku teringin pulak membawa Ojet ke UK sambil melawat si abang di Sheffield.