Friday, September 5, 2014

Perubahan abang...

Dua bulan, lima buah buku. Kalau di lihat pada
buku-buku ini mungkin tidak terfikir oleh kita bahawa pemilik
dan pembacanya cuma baru berusia 23 tahun.

Ini antara koleksi majalah yang di baca abang.

Aku happy sekarang... Tapi bila aku cakap begini bukanlah bermakna aku tidak gembira selama ini. Cuma tika ini aku seronok dan tak rasa sunyi sebab abang ada bersama aku di rumah. Setiap hari bila balik kerja ada orang di rumah. Ada kawan untuk di lawan berbual. Tidaklah sunyi je seperti beberapa tahun kebelakangan ini.

Tiap waktu yang terluang kami berborak-borak. Tentang macam-macam benda. Sejak tinggal di luar negara ni, abang dah lain. Maksud lain tu... cara dia melontarkan idea dan pandangannya tentang beberapa perkara. Lebih bijak berfikir dan matang.

Hobinya suka membaca. Dan setiap waktu yang terluang dan bila sendirian aku tengok dia sentiasa membaca buku-buku. Selama dua bulan di rumah aku lihat sudah lima buah buku yang di bacanya. Aku perasan setiap kali dia keluar bila balik ada saja buku baru yang di belinya. Dan aku akan tanya, “abang beli buku lagi?”

Walaupun jauh di rantau... tapi sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair. Bercerita tentang pandangan serta pendapatnya.

Beritahunya pada aku “mak dalam hidup ni banyakkan berfikir tentang perkara-perkara positif!” Entahlah! ... bila aku sendirian aku fikir balik apa yang dia cakap...

Pada sesetengah orang mungkin ini perkara biasa, maksud aku suka membaca. Tapi pada aku tidak. Aku heran dari mana timbulnya minat membaca yang luar biasa ini dalam diri dia. Aku tak heran kalau usia sepertinya suka membaca buku-buku sains fiksyen atau novel-novel cinta... tapi buku-buku bacaanya bukanlah buku-buku biasa yang sering di baca oleh seorang yang baru berusia 23 tahun.

(nota mak: Aku tak sangka dalam pada minat membaca tu rupanya abang pun minat cerita Hindustan dan pandai nyanyi lagu Dil To Pagal Hei! Diam tak diam dah dua bulan abang di rumah. Dua minggu lagi baliklah abang ke UK semula. Cepatnya masa berlalu seolah-oleh cemburu dengan kegembiraan aku.)

20 comments:

  1. Sekejap ajer dah nak balik UK semula ya Kak. Semuga Abang selamat sampai ke destinasi yang dituju........
    mmmmm rajin dia membaca ya.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya zana... tak puas lagi berborak-borak dengan dia.... InsyaAllah!

      Delete
  2. itulah kelebihan abang ...boleh membaca dalam dwi bahasa. orang yg pandai berpidato mmg selalu baca buka .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya satu buku pun ambik masa bulan juga nak habis Nieda... itupun novel...

      Delete
  3. sweetie...mesti rindu.yg tak tertahan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabarkan je hati ni Mak Wardah! tak lama setahun je lagi... lepas tu dia grad... InsyaAllah!

      Delete
  4. kak suka juga beli buku tebal2 tapi nk habiskannya bertahun juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami sama-sama ke MPH bulan julai lepas saya pun ada beli satu buku... dia punya dah habis baca lama dah... saya satu chapter pun belum tamat..."

      Delete
  5. tak ramai anak muda sekarang yg suka baca topik yg berat2 mcm tu..bagus untuk mengasah minda..

    to fly again, another one more year..tak lama lagi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terus terang... saya pun kagum dengan dengan dia nohas... sorang kawan sepejabat saya pun cakap begitu.

      Ya dua semester saja lagi, autum dan summer lepas tu insyaAllah grad!

      Delete
  6. Tak berapa hari dah nak balik kan abang....

    ReplyDelete
  7. mmbaca cegah nyanyuk
    tgk mantan PM kita, hobinya membaca

    ReplyDelete
  8. Masa berlalu cpt skrg nie kan... dah nak balik si abang ya... uhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Ratu... 10 hari saja lagi abang akan berangkat pulang ke UK untuk meneruskan pengajiannya yang berbaki setahun lagi.

      Delete
  9. hebatnya Abang dan ibunya...anak muda yg rajin membaca memang terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak hebat Linda...satu buku yang sama beli dengan dia Julai lepas pun belum habis lagi.

      Delete
  10. Salah satu hobi saya ialah membaca dan saya sangat selektif juga memilih bahan bacaan, dari dulu-dulu lagi. Hihi. tapi saya taklah setanding anak sweety. Hanya lulusan dalam negara. Kerja pun biasa-biasa, tak ada pangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila, saya pun kerja biasa2 jugak... org2 bawahan je...

      Delete