Wednesday, September 24, 2014

Resipi kuih kosui Azie....

Masa buat majlis minum petang dengan adik beradik sebelum abang balik ke UK Khamis lepas aku buat kuih kosui. Kuih ini antara kuih kegemaran abang. Selain dari kuih kosui aku buat lepat pisang, pau, kek coklat, salad dan nasi lemak atas permintaan abang. Sepanjang dua bulan setengah dia berada di rumah aku tengok abang tak jemu-jemu makan nasi lemak. Kadang-kadang aku yang masakkan dan di waktu yang lain dia minta tolong kakak aku yang masakan. Bila keluar makan pun dia pesan nasi lemak juga. Nasi lemaknya ringkas saja. Tak perlu ikan bilis goreng, telur rebus dan ulam timun. Cukup dengan sambal tumis ayam.

Dan resipi kuih kosui yang aku buat hari itu aku ambil dari resipi blog Azie Kitchen. Sedap! tapi kakak aku komen, kalau kukus lama lagi akan buat kuih tu lebih sedap dan lagi kenyal.

Aku guna acuan kuih lompang.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka sederhana besar
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara penyediaan:
1. Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak-agak air gula suam.

2. Satukan tepung gandum dan tepung ubi kemudian masukkan ke dalam air gula yang telah suam. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.

3. Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan.

4. Panaskan periuk pengukus dan panaskan loyang (saiz 9 inci) atau acuan kuih lompang. Setelah loyang/acuan panas, tuang adunan ke dalam loyang/acuan dan kukus sehingga masak selama 1 jam atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.

5. Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih.

6. Setelah betul-betul sejuk, baru dipotong atau di keluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

(nota mak: kalau ada yang ingin mencubanya dan ingin lebih detail lagi pergilah ke blog Azie.)

20 comments:

  1. wah sweetie dah ada kosoi ni boleh buat bekfes esuk ni belum ada menu breakfast ni kalauuuuu lahhhh dekatttttttttttttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat boleh hulurkan sepiring... tapi seganlah... kak Noor tu dah taraf2 chef... kita ni nak buat kosui pun tengok resipi....

      Delete
  2. memasak kuih/lauk kegemaran anak2 satu kepuasan..semoga abang selamat sampai di UK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! dia dah pun selamat sampai di UK hari Sabtu lepas.

      Delete
  3. As salam. Buat dalam acuan lompang, pun sedap juga makan sebiji sebiji

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam! dua kali gigit je habis Azie. Terima kasih ya, raya haji minggu depan saya nak try ketupat sotong Azie tu.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, boleh je nak join gathering tu. hehe sedapnya kuih ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma teringin nak kenal dan dukung2 Adam tu... Shiela, tak apa ke... pikir2 segan pulak... ibu-ibu muda je semuanya...

      Delete
  5. kuih ni mmg favourite saya...sedapnyaaaa:) saya tag Sweetie..

    ReplyDelete
  6. Feveret saya ni kak..daapnyer! Tp x pernah try wat sendiri sbb maleh kuarkn pengukus..hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina, peralatan memasak tu kalau tak guna-guna... nanti dia berkarat dalam kabinet... hehehhe...

      Delete
  7. sedap ni sy pon suka..selalu mak buat msti beketul2 sy makan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopiolimauice! kuih-kuih tradisional mmg sedap! simple je tapi kadang-kadang malas juga nak buat...

      Delete
  8. Saya pun suka kuih kasui..Inilah sahaj kuih yang termampu emak saya buat, selain kuih melaka. Murah dan senang. Masa tu kukus pun tak mampu nak beli. Emak saya masuk loyang dalam kuali dan letak air ditepi-tepi kuali. Sekarang dah ada kukus, tapi emak saya dah tak rajin nak buat. Mungkin penat masa mudah masih tak hilang. Jadi kamilah yang masak-memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitulah pesennya orang dulu-dulu mengukus. Emak saya pun gitu jugak. Skrg mengukus semakin mudah... dah ada pengukus elektrik

      Delete