Sunday, September 21, 2014

Terima kasih Nora....

GA dari Nora Karim

Jumaat lepas satu bungkusan sampai kat rumah kakak. Tertera di alamat ianya di hantar untuk aku. Memang alamat surat menyurat aku semuanya di alamatkan ke rumah kakak. Sebab aku jarang ada di rumah.

Melihatkan bungkusannya aku dah dapat agak siapa pengirimnya dan apa isinya. Ianya datang dari Nora Karim pemilik blog http://dialoguda.blogspot.com. Tak ingat aku macam mana aku boleh sampai ke blog Nora dan ikut Mini Giveaway #9 di blognya... dan menang. Ini kali kedua aku joint GA. Kali pertama aku joint GA di blog Happy Irfa. Tapi aku tak ambik hadiahnya sebab terlupa nak beri alamat aku pada Irfa...(jangan merajuk ye Irfa.. serius! lupa sebab masa tu bulan puasa... dan jarang on Internet).

Aku baru selak-selak je buku ni. Belum ada kesempatan lagi untuk membacanya. Tak tebal pun bukunya cuma ada 125 muka surat.

(nota mak: Dua tiga hari ni aku kepenatan sikit dan banyak menghabiskan masa dengan tidur dan berehat di kondo adik. Petang Khamis lepas aku buat majlis minum petang dengan adik beradik di rumah. Adalah masak-masak sikit... itu yang buat aku kepenatan. Abang dah balik UK pagi Sabtu semalam.)

16 comments:

  1. Abang dah balik ye sweetie..tu yang buat mak letih je ye sweetie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. acik ni macam paham-paham je perasaan saya... Haah... penerbangan pagi Sabtu semalam... dah kena tinggalkan sorang semula.... tu yg buat lesuuuuu je ni.

      Delete
  2. wah menang hadiah GA ya tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah paridah, simple je GAnya tak sangka pulak saya dapat.

      Delete
  3. abang dah balik mesti sweetie merinduinya.
    bila abang habis study?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahun saja lagi Nieda... Julai tahun depan grad.

      Delete
  4. Replies
    1. Dapat bahan bacaan sampingan bila bersendirian kat rumah kak Sarah.

      Delete
  5. Replies
    1. Saya menanti GA McK... hadiah kasi best-best sikit...hadoi! hahahha..

      Delete
  6. Alhamdulillah dah smpi... sorry saya kelewatan pos sebenarnya... tahniah n happy reading...!! Oh btw, rehat cukup2 yea... mesti kepenatan melayan abang... n buat majlis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya Nora... maaf juga sebab saya tak call pun beritahu buku tu dah sampai...

      Delete
  7. Saya pernah dua kali dapat hadiah GA, tapi tak selalu join GA juga...malas sebenarnya saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama... lagipun ada waktunya saya rajin berblog... ada masanya malas... tambah2 tahun 2014 ni kerja agak 'menimbun'... tak sempat nak b/w.

      Delete
  8. hadiah akak boleh claim bila2 kita jumpa eh ;)
    ikut apa yg ada nanti,haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke? masa balik dari Penang Rabu lepas, saya intai2 juga kat pejabat Lost n Found tu... rupanya Irfa tak keje anak-anak dan somi masuk spital ya.

      Delete