Itu abang. Abang suruh aku buat lima kali pusingan
sampai hujung sana...
sampai hujung sana...
Seronok berenang berlatarkan pemandangan yang
cantik ni.... Seolah-olah satu terapi pulak.
Dah lama tak berenang. Bertahun-tahun jugalah aku tinggalkan aktiviti ni. Sebab tak ada ‘geng’. Lagipun nak berenang di kolam-kolam awam dan terbuka ni payah sikit. Dulu, kalau tak silap aku dalam tahun 2000 setiap minggu aku dan adik akan ke kolam renang di bangunan MAS Kelana Jaya. Masa tu kami berdua mengajar ground staff MAS berenang.
Kelmarin Ahad dan Isnin semalam abang ajak aku pergi berenang di kondo adik aku. Sebab dah bertahun tak buat, semput juga mula-mula tu. Seluruh sendi-sendi rasa sakit. Tapi hari pertama saja. Masuk hari kedua dah ok.
Seronoknya berenang ni... fikiran tenang dan relax je. Tapi nak teruskan terus aktiviti ni dah tak bestla pulak... sebab geng tu dah nak balik ke UK.
Acik ni bukan je tak pandai berenang.mandi kolam pun tak pernah..mandi laut pun tak...kalau anak2 nak mandi acik jadi tukang tengok je.
ReplyDeleteSaya ni anak beranak pandai berenang sebab asalnya adik saya tu jadi instructor renang. Bila dia ke kolam dia bawak anak-anak sekali dan ajar mereka. Masa tu masing-masing umur 4 dan lima tahun.
DeleteTengok anak-anak pandai berenang saya pun teringin nak berenang.
lawanya pemandangan nun tinggi di puncak,
ReplyDeletetingkat berapa la tu?
Tingkat 20 Nieda.... Nampak seluruh KL.
Deletetetiba gayat pulak tgk gambar akak atas bangunan
ReplyDeletesy x sempat belajar berenang, hihi
Ok je Irfa... rasa gayat kalau jenguk ke bawah tapi tak nampak bawah pun sebab antara kolam tu ada satu lagi tebing... agak jauh dari tepi kolam.
DeleteTula... kalau tak 'jejak kasih' kita....
kecik2 dulu suka berenang menyeberangi tali air tepi rumah...dalam juga tali air tu tapi masa tu xterfikir takut lemas..
ReplyDeleteBudak-budak tak tahu bahaya air tu... sebab tu paridah berani berenang dalam taliair tu... cer tahu air boleh menyebabkan lemas... sure-nya tak berani kan...
Deletetak pandai berenang...huhu..nak belajar, segan pulak..
ReplyDeleteair memang menenangkan...bunyi air sungai, air terjun sangat nyaman..terapi terbaik..
Apa nak malukan nohas... cari instructor perempuan dan semua yang belajar perempuan je... takdelah segan.
DeleteBetul! bunyi aliran dan kocakan air memang mengasyikan...
Wah...bestnye!...
ReplyDeleteSaya pun suka berenang...tapi itu dulu...dah lama tak berenang.
Agaknye kalau i berenang balik terus semput.
Mula-mula mmg semput Leez, tapi lepas tu ok balik. Dah dapat balik stamina tu dah tak ada masalah dah....
DeleteAlahaiii bestnya Sweetie...saya ni nak terapung pun x reti huk huk
ReplyDeleteMemang best Linda... bertambah-tambah bestnya sebab berenang dengan permata hati saya tu...
DeleteTak susah sebenarnya nak mengapungkan diri dalam air Linda... Kalau pergi belajar... itulah perkara pertama yang akan di ajar.
seronoknya...saya nie x reti nak berenang....uhuhuhu.. hb ada jugak ajar tp jd takut plak...huhuhu...
ReplyDeleteBest berenang ni... lebih2 lagi kalau dengan anak beranak... seronok bergurau senda dan main kejar2 dalam air tu... hehehehe...
Deletebiasa berenang kat pnatai atau air terjun je....:)
ReplyDeleteSaya tak berapa gemar mandi laut Kamsiah... sebab panas... tak nak kulit gelab... sebab saya ni dahlah gelab nanti nampak gigi je... heheh...
DeleteSalam kenal..
ReplyDeleteyup betul tu berenang ni terapi ketenangan jugak..
Terima kasih Kopiolimauice singgah sini... ya bila berendam dalam air tu rasa rilex je...
DeleteSaya pun suka berenang..Sukan yang simple tapi mengenyangkan..haha. Rileks je, tapi kesannya sangat baik
ReplyDeleteTapi susah nak amalkan Zila... sebab kebanyakkan kolam awam bercampur lelaki dan perempuan... itu yg tak 'syok'nya...
Delete