Thursday, September 25, 2014

"Moist betullah mak...!"

Sebelum di potong masing-masing dah 'chop!" nak 
bahagian mana... Strawberry yang di tengah tu paling besar 
dan 'siang-siang' dah di 'chop' oleh adik aku.

Susunan strawberry yang aku decorate menjadi 
seperti kuntuman rose.

Dah seminggu abang balik ke UK... Hati masih terkenang-kenang lagi padanya. Cutinya dua bulan setengah tu rasa kejap sangat. Setahun saja lagi abang akan menamatkan pengajiannya. Entahlah! macam mana pulak lepas ni apabila abang sudah mula mengintai-intai peluang untuk bekerja di luar negara.

“Mak!...,  nanti mak ikut abang... Abang akan bawak mak kemana saja supaya mudah abang nak jaga mak. Kalau mak duduk jauh dari abang, nanti susah abang nak balik jenguk kalau mak tak sihat. Kalau kerja di luar negara nanti tak tahu macam mana cutinya...” Itu kata abang.

Aku perhati je dia berkemas-kemas dan membelek-belek e-tiket di tangannya. Dan terdengar keluhannya, “... huh tak bestnya nak balik...” dan dia menoleh pada aku, “... nanti abang rindukan mak lagi...!” dan itulah saat paling manis bila abang datang peluk aku. Inilah satu tabiatnya yang tak pernah berubah. Pernah aku tanya, “abang tak malu ke... mak, ummi dan acik peluk dah besar-besar macam ni?” Dia kata “tak” malah suka dan bangga lebih-lebih lagi di hadapan kawan-kawannya.

Sehari sebelum dia balik Khamis lepas aku buat sikit majlis minum-minum petang di rumah. Aku ambik cuti hari tu dan buatkan sebiji kek coklat kukus. Special, yang ditopping dengan coklat meleleh dan di hias penuh dengan strawberry. Bangga je rasa hati bila abang memuji, “moist betullah mak!”

26 comments:

  1. wah cantiknya kek n mesti sedap demi anak tersayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg tergoda dengan kek tu paridah. Masing2 kata sedap... tapi selama saya pandai buat kek tu... tak pernah saya 'betul2 duduk makan' sebab saya alah dgn coklat.. boleh buat saya sakit kepala.

      Delete
  2. tahniah sweety dengan anak yang baik itu. Semoga selamat perjalanannya pergi dan balik ya....Terkenang pula saya si Ali MH17 yang saban tahun balik untuk beraya dengan emaknya. Anak yang sangat-sangat baik. Anak sweety begitu juga. Semoga dia selamat diperantauan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih zila, Mudah-mudahan abang akan begitu sampai bila-bila... penyayang dan memahami...

      Mmg sedih kisah MH17 tu... moga ahli keluarga Ali dan yang terlibat dgn kejadian tu tabah!

      Delete
  3. Replies
    1. Ala... lebih kurang je Nieda. Saya mula belajar 'membaking' ni bila tengok anak-anak suka makan kek. Tak 'sanggup' saya selalu sgt di ajak ke kedai kek yang famous tu...

      Delete
  4. mmmm sedapnya....
    ohhhh abang dah balik uk baru rajin nak update ya.....
    setahun kejap ajer kak, tapi bagi orang yang tak merindulah, kalau yang merindu sebulan rasa setahun kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, sebab tak ada apa nak buat ni...

      Betul, saya dah mula mengira hari nak menengok dia dan Ojet grad...

      Delete
  5. Replies
    1. Special tu McK untuk anak bujang saya yang suka coklat dan strawberry.

      Delete
  6. Wah..cantiknya...mesti sedap tu..mesti rindu kan kak bila berjauhan dgn org tersayang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak bujang saya kata 'sedap'.. tapi dia mmg suka coklat... Dah bertahun saya menanggung rindu wa.

      Delete
  7. Oh my...this is so yummy! Sweetie, saya pun harap anak saya pergi oversea, so saya boleh ikut ;)) btw dear, jangan risau pasal entry tu tau dear...tak buat entry pun xpe dear...suka2 je tu...tagging tanda ingatan buat kawan blogger yg as sweet as your name Sweetie ;) semoga ukhwah kita berkekalan walaupun cuma di alam blogging...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah!... harapan Linda akan jadi kenyataan satu hari nanti... saya doakan... bukan Linda saja yang ingin anak-anak belajar di oversea... ada beberapa lagi kawan blogger saya sms/msg dengan saya dan cakap mcm tu.

      Ya saya pun mengharapkan begitu agar ukhwah kita berkekalan... mana tahu satu hari nanti kita bertemu pulak kan...

      Delete
  8. Coklat meleleh..sedap tu..cantik dekorasi bunga strawberi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengaja saya buat topping coklat meleleh nohas sebab boleh di 'colek' dengan strawberry tu dan strawberry tu saya pilih yg besar-besar... puas makan.

      Delete
  9. menyala-nyala mintak dingap kek tu dgn buah stobely ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas hati Kopiolimauice... habis dan ada permintaan lagi dari ipar saya minta buatkan untuk dia pulak.

      Delete
  10. Replies
    1. Coklat dan strawberry mmg menggoda mamabeauty! gandingan serasi.

      Delete
  11. http://madey09.blogspot.com/ syukran jumpa balik blog ni..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza... saya dah follow blog baru Pesona & Mustika tu...

      Delete
  12. sedih
    uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macam mana Irfa... sabar jelah menunggu dia habis belajar.

      Delete