Kami satu family tak puas hati. Kakak aku tak bagi. Alasan kami, dah banyak mainan kat rumah... Lagipun untie (adik aku) dah belikan motor besar (motor mainan yang pakai bateri tu) basikal semua ada sorang satu kat rumah. Dia muram dan nampak susah hati. Kami biarkan saja. Pada fikiran kami nanti-nanti oklah tu.
Baru-baru ni dia minta duit lagi dengan kakak aku. Katanya nak beli bendera. Seringgit saja harganya. Kakak aku kasi. Bila balik sekolah, kami tanya mana benderanya. Dia kata dah koyak. Kawan koyakkan. Okay lagi. Tapi yang buat aku dan kami satu family tak tahan bila kawan sekolahnya (nama budak tu Adam) kata anak buah aku si Aideel pinjam duitnya RM20 ringgit. Aku sudah naik geram. Pasti ada yang tak kena. Bukan setakat itu saja, dia kata si Aideel makan bekalan makanannya.
Aku tanya baik-baik pada Aideel. Betul ke dia meminjam duit si Adam. Aideel berulang kali kata tak. Panjang lebar juga soal jawab aku dengan dia. Aku cakap dengan kakak dan adik aku... baik pergi sekolah dan tanya sendiri dengan budak Adam tu. Aku syak ada yang kena. Sebab dah lama dan macam-macam sangat perkara yang berlaku pada si Aideel. Dan kami asyik marahkan dia.
Jumaat lepas adik dan kakak aku pergi sekolah. Dan jumpa budak yang bernama Adam tu... dan tanya betul ke Aideel ambik duit dia. Macam-macam jawapan dia beri. Berdolak dalih. Kejap kata ‘ya’ kejap kata ‘tak’. Dengan gayanya berpakaian... baju panas yang diikat di pinggang, rambut ala trojan sambil bercekak pinggang. Baru berumur lapan tahun je pun... tapi berlagak samseng. Adik aku gertak ... nak bawak kedua-duanya ke balai polis dan serahkan pada polis. Biar polis saja yang selesaikan.
Akhirnya dia mengaku, ‘tak’, Aideel tak ada pinjam duit dia. Adik aku warning dan dengan 'garang'nya cakap, “jangan berkawan dan dekati lagi Aideel... kalau tak siap awak!”.
Kebetulan salah sorang guru sekolah tu, student renang adik aku. Bila dia nampak adik aku dia datang dan tanya, kenapa. Adik aku ceritalah kisahnya.... dan cikgu tu bawak adik aku jumpa sendiri guru kelas mereka. Barulah tahu, rupanya guru kelas tu tahu perangai si Adam ni yang suka minta duit kawan-kawan sekelas. Dia pinjam pada si A bagi pada si B. Kemudian dia ambik duit tu dari si B. Kemudian dia ambik pulak duit dari si C dan bagi pada si A. Dah si A pulak yang berhutang dengan C... kononnya. Tapi duit itu dia juga yang ambik. Begitulah pusingannya... Last-last dia cakap si A, B dan C berhutang sesama sendiri... tapi duit itu si Adam ni yang ambik sebenarnya.
Dah beritahu pada orang tuanya, tapi mak ayahnya cakap, tak tahu dah nak buat macam mana. Bila dengar cerita ni sedih aku, macam mana orang Melayu kita boleh biar dan tak buat apa-apa bila tahu anak jadi kaki buli dan samseng kat sekolah. Padahal budak tu kecik lagi baru lapan tahun, masih boleh di perbetulkan...
Apapun aku lega, anak saudara aku dah ceria semula. Bila balik dari sekolah nampak happy. Tak macam sebelum ni, bila balik dari sekolah moody. Tadi adik aku pergi lagi sekolah tu... dia nak intai budak Adam tu.... tapi budak tu tak datang sekolah... Kalau dia kacau lagi si Aideel lepas ni si Daryl sendiri yang bersemuka dengan guru besar.
anak2 kecil sudah tunjuk bakat jadi samseng ya mesti ada yg xkena di mana-mana tu...
ReplyDeletePendapat saya, budak-budak kecik ni senang terpengaruh dengan apa yg mereka tengok di TV... Mereka rasa best dan seronok kalau berkuasa dan rakan-rakan ikut arahan dan takut dengan mereka.
DeletePeranan ibu bapalah pulak untuk memantau tingkah laku mereka ni... Zaman skrg lebih2 lagi di bandar besar mcm KL ni, ibu bapa sibuk bekerja siang malam dan membiarkan anak-anak sendirian menguruskan diri sendiri... mak ayah jarang berbual dgn anak2 dan nak tunjukkan rasa kasih dan sayang dgn anak beri duit lepas tu pandai2lah mereka nak buat apa dgn duit tu. ... Itu pendapat sayalah paridah....
subhanallah kecik2 lagi dah jadi samseng macam ni sweetie bila besar tak tau lah nak jadi apa, ibubapa nya patut buat sesuatu lah budak tu kalau tak sayang lah sbb masih kecik sngat kan...
ReplyDeleteIya kak Noor, parents dia patut ambik tindakan bila dah dapat aduan tentang tingkah laku anaknya... bukan saja si pembuli, tapi parents budak yg kena buli pun kena ambik tindakan juga.
DeleteMcm yg berlaku pada anak buah saya tu, nasib baik kami semua sedar ada sesuatu yg tak kena dengannya bila dia asyik mintak duit dari kami... bila kami tak beri dan bila dia balik sekolah mukanya kdg2 birat dan lebam. Ada ketikanya muram... kalau kami biarkan dan tak selidik puncanya, tentu kesannya 'parah' juga pada anak buah saya tu.
Macam manalah mak bapaknye menjaga anak sampai jadi samseng diumur yg begitu muda....astagrafilllulahhalazim!
ReplyDeleteBy the way...sedap nampak cake cokelat moist hari tu!
Entahlah Leez, saya pun tak fahamlah ada ibu bapa yang biar saja anak-anak jadi jahat... sepatutnya ambiklah tindakan bila dah dapat aduan tu.
Delete... pengkritik masakan saya, abang pun kata sedap! simple je resipinya tu Leez...
Kenapa jarang sangat buat n3 skrg?
dah belajar nak jadi ketua samseng pula. bijak betul otak dia putar belit padahal baru setahun jagung
ReplyDeleteAnak-anak ni lahirnya seperti kain putih... dia tak tahu apa-apa... bersih mcm warna kain tu... tapi sepanjang kita menjaga dan membesarkannya... dia memerhati dan belajar dari apa yg kita lakukan pada dia... bukanlah saya nak kata mak dan ayahnya yg mengajar anaknya jadi macam tu... tapi kadang2 kita tak sedar kita dah buat sesuatu yg tak 'elok' dan pada masa yg sama anak sedang memerhati dan nampak tindak tanduk yg di lakukan oleh ibu bapa. contohnya, kalau kita selalu bergaduh dan memaki hamun jiran tetangga depan anak-anak, nescaya bila anak tu besar nanti begitulah juga perangainya... walau tak semua tapi kebanyakannya.
DeleteItu pendapat saya Nieda.
Baru umur lapan tahun dah membuli orang...
ReplyDeletetulah yang dirisaukan.
Betul Zana, dua-dua kita risau, yang membuli dan yang di buli. Yang kena buli elok2 ceria bertukar jadi suram dan murung... kesannya sampai dewasa kelak.
DeleteSekarang ni anak buah saya tu nampak ok dah... barangkali dia dah rasa kami melindungi dia dan ambik tahu tentang 'kesusahan' dia.
kecik2 dah jadi samseng, rambut ala trojan...kesian Aideel..Alhamdulillah, selesai masalah...
ReplyDeleteAlhamdulillah, tapi kami masih memantau lagi... adik saya tak kerja, jadi saya suruh dia pergi temankan dan perhatikan Aideel dan budak Adam tu di sekolah. Mintak-mintak dah settle-lah semua dan Aideel tidak di ganggu lagi.
DeleteActually saya pernah hantar satu emel pada kementerian pendidikan tentang budaya buli ni dan mohon mereka buat satu kempen kesedaran. Tapi nampaknya tak berjawab emel itu dan diabaikan. Budaya buli ni akan menyebabkan pelajar jadi resesif dan penakut. Sebenarnya nak menangani budaya buli ni adalah dengan memberi peluang dan tanggungjawab kepada si pembuli untuk melakukan sesuatu tugasan secara berhemah.
ReplyDeleteZila bagus kalau dapat di adakan satu kempen kesedaran ttg gejala buli tu... tapi jarang mendapat sambutan di sekolah... masa anak2 saya sekolah dulu, saya memang suka terlibat dgn aktiviti di sekolah anak-anak... dan hadirkan diri bila ada perjumpaan tapi boleh di kira dengan jari parents yg hadir dan pelajar yg terlibat pun kebanyakkannya pelajar2 yg cemerlang dan 'baik-baik'. yang nakal2 ni tak 'campur'. Itu yg susahnya Zila. Ada tidaknya tu ibu bapalah yang harus memainkan peranan memastikan anak-anak tidak terlibat dengan gejala2 seperti buli ni.
DeleteKerana sambutan yg beginilah.. mungkin pihak kementerian tak nak buat kempen2 seperti tu... nak buat kempen pun kena ada perbelanjaan jugak tapi sambutan kurang... rugi!
Tak, kita bukan buat kempen dikalangan ibubapa. Ia kempen dalaman dari pihak sekolah sendiri. Program yang dibuat dalaman sekolah. Pembuli ini harus disedarkan tentang bahaya perbuatan mereka. Tapi itulah, kadang-kdang susah jugak, bila emak dan ayah sendiri yang ajar membuli, macam entry saya, budaya mengejek tu. Sekolah saya dulu tak banyak kes buli (masa zaman saya) sebab cikgu sentiasa sedarkan pelajar tentang buruknya buli ni. Hasilnya, kami semua tidak menghadapi masalah emosi dalam berkawan dan kekal bersahabat baik sampai sekarang. Tidak ada istilah sentap dalam hubungan kami, biarpun kadang-kadang lain pendapat. Terima kasih cikgu-cikgu saya
Deletekecik2 dah pandai kan budak sekarang
ReplyDeleteSungguh McK... budak kecik2 ni senang terpengaruh dengan perkara2 yang di lihatnya....
Deleteish geram nya saya baca
ReplyDeletemeremang bulu roma kak
kecik2 dah pandai buli orang
Betul Irfa, mak bapaknya biar je anak tu jadi nakal...
Delete