Friday, August 22, 2014

Seminar IMT-GT...

Ojet (tudung kuning) dan dua rakannya yang 
mewakili UiTM

Ojet dah ‘fly’ ke Indonesia pagi semalam.  Menghadiri seminar IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle) di Medan selama seminggu. Ini kali pertama aku melepaskan Ojet bergerak jauh dari aku. Lagipun dia di pilih sebagai wakil UiTM... mahu tak mahu aku kena akur dan relakan.

Risau tu tetap ada. Sampai ke saat dia nak berlepas pun aku masih mengingatkan dia itu ini. Dah sampai di Medan tengahari semalam pun aku masih lagi berpesan dengan dia di talipon.

“Jaga diri baik-baik. Jangan berjalan berseorangan. Kalau nak balik ke bilik penginapan minta tolong kawan yang sama datang dengan adik tu temankan.

Jaga beg duit. Kepit elok-elok. Pasport dan pas pelajar tu simpan dan bawak bila keluar ke mana-mana. Jangan bagi orang lain pegang. Ingat tu dik!

Waktu di airport jangan mahu kalau ada orang yang tak di kenali minta tolong pegangkan barang ke apa. Adik pun sama... jangan tinggalkan beg dekat sesiapa... takut dik... kita tak kenal orang tu siapa... macam-macam boleh jadi.”

Haih! kalau orang dengar memang rimas. Tapi orang yang ada anak perempuan je rasanya yang paham kenapa.

Malam tadi dia talipon... kedengaran suaranya happy je. Dah keluar dah jalan-jalan dan makan bakso. Katanya tak tinggal di hotel tapi menginap di asrama pelajar Universitas Sumatera Utara yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.

Nota mak: Di mata aku dia kecik lagi. Masih di manja-manja. Dulu comot je. Dengan botol susu yang sering tergantung di mulutnya... kuat berpeluh, masam dan pelat. Tak pernah terfikir oleh aku dia akan belajar sampai di universiti, jadi pemimpin pelajar dan di pilih sebagai wakil universiti/Malaysia untuk seminar di luar negara. Siapa sangka kan... Ya! aku bangga dengannya. Masa di rumah cuti raya hari tu sampai ke subuh aku tengok menyiapkan kertas kerjanya. macam tulah ya... jadi YB! Dan alhamdulillah! result exam sem 4 pun cantik!

20 comments:

  1. Tahniah utk Ojet..suka baca cerita anak2 akak..semuanya berjaya..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapan dan doa saya begitulah nohas... moga mereka akan membawa balik kecemerlangan dlm akademik dan sahsiah diri.

      Delete
  2. assalam...anak2 kita walau tlh dewasa tetap msh kecil dimata kita...membuat kita risau setiap kali berjauhan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam paridah! betul... tambah2 kalau perempuan... takut di tipu orang... pulak tu dari keciknya kalau nak kemana kita yang menghantar dan mengambilnya.

      Delete
  3. semoga ojet akan terus berbakti pada nusa dan bangsa dan dipermudahkan urusannya. Gembira dengan anak-anak yang berjaya ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah zila... memang itulah impian kita sebagai orang tua kan.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, bestnya ojet. yelah, anak2 still lagi nampak macam budak2 depan mata si ibu kan kak? hihiii alhamdullilah. semoga selamat ojet walau dimana dia berada.. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bestnya... dapaaaat melancong percuma... hehehe.. 'jahatnya' statement mak ni.. joke je shiela... moga dia selamat dan happy bertemu dengan rakan-rakan baru dlam seminar tu.

      Delete
  5. cam tu lah kita mak - mak ni kan.. rasa anka2 tu mcm kecik je lagi.. walhal depa ni kot2 dah boleh kawin dah.. heee

    ReplyDelete
  6. tu dia.............sebakul pesanan
    mmg gitu lah sifat mak-mak ni
    selagi hayat ada, tak jemu berpesan
    tahniah, anak2 yg cerdik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah boleh nak temankan je ke mana anak tu pergi mana... tapi mustahilah kan... anak pun dah besar... tentu nak privasi jugak... apalagi yang boleh kita mak-mak lakukan... cuma berpesan, mengingatkan dan doa semoga anak-anak kita tahu menjaga diri walau di mana mereka berada.

      Delete
  7. Alhamdulillah... gitu la kak... anak2 dah besar dah boleh berdikari.. tapi kita mak2 ni masih lagi ada perasaan yg dia masih kecil... seronok dah ada anak besar2... dan saya tak boleh bayangkan anak2 saya dah sebesar ojet nanti... huhuhu

    Kak... tahniah... akak terpilih as pemenang bagi mini giveaway saya... boleh baca di sini... nanti berikan saya detail yea... utk pos buku...

    http://dialoguda.blogspot.com/2014/08/mini-giveaway-9-pemenang.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, begitulah perasaan kita... Dah jadi mak ni tahu risau dan cuaknya melepaskan anak gadis ke luar sana...

      Oh! terima kasih Nora... tak sabar saya nak memiliki buku tu.

      Delete
  8. SINGGAH LAGI SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk anak2 Sweetie....begitulah kita ni...hati seorang ibu...kebimbangan melepaskan anak2 tu sentiasa ada....
    Bukan tak percaya...tapi bimbang ....begitulah KN pun....berbuih mulut ni pesan itu ini.....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang KN... lebih2 lagi perempuan... kalau boleh nanti biarlah dia dipertemukan dengan jodoh lelaki yang solih, mengasihi dan menyayanginya sepertimana saya menyayangi dia... insyaAllah!

      Delete
  10. saya pun terlalu byk pesanan Sweetie, sampai kena complaint dgn anak2...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata, berbuihlah mulut... hehehhe... anak2 saya pun camtu juga Linda... terutamanya si Ojet ni... dia cakap, "mak tu semuanya tak boleh!" habih nak buek camno... esok2 bila depa2 ni dah jadi mak-mak... masa tu baru mereka faham kenapa kita begini.

      Delete