Kasut yang di belikan oleh Ojet untuk aku dan
fesyennya di pilih oleh abang.
fesyennya di pilih oleh abang.
Waktu ke Medan untuk seminar IMT GT baru-baru
ni, Ojet belikan aku sepasang kain baju kurung. Fabriknya
dari jenis Japanese cotton.
Apa agaknya yang ada dalam fikiran anak-anak. Macam mana mereka ‘melihat’ kita selama ini dan bagaimana mereka mahu ‘melihat’ kita.
Adakah mereka mahu kita kelihatan muda dan bergaya selalu. Dan pilihkan warna-warna terang dan cerah untuk kita dan akan komen tentang cutting dan fesyen baju kita dan cakap, “cantik baju mak ni tapi kalau di shape-kan sikit di bahagian pinggang dan kembangkan bahagian bawahnya lagi cantik!” atau kata “cantik mak pakai baju ni, nampak muda...” Wow!
Masa mereka kecik-kecik dulu mereka tak kisah je apa kita pakai dan bagaimana kita berpakaian. Dan kita pun tak pernah terfikir bahawa anak-anak akan peduli tentang itu semua. Tapi sekarang ni bila kita bersiap, mereka akan duduk memerhati dan beritahu, "...aaa tudung tu tak sesuai dengan baju yang mak pakai!"
Antara kedua orang anak aku, abanglah yang suka komen dan memuji aku. Kalau tak sesuai dan tak berapa berkenan di matanya dia akan cakap. Dia tak suka aku berpakaian dalam warna gelab. Katanya itu warna-warna orang tua... Handbag yang aku pakai sekarang pun abang dan Ojet yang pilih. Warna merah dan tak sangka pulak, doktor yang merawat aku selama ini pun minat dengan warna dan handbag tu.
(nota mak: memang mak dah tua, tak lama lagi nak pencen...)
Memang padan kasut biru dengan kain sulam tu...anak2 nak tengok mak berpakaian cantik, menarik...
ReplyDeleteNanti saya nak 'catwalk' masuk dewan masa diorang grad nohas!...hehehe... InsyaAllah
Deletememang macing kain dan kasut , padai anak2 sweetie padankan.
ReplyDeleteSaya cadang nak pakai baju dan kasut ni masa depa grad nantilah Nieda...
DeleteAnak acik yang hero bongsu tu..seawal umur 5 tahun dah pandai komplen pakaian mak.pakai baju lusuh sikit..cepat je tegur..kenapa mak pakai baju buruk.
ReplyDeleteNak ambik dari sekolah tadika pun nak kena pakai macam pi kerja.ish3
Hero acik tu nak maknya lawaaa sepanjang masa... acik tak tanya dia sekarang kenapa masa tu dia suruh acik pakai cantik-cantik.
Deletehemoh2 kemain cun lgi kasut tu ek ;) msti dia nk tgok ibu dia sentiasa cantik kan ;p sape yg tak syg ibuuuu kan ;p
ReplyDeleteTertonggek-tonggeklah saya berjalan... anak lelaki saya cakap... nampak seksi! awww!
Deleteanak saya suh saya kurus, huhu
ReplyDeleteAnak-anak saya tak kisah saya gemuk ke kurus... tapi mahu kelihatan bergaya.
Delete