Sunday, March 2, 2014

Alhamdulillah... selesai sudah satu bab....

Debaran jantung ku berdegup kencang... makan minum dah tak lalu. Demam pun masih belum kebah lagi. Macam-macam yang bermain di benak fikiran. Yang nak kawin adik aku tapi aku pulak yang risau dan tak tentu arah. Aku dan kakak aku memang jadi 'mak pengantin' hari itu. Si abang pun adalah tiga empat kali call dari UK bertanyakan aciknya. Kedengaran suaranya gembira tapi bernada sedih...

Jumaat 28 Februari tu lepas solat Jumaat adik sah di nikahkan dengan pasangannya Sir Knight Daryl Breese Abdullah di Masjid As-Syakirin, KLCC. Tanggal itu selesailah sudah tanggungjawab yang di tinggalkan oleh arwah abah, mak dan abang Ngah ke atas bahu aku dan kakak aku... menjaganya dan kini tanggungjawab itu telah kami serahkan pada suaminya.

Timur bertemu Barat... semoga berbahagia dan
berkekalan hingga ke syurga.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz dalam bahasa Inggeris, Daryl dan adik aku sah sebagai pasangan suami isteri. Kalau dah jodoh... tak lama menunggu... berkenalan tak sampai lima bulan kedua-dua akhirnya sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Seperti yang aku cerita dalam n3 yang lepas-lepas, lintang pukang jugak aku dan kakak aku yang sulung menyiapkan segalanya...

Adik aku tu pun dah berusia juga... tapi begitulah kan... Tiap makhluk di muka bumi ini di jadikan berpasang-pasangan.. dan jodoh itu tidak di ketahui bila datangnya... Macam adik aku... tak siapa menyangka jodohnya datang ketika usia menginjak 40an dan tidak terfikirkan pun akan bertemu dan jatuh hati dengan lelaki yang berasal dari California ini. Masih bujang dan menurut Daryl, dulu dia terlalu sibuk bekerja sehingga hampir terlupa untuk mencari satu 'tulang rusuk'nya yang hilang. Rupanya tercampak jauh di Malaysia. Itulah kata adik aku, kalau dulu cepat-cepat datang Malaysia, dah lama dia kawin.

Apapun aku tetap berdoa agar jodoh mereka berkekalan dan hidup dalam aman damai. Dalam hati aku tetap risau... Timur bertemu Barat... saudara baru... faktor usia dan macam-macam lagilah... besar cabarannya... 

Ya! sudah selesai satu bab... selepas akad nikah dan majlis kenduri kesyukuran... tinggal lagi majlis resepsinya Ahad ini di satu lokasi yang telah aku pilih... InsyaAllah!

17 comments:

  1. tahniah, semoga berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  2. Semoga berkekalan hingga ke jannah..kalau adik dan 40 an, sweetie ni tentu lebih sikit lagi la kan..tapi sebab guna nama 'sweetie' jadi macam mudeee je he he..pandaiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah yang di harapkan che mid... bukan lebih sikit che mid... lebih banyak... hehehe...

      Delete
  3. doa yg baik2 je
    moga bahagia milik mereka berdua
    tahniah ye kak, dpt adik ipar
    boleh tido lena lepas ni ye

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...sama2 membimbing saudara baru..kat manalah majlis resepsi pilihan akak ni ye..tak sabar nk tengok garden wedding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan nohas... InsyaAllah jika semuanya berjalan seperti yg di harapkan akan saya update nanti.

      Delete
  5. Replies
    1. Tahniah kapada pasangan pengantin baru!

      Delete
    2. Terima kasih Zana dan terima kasih Leez.

      Delete
  6. Sebagai seorang kakak dan penjaga selama ini perasaan risau tu sudah lumrah...tak kira siapa pun..

    Tapi demi kerukunan rumah tangga adik yang baru dibina doakan yang terbaik selalu untuk mereka...

    Semoga berkekalan selamanya gandingan antara dua benua ini..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Tahniah Sweety dan pasangan pengantin. Lepas ni kena banyakkan lagi 'speaking London' la yer... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dolly... Ha yelah skrg ni hari2 speaking London je kat rumah... kamus bahasa tu nak kena sentiasa ada je ditangan...

      Delete
  8. wow..mesti superb ar speaking nih...congratulations... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga Alynn... takat boleh berkomunikasi je... Anyway, thanks ya dtg ke blog saya.

      Delete