Sunday, March 9, 2014

Ya Allah! tunjukkanlah di mana mereka....

Hibanya hati bila mendengar komunikasi hubungan dari pusat kawalan trafik udara di China dengan MH370 yang hilang...

Terjemahan: "MH370, kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu.

Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan.

Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu."

Bergenang airmata aku. Bayangkanlah jika ada di antara penumpang di dalam pesawat itu anak-anak kita, suami, adik, abang, kakak, ibu, ayah, saudara mara dan rakan-rakan kita.

"Ya Allah ya tuhan ku, kau maha mengetahui segalanya... tunjukkanlah di mana mereka... jika mereka tersesat jalan, tunjukkanlah jalan keluar... jika mereka telah turun ke bumi ini beritahulah kami di mana lokasinya."

12 comments:

  1. sy pun baca, sambil menitik airmata
    hari ni, tgk our crew fren pun sama2 sebak
    hanya mata yg berkata2, mulut dah xleh cakap dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayatnya simple je kan Irfa... tapi cukup untuk membuat kita semua hiba membacanya.

      Delete
  2. Sama2lah kita berdoa agar Allah melindungi mereka dlm penerbangan MH370...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... moga doa kita semua di perkenanan oleh Allah subhanawataala...

      Delete
  3. Linda pun rasa sebak Sweetie...bergenang air mata ni...semoga mereka pulangg akhirnyaa..bantulah kami Ya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, supaya mereka pulang dengan selamat... mudah-mudahan Linda...

      Delete
  4. #prayforMH370...

    Jika dilaut...TIMBULKANLAH..
    Jika dilangit...TURUNKANLAH..
    Jika dibumi...TUNJUKKANLAH..

    Wassalam.. :(

    ReplyDelete
  5. sedih dan terharu...walaupun bukan ada siap2 di situ.
    semoga semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  6. Berita terkini tak tau lah boleh percaya ke tidak ni Sweetie Wallahuaklam


    Ini adalah berita terbaru yang diperoleh dari blog mountdweller. Bentuk penulisan seolah-olah laporan oleh pegawai bertanggungjawab atas keselamatan negara. Sama ada tentera atau polis. Laporan ini dipercayai ditujukan kepada pegawai atasan beliau. Kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan. Terima kasih kepada pelilik blog mountdweller

    Pembaca dinasihatkan agar membuat rujukan daripada sumber-sumber lain.

    Berita VIETNAM: Kapal MH370 setelah lose communication selama 17 jam,dikesan di 065515,1033443 (ni longitude latitude kot) oleh pasukan penyelamat Filipina.

    Keadaan kapal agak teruk semasa dikesan namun belum berkecai,kebanyakkan badan kapal telah tenggelam dalam air dan cuma bahagian belakang kapal sahaja yang timbul. Terkesan mangsa yang berkumpul di bahagian belakang kapal disamping lebih kurang puluhan orang mangsa terkesan di kawasan perairan berdekatan kapal yang masih hidup. Pegawai navy Vietnam menyatakan ini adalah satu keajaiban kerana jumlah mangsa yang terkorban adalah jauh lebih rendah dari jangkaan. Setakat ini Malaysia,China,indonesia,vietnam,singapore dan filipina sedang menuju ke tempat tersebut.
    KEHILANGAN MH370 - SITREP NO.1. Maklumat terkini sah.

    ATM.
    a. KD PAHANG belayar Kuantan 081430H Mac 14. JMT kawasan SAR 090200H membawa bersama 3 x Diver, 30 x Body Bags, 1 x Medical (Sjn).
    b. KD TERENGGANU belayar dari Selatan Horsburgh Light House 081430H Mac 14. JMT kawasan SAR 091230H Mac 14.
    c. Pesawat King Air TUDM berlepas Subang 081220H Mac 14.

    Maklumat Tambahan:

    APMM.
    a. 1 x pesawat CL 415 Bombardier 01 berlepas Subang 081133H Mac 14. 1 x pesawat Bombardier alert state di Subang. 1 x pesawat Bombardier 02 dan 2 x Agusta (102&103) dalam keadaan state alert.
    b. KM LANGKAWI, KM AMANAH & KM SEGANTANG berada di kawasan SAR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor betul ke ni... jika betul alhamdulillah! tak sabar nak melihat wajah2 yang selamat tu

      Delete