Di bangku inilah hubby menzahirkan ucapan terima
kasihnya pada aku...
Kami berdua saja... Hubby duduk di satu bangku dan aku berdiri menghadap dia. Angin lembut menyapa tubuh kami. Sungguh indah suasananya saat dia menyatakan penghargaannya pada aku.
"Saya nak ucapkan terima kasih pada awak!... sebab telah didik dan jaga anak-anak dengan baik Saya bangga keduanya jadi bijak pandai." Aku cuma diam mendengar. Memang aku tidak sangka dia akan mengucapkan kata-kata itu.
Memang sepanjang membesarkan anak-anak hubby jarang masuk campur. Semuanya lepas ke tangan aku dari semenjak abang dan Ojet di lahirkan sehinggalah mereka mula bersekolah.... semuanya aku yang uruskan. Jarang sangat aku minta bantuan hubby. Hanya apabila ada masalah-masalah tertentu yang tidak dapat aku selesaikan baru aku beritahu hubby.
Apabila abang dan Ojet menjejaki menara gading, akulah yang menguruskan dan menyediakan segala keperluan. Sekiranya aku menghadapi masalah kewangan, hubby tidak pernah aku beritahu. Aku akan berusaha sendiri dengan cara aku. Mungkin melihatkan semua ini anak-anak tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah pada aku dan belajar bersungguh-sungguh.
Anak lelakiku Abang pernah berkata, ketika dia sedang menghadapi temuduga untuk mendapatkan biasiswa ke luar negara di Putrajaya beberapa tahun dulu... dia sentiasa teringatkan aku. Setiap kali memberikan jawapan dalam fikirannya terbayangkan wajah aku. Dalam hatinya sentiasa berkata, dia mesti dapatkan biasiswa tu... dan tidak mahu menyusahkan aku lagi.
Dan semalam sewaktu menghantar Ojet ke KL Sentral menaiki keretapi untuk pulang ke Arau, Daryl menyatakan dan minta berikan Ojet pada dia. Dia ingin jadikan Ojet sebagai anak angkatnya. Katanya... pandai aku didik anak. Dia sukakan Ojet... lemah lembut, baik, bijak, penyayang, memahami dan menghormati orang tua. Pesannya pada Ojet, kalau ada apa-apa masalah dalam waktu belajar ini beritahu dia.
(nota mak: tiada kata-kata... aku lakukan semua itu kerana itu sudah jadi tanggungjawab...)
Tahniah Sweetie...kerana anak2 semua berjaya...mesti rasa terbayar semua penat lelah kan..
ReplyDeleteTerima kasih Linda... ermmmm entahlah.... tapi gembira melihat mereka dah besar dan tak jadi 'nakal' serta mendengar kata... Alhamdulillah!
DeleteAlhamdulillah..tahniah kerana menjadi ibu yg kuat - tmpat bergantung / rujukan anak2...
ReplyDeleteTerima kasih Nohas! ya kalau saya patah semangat dan lemah mungkin anak2 pun begitu juga. Tapi ada ketikanya saya pun 'kalah' juga tapi perkara tu tidak saya tunjukkan pada anak-anak.
DeleteSuami tahu apa yang isteri dah buat untuk anak-anak, cuma istimewanya suami sweetie ni, dia zahirkan melalui kata-kata..alhamdulillah..CM tumpang bangga..
ReplyDeleteSuami saya ni adakalanya sentimental juga che mid... pernah dia beritahu saya... dia terpikat dengan saya sebab saya sorang yg kuat semangat dan tak mudah mengalah... dia tak suka perempuan yang terlalu manja dan mengada-ngada... entahlah!... mungkin dia sengaja nak 'jek' saya kot... tapi saya mmg jarang mengadu masalah ngan hubby... leceh! tindakan dia lambat!
Deletealhamdullillah anak-anak menjadi bijak pandai dan berbudi mulia .itu tak cukup buat seorg ibu
ReplyDeleteBetul Nieda... tapi dari segi didikan agama tu, itu sudah semestinya... dan saya tidak mahu menulisnya di sini.
DeleteTahniah kak..........
ReplyDeleteTerima kasih zana.
DeleteTahniah sweetie..
ReplyDeleteanak2 memang sangat memahami..
Terima kasih Acik! Cuma kadang2 tu saya kesian juga dengan anak-anak sebab adakalanya bila mereka ndak itu, mintak ini... saya 'tak mampu serta jarang' menunaikannya... tapi dengan alasan yang mampu mereka terima.
DeleteTahniah Sweety!....dari sahabat mu....
ReplyDeleteTerima kasih Leez... terharu saya dengan ucapan dari Leez ni.
DeleteAssalamualaikum kak, alhamdullilah syukur. semoga anak2 semua membesar dengan berjaya.
ReplyDeleteW/salam sheila, insyaAllah, aminnnn!
DeleteSAB?? sekolah aminudin baki?? :)
ReplyDeleteYup!, you pun bekas pelajar SAB juga ke
Deletebestnyer..apa petua yang kak amalkan..share ler kat sini..
ReplyDeleteSarah tak ada apa-apa petua pun... saya macam emak-emak yang lain juga tidak ada yg istimewa pun pada saya. Berpandukan pengalaman yang saya lalui dari kecik sampai besar itulah yang saya jadikan sempadan dalam membesarkan anak-anak.
Delete