Wednesday, March 19, 2014

IKLAN ZALORA...

PEPLUM DRESS


Trend peplum dresses terkini telah berjaya mencuri perhatian peminat fesyen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Apakah yang menjadi punca kepada kejayaan stail ini? Peminat fesyen berpendapat peplum dress terkini kelihatan lebih moden, segar dan klasik dalam masa yang sama. Ianya memberikan elemen stylish buat si pemakai, malah selebriti terkenal juga turut menggayakan dress peplum sewaktu menghadiri majlis-majlis anugerah. Ini kerana mereka tahu dress ini sangat classy untuk digayakan ke acara-acara tersebut. Sila klik Peplum dress juga membuatkan mereka tampak lebih menarik dan jika digayakan dengan betul boleh menjadi outfit menarik untuk ke party!


Cuba lihat bagaimana pelakon cantik Kate Hudson ini menggayakannya dengan cukup menawan sekali. Pakaian itu membuatkan beliau kelihatan sungguh elegant. Beberapa selebriti lain turut kelihatan dengan baju peplum pilihan masing-masing seperti Victoria Beckham, Beyonce, Kim Kardashian dan ramai lagi. Penampilan mereka ternyata menarik perhatian peminat dan media, memberikan lebih banyak publisiti ke atas pakaian ini.

Di Malaysia baju ala peplum sangat dikenali sejak zaman kegemilangan Saloma. Malah trend ini juga muncul kembali apabila baju kurung peplum diketengahkan oleh pereka-pereka fesyen seperti Hatta Dolmat dan Jovian Mandagie. 


Wanita yang bekerja pasti suka dengan peplum dresses kerana memberikan elemen vintage dan chic. Jika dipadankan dengan aksesori yang sesuai anda pastinya akan kelihatan lebih anggun dan seksi juga.

Beli baju wanita online di Zalora Malaysia kerana sebagai butik online terbesar di Malaysia mereka menawarkan pilihan yang cukup banyak buat penggemar fesyen. Selain daripada itu promosi yang diberikan juga adalah terdiri daripada harga yang sangat berpatutan. Anda boleh dapatkan informasi terkini di blog ZALORA, di sana anda juga boleh lihat berita fesyen dan trend terbaru yang sedang popular. 

(nota mak: ada yang minta aku buat entri Zalora ni... untuk tidak menghampakan pihak berkenaan... dan aku berharap beliau berpuas hati... )

10 comments:

  1. peplum dress ni sesuai utk org tinggi lampai, kalau yg 3G, nampak rendang je...tak pernah lg beli baju online..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nohas... tapi saya pernah juga pakai masa anak dara... masa tu body selim melim... bayangkan berat saya masa tu 40 kg je.

      Delete
  2. pesen dr zaman saloma lagi sekarang keluar balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Nieda... sejak dari zaman saloma sampai sekarang.. cuma di tambah baik sikit sana sini... Puteri Diana pun kalau tak silap saya pernah pakai juga... sebab tengok Puteri Diana pakai saya pun buat satu.... (feeling mcm Lady D lah masa tu.. hehehe..)

      Delete
  3. minat tengok orang pakai je, tapi kalau sendiri nak pakai cannottt maaa tak lawa langsung dah lah pinggang beso pendek pulak tu hahaha yg kurus tinggi putih mmg cantiklah pakai ni kan Sweetie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai dear kak Noor, lama dah tak 'sampai rumah kita ni'...

      Yalah saya pun suka tengok orang pakai.. kena pulak yang tinggi lampai cam kate middelton... fuh! kita yang dah tetua ni (eh dah tua ke?) silap-silap pakai cam dugong...

      Delete
  4. Sweetie ...sy bukanlah terror sgt bab2 fashion ni tapi memang cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya pun berkenan... tapi org cam kita ni tak sesuai kot kalau nak pakai... Kalau anak-anak dara tu nampaklah cantiknya... dan pakai dengan kain labuh agar lebih manis lagi kan... mak wardah!

      Delete
  5. tapi kena hati2 dengan fesyen ni takutnya kembang bawah perut...kalau kembang atas perut tu nampak cantik ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah beli baju online Bitt sebab takut masalah2 yg macam Bitt cakap nilah... lagi pun 'shape' dah lari... kalau body macam Bitt cantiklah pakai.

      Delete