Pasangan raja sehari di apit oleh dayang-dayang yang
terdiri dari anak-anak saudara... Ain, Ojet, Syada dan Bell.
Sudah seminggu berlalu. Pasangan pengantin pun sudah terbang ke New Zealand untuk honeymoon. Seminggu yang lepas aku sibuk 'memperkemaskan' majlis persandingan adik dan Daryl. Untuk beberapa minggu aku tak lelap tidur memikirkannya. Alhamdulillah! semuanya berjalan lancar pada hari tersebut.
Penat... usah cakap. Janji impian adik telah terlaksana... walaupun mungkin ada juga cacat celanya serba sedikit tapi aku sudah lakukan seperti apa yang dimintanya. Dua bulan masa yang diberi.... aku bertungkus lumus memikirkan dan menyediakan seperti kehendak hatinya. Untuk memudahkan kerja aku guna khidmat perunding majlis... dan majlis di adakan pada satu tempat terbuka (bukan dalam dewan) sebab adik ingin majlis persandingan berkonsepkan taman... dengan bunga-bunga segar dan warna-warna lembut. Tentulah aku pilih warna putih dan pink.
Alhamdulillah! pada hari berlangsungnya majlis cuaca begitu terang dan cantik... dan sehari sebelum majlis berlangsung aku ke tapak majlis melihat persiapan yang di lakukan oleh pihak yang telah di pertanggungjawabkan.
Pelamin... masih dalam proses...
Simple... dan dihiasi dengan bunga-bunga segar
putih dan pink seperti yang aku mahukan.
At last...
Keseluruhannya aku berpuas hati dengan pelamin... pendingin hawa
berfungsi dengan baik dan mempelai selesa dan tak kepanasan.
berfungsi dengan baik dan mempelai selesa dan tak kepanasan.
Khemah untuk makan dan upacara memotong
kek pasangan pengantin.
Khemah tetamu...
Khemah tetamu yang duduk makan bersama
pasangan pengantin..
pasangan pengantin..
Untuk tetamu kecil juga tidak di lupakan...candy bufet.
Sayangnya rumput-rumput tak hijau dan tak penuh... tapi nak buat macam mana sekarang ni musim panas.
Buah tangan untuk tetamu yang aku sediakan hasil
kreativiti aku sendiri.
Cenderahati untuk tetamu yang datang... juga aku buat sendiri.
Dalam bakul putih beriben pink tu aku isikan dodol yang aku kacau sendiri seminggu sebelum berlangsungnya majlis, baulu, candy peanut dan bunga telur.
Tiga minggu tempoh yang yang aku peruntukkan
pada satu kedai bunga untuk
menyiapkan bunga pegang ni.
Tapi hasilnya amat mengecewakan aku. Lain
yang aku mahukan lain pulak jadinya.
Dua hari sebelum berlangsungnya majlis Daryl sendiri
pergi menempah bunga pegang ni dekat satu florist di Ampang
Park. Walaupun tak cukup panjang seperti yang aku inginkan tapi
aku puas hati sebab ianya ros segar dan menepati tema.
Tidak ada kompang waktu pengantin sampai. Ketika kedua mempelai berarak ke singgahsana cuma muzik instrumental Love Story saja yang berkumandang. Sepanjang majlis berlangsung aku telah pilih lagu-lagu seperti, Love Story, You My Everything To Me, I can't smile without you, Take Me To Your Heart, Women In Love, I Just Call To Say I Love You dan muzik instrumental dari Kenny G yang di mainkan perlahan. Aku mahu suasana majlisnya santai dan romantik. Tidak ramai tetamu... lebih kurang 400 orang saja. Dan paling seronok hubby memuji hasil kerja dan pemilihan tempat yang aku buat.
(nota mak: tugas memenuhi impian adik dah selesai... sekarang aku dah boleh tidur lena... impian aku... tak sabar menunggu kehadiran sorang lagi anak saudara bermata biru, berambut blonde.. ahaks! InsyaAllah!)
Nampak meriah sangat.....serba pink, soft n sweet..
ReplyDeleteMajlis kecil-kecilan je KN... pink tu warna favorite saya.
DeleteAlhamdulilah dah selesai tahniah sweetie
ReplyDeletecqntik cenderahati yang sweeti sediakan sendiri tu
Ya, lega rasanya acik... dalam kekalutan berkejar kesana kemari itulah hasilnya yang dapat saya buat...
DeleteAlhamdulullillah........ selesai sudah majlis akak........ rajin mengacau dodol....... nasib baik tak isi boko ya kak??? orang negeri ajer yang tau boko ni.......
ReplyDeleteAi kalau kono isi boko... pengsan Zana... sapo nak mengendongnya ke US.
Deletesemuanya serba cantik..akak suka tema pink...lembut dan feminin..
ReplyDeleteTerima kasih Kamsiah... asalnya nak putih saja tapi kakak saya yang sulung tak setuju jadi saya masukkan warna pink tu.
Deleteputih n pink..sweet..suka tengok pelamin...Alhamdulillah, dapat pujian dari insan tersayang...
ReplyDeleteTul nohas, kembang je rasa hati bila hubby puji, adik dan Daryl ucapkan terima kasih... alhamdulillah semua berpuas hati.
DeleteAlhamdulillah dah selesai..kerja kawin ni bukan senang nak buat..kadang2 buat perancangan pun ade jugak yg tertinggal.. first time singgah sini, salam kenalan
ReplyDeletemisz sheyla... terima kasih singgah di blog saya... ya nampak macam mudah je tapi bila dah melalui baru tahu betapa letihnya... dan banyak benda nak fikir.
Deletewah 2 bulan perancangan nak kenduri. mesti powerful ni.
ReplyDeleteYa Nieda... tapi taklah teruk sangat sebab saya guna khidmat perancang majlis... pun saya sampai demam-demam jugaklah.
Deletecantiknyaaa...
ReplyDeletesalam kenal...i follow terus :)
Terima kasih... selamat berkenalan, nanti saya ke blog awak pulak ya Bitt.
DeleteSo sweet...thumbs up to you Sweety kerana berjaya mengendali majlis perkahwinan adik you!
ReplyDeleteTerima kasih atas thumbs up you Leez. Itulah hasilnya dan I lega skrg semua dah selesai.
DeleteAssalamualaikum kak. lawanya. sweet je tengok...
ReplyDeleteW/salam sheila.. terima kasih atas pujian... pink tu warna faveret saya. Sebab saya yg menguruskannya... so ikut kepala saya la... hehehe...
DeleteAlhamdulillah...boleh Sweetie rehat lepas ni...Tapi serius mmh sweetlah konsep pink tu Sweetie...sooo sweet ;)
ReplyDeleteYa Linda...rehat-rehat dan tunggu apa agaknya ole-ole yang akan saya dapat dari NZ agaknya... Terima kasih! dan ramai yang tertarik dengan pemilihan kaler yang saya buat.
Delete