Tuesday, February 25, 2014

Demam...


Empat hari terlantar demam... tak bangun-bangun. Dada rasa perit dan pedih... bernafas pun macam orang semput. Seluruh badan rasa lemah sangat . Merintih dan menangis sorang-sorang atas katil dalam bilik. Bila lapar bersusah payah bangun dan heret kaki ke dapur cari makanan... yang lalu cuma sekeping roti dan segelas air kosong.

Macam-macam yang berlegar dalam kepala waktu itu. Kalau aku ditakdirkan mati... mungkin aku mati sorang-sorang...  Masa macam ni teringatlah orang-orang yang di sayang! Teringatkan majlis kahwin adik aku yang tinggal beberapa hari saja lagi dan persiapan yang belum  sepenuhnya dan kerja di pejabat yang belum siap.

Hari Khamis malam Ojet call... dan tanya kenapa suara aku bunyi lain. Aku cakap “mak demam”.... dan dia cuba cakap macam-macam untuk buat aku gelak dan ceria.... tapi tetap tak boleh... tak larat.

"Mak makanlah McD.... kan mak suka McD. Pantang nampak sign McD tu, mesti nak berhenti dan masuk beli.

Aku tetap diam dan tak cakap apa-apa. Lama-lama dia pun agaknya dapat rasa aku memang tak larat nak borak-borak dan gurau-gurau waktu tu. Dia minta izin letak talipon dan ingatkan aku pergilah klinik. Rupanya lepas talipon aku dia talipon aciknya... dan beritahu aku demam dan minta aciknya pergi jenguk dan hantar aku ke klinik.

Hari ni dah ok sikit dan mula kerja. Tapi batuk tak berhenti sampai hilang suara. Nak bercakap... payahnya... suara tak keluar.

18 comments:

  1. Semoga cepat sembuh...get some rest..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nohas,.. tapi tak boleh nak rehat sgt... ada kerja yg tak siap lagi ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih acik! harap-harap Jumaat ni saya akan lebih sihat sebab hari itu adik saya tu nikah!

      Delete
  3. Allah sian dia..takpe rehat betul-betul sekarang k..dah sihat nanti simpan tenaga utk kenduri kawen pulak. Masa tu nanti jadi superman, spiderman ke ultraman ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak boleh nak rehat sangat che mid, selagi tak 'sudah' selagi tulah risau kerja tak habis.

      Delete
  4. La kesiannye...ni mesti terlebih buat keja sampai jadi stress. Apa yg you patut buat minum air byk...lebih elok lagi air barli & rehat. Relax kan diri jgn overburden kan your mind dgn kerja2 yg belum siap.
    Take care & learn to relax!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim panas sekarang ni pun mungkin antara penyumbangnya demam saya ni Leez. Memang itulah yg I buat... minum air barli dan air mineral. Terima kasih 'dtg melawat' saya.

      Delete
  5. La kesiannya, semuga cepat sembuh..... jgn stress sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 mcm tulah zana... terima kasih 'dtg melawat' saya.

      Delete
  6. ingat demam lps kenduri . rupa2nya tak kenduri lagi
    cepat sembuh ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum langsung lagi Nieda. Lusa 28 feb nikahnya... minggu depan sanding. Saya harap2 mcm tulah... sekurang2nya larat juga untuk layan tetamu yg hadir nanti.

      Delete
  7. Get well soon dear...musim panas ramai org sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mak wardah... ya cuaca sgt panas dan badan cepat je kehilangan air.

      Delete
  8. lorr..demam banyak berfikir kot ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot ditambah dengan cuaca kering panas sekarang ni... Bergelas-gelas sehari minum air tapi masih haus jugak.

      Delete