Friday, November 8, 2013

Perasaan anak lelaki...

11.00 malam... supaya tak sesat... dua hari sebelum 
taklimat, aku ke Putrajaya. Tujuannya nak tengok jalan dan 
cari di mana letaknya bangunan KPT. 

Alhamdulillah! Si Farhan kawan abang dah selamat belajar di RCMP, Ipoh. Dengarnya dia happy dan selesa meneruskan pengajiannya di situ. Sebelum ni dia belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Tapi kerana pergolakan yang berlaku di sana kerajaan menyarankan pelajar-pelajar Malaysia di sana kembali dan meneruskan pengajian di tanah air sendiri.

Ketika sesi perjumpaan dan taklimat pelajar dengan pihak kementerian di bangunan KPT, Putrajaya bulan lepas, akulah yang menghantar si Farhan ni ke sana. Walaupun aku ni duduk di KL, tapi jarang dan tak reti ke Putrajaya. Seingat aku hanya sekali saja aku memandu ke sana ketika menghantar abang untuk temuduga dengan JPA di PICC empat tahun dulu. Itupun ketika perjalanan pulang ‘meraban’ jugak.

Beberapa hari sebelum taklimat tu Farhan talipon adik aku beritahu tentang masalah dia... tak ada sapa yang boleh hantar dia ke sana...  maksudnya keluarga dia.... dan dia juga minta tolong carikan hotel-hotel murah untuk penginapan dia di KL. Farhan ni duduk di Temerloh, Pahang. Kalau ikutkan dia memang tak nak datang dengar taklimat tu sebab masalah-masalah tu semua.

Tapi aku sarankan elok dia hadiri taklimat tu... Tak kisahlah... aku sedia mengambil dia di hentian bas... bawak balik dan tumpangkan di rumah dan bersedia menghantar dia ke Putrajaya.

Farhan ni kawan sekolah abang dulu... masa di sekolah aku tak pernah jumpa dengan dia. Cuma tahu abang ni ada kawan nama Farhan. Aku mengenali dia ketika melawat abang di UK Januari lepas. Waktu itu dia masih belajar di Mesir... dari Mesir dia datang ke UK untuk bertemu dengan abang. Dari situlah aku dan adik mengenalinya dan tahu serba sedikit tentang dirinya. Latar belakang keluarganya dan paling tak dapat aku lupa pandangannya ketika aku memeluk dan mencium abang...(n3nya di sini) Aku tak tahulah nak terangkan macam mana tapi lepas tu dia macam nak bermanja-manja dengan aku dan adik. Nampak dia juga ingin dilayan seperti mana aku dan adik melayan si abang...

Bermula dari pertemuan itu dia rapat dan kerap menalipon adik aku. Sekarang ni kami sekeluarga dah anggap dia macam sebahagian dari keluarga kami. Sering juga dia menalipon adik bertanya khabar dan kalau ada kesempatan akan datang melawat kami di KL. Aku tengok dia tak kekok langsung ketika menumpang di rumah walaupun abang tak ada. Dan ada satu perkataan yang dia cakap dengan aku masa dalam kereta ketika ke Putrajaya hari tu. Mak dia tak concent macam aku.

Aku tak faham maksud dia tapi aku beritahu, semua mak-mak sama cuma cara mereka saja yang berbeza. Aku memang dah biasa dan amalkan memeluk abang dan Ojet dari kecik sampai sekarang. Kami terbuka dalam banyak hal. Kata-kata seperti “mak sayang abang” atau “abang sayang mak” disertai dengan peluk cium itu perkara biasa dalam hubungan kami hari-hari. Usik mengusik dan bergurau senda. Mengucapkan selamat malam dan memberikan ciuman sebelum tidur.

Itulah anak-anak kan. Terutamanya yang lelaki. Walaupun mereka tak cakap tapi ada kalanya mereka juga ingin dibelai, dipeluk, dicium dan dimanja seperti anak perempuan juga. Sebelum pulang ke Temerloh aku dan adik bawa dia ke KLCC dan makan di satu restoran. Bila berjalan bersama aku rasa seperti aku berjalan dengan si abang. Mulanya dia nak belanja... tapi aku cakap nanti bila dah jadi doktor belanja makcik pulak... dan katanya kalau aku dan adik ke UK lagi berjumpa abang... dia nak ikut jugak.

Pada aku... hari ini aku tolong anak orang mana tahu pada satu masa yang lain nanti bila anak-anak aku memerlukan pertolongan akan ada orang yang lain pulak akan memberikan pertolongan. Bukan pada Farhan ni je, sebelum ni pun aku ada sorang anak angkat (n3nya di sini). Perempuan... pelajar polikteknik Ibrahim Sultan.

20 comments:

  1. saya pun mcm tu juga...kdg2 teringin jg nak peluk, cium, ibubapa tapi segan pulak..esp bila dah besar2 ni..benda2 mcm ni kena biasa2 kan dari kecik lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nohas... kalau tak biasa memang jangkal je tetiba buat... maunya orang tanya... tebiat ke? Tapi cubalah... mulakan dengan ketika nak meninggalkan rumah atau masa balik setelah beberapa lama tak jumpa... ketika tu cakaplah "lamanya tak jumpa mak ngan abah, rindulah pulak" dan peluk mereka. Okay pe.

      Delete
  2. alhamdullah..tak rugi kita wat kebaikan dgn orang lain kan kak..akan ada balasan yg baik menanti..insyaallah!

    ReplyDelete
  3. Seronok acik baca ...acik kalau telefon anak..kawan2 dengar selalu tegur..ansk lelaki pun manja..anak jugak kan sweetie..

    ReplyDelete
  4. kita menolong orang suatu hari nanti org tolong kita pula

    ReplyDelete
  5. Sweety, next time kalau ke Putrajaya, boleh contact saya, saya duk kat sini, mana yg tak tahu tu, kalau saya free, insyaalah, boleh tunjukkan

    ReplyDelete
  6. Sangat motherly entri ini.. rasanya dulu pernah follow Sweetie masa blog nama..atau mungkin pelanduk 2 serupa.. takpe follow ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih che mid... Pelanduk 2 serupa tu sebab selalunya sesiapa yang sign in follower saya tu mesti saya ikut balik. Saya dan jenguk blog che mid...

      Delete
  7. Oops tambah komen sikit lagi ya.. anak Che Mid pun bernama Farhan.. hari ni beday dia..yg ke 22..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo iye ke? sampaikan ucapan happy birthday saya pada dia...

      Delete
  8. Disini kita kalah kepada budaya orang puteh yang cepat menunjukkan rasa kasih secara sentuhan dan ucapan. Apa salahnya kalau kita buat begitu kerana tuntutan Islam. Kita cuma kena jaga batasan muhrim dan sebaliknya bila berhadapan sentuhan. Kalangan 'moden' kita lebih suka meniru dalam berpakaian yang tidak kena tempat dan memalukan dan salah menurut ugama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Hasan, apa yang lakukan ni cuma atas dasar simpati kerana kesukarannya saja... lebih-lebih lagi dia kawan anak saya dan seorang pelajar yg cemerlang. Dan sayang saya, tidak lebih dari rasa sayang sebagai seorang emak. Saya cuma memberi dia sedikit semangat.

      Yang saya peluk dan cium tu (abang & Ojet) adalah anak-anak saya. Si Farhan ni cuma nak mak dia pun macam saya... bersusah payah dan ambik cuti juga untuk sama-sama2 menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Ok en. Hasan?

      Delete
  9. eh, nape sy yang sebak baca entri akak ni
    harap hubungan dgn farhan ni sampai bila2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa lak Irfa... saya pun harap macam tulah...

      Delete