Wednesday, November 13, 2013

"Jangan buat mak susah hati..."

Hari ini terjaga dari tidur dek kerana deringan talipon. Dengan mata yang masih terpejam aku meraba-raba tepi bantal mencari talipon mengikut arah bunyinya. Puas juga meraba-raba baru jumpa.

Si pemanggilnya adik ipar aku.... pasal anak dia... anak buah aku juga. Dia ajak aku ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas si Aideel. Menurut cikgu kelas, dalam tahun ni si Aideel ada tiga hari tak datang ke sekolah. Itu yang dia tak puas hati sebab sepanjang tahun ni tiada satu hari pun Aideel ponteng atau cuti sakit.

Aku pun terkejut jugak. Sebab setiap hari Aideel akan di hantar ke sekolah oleh sorang lagi adik aku... dan bila petang adik ipar aku sendiri yang akan menjemputnya di sekolah. Malah aku sendiri pun pernah menghantar dan mengambil dia ke sekolah. Aku hantar dia sampai masuk dalam kawasan sekolah dan akan bergerak meninggalkan kawasan sekolah apabila loceng masuk di bunyikan. Masa bila pulak dia nak memonteng dan lari dari sekolah. Lagipun Aideel ni baru Tahun Satu.

Aku tahu sekolah tu... di situlah Abang dan Ojet bersekolah dulu. Aku tahu sangat tahap-tahap keselamatannya. Kat mana murid-murid boleh memboloskan diri... tapi untuk murid yang seusia Aideel, bertubuh kecil tak mungkin dia boleh memanjat tembok sekolah tu. Kalau pun lepas untuk masuk semula ke kawasan sekolah sebelum waktu sekolah berakhir atau sebelum maknya datang mengambilnya adalah mustahil.

Aku rasa ada silap di mana-mana... sebab menurut guru kelasnya, bukan dia yang menanda kedatangan murid tu... ianya dilakukan oleh cikgu gantian. Aku tak faham maksud cikgu gantian tu... adakah cikgu sementara atau cikgu kelas lain. Atau kemungkinan ketika cikgu menanda kedatangan si Aideel keluar ke tandas... dan bila cikgu memanggil namanya tiada sesiapapun yang menyahut dan memberitahu dia keluar.... atau cikgu tu menanda main agak-agak je.

Sebabnya aku kata macam tu... pernah satu hari... persekolahan pada hari Sabtu...  ramai budak-budak kelas Aideel tak hadir ke sekolah. Hanya ada beberapa orang saja. Kami tahu ni pun sebab si Aideel ni yang beritahu selepas dia balik dari sekolah hari tu. Dan antara hari yang ditanda Aideel tidak hadir ke sekolah termasuk hari Sabtu itu. Sedangkan pada hari itu ada majlis di sekolah dan murid-murid di minta membawa pinggan. Bila balik dari sekolah hari itu... kami tanya pada Aideel ada apa di sekolah dan dia cakap ada jamuan, makan itu... makan ini... Kalau dia tak hadir macam mana dia tahu dan bajunya comot kesan tumpahan minuman dan makanan yang di makannya.

..........

Letak je talipon satu mesej masuk. Aku tengok... sapa lagi.... Ojet yang hantar. Menurutnya dia dah on the way ke kem BTN di Sepang... kursus MPP lagi.... (n3nya di sini) dua bulan sudah dah hadir kursus di Kem Ulu Kenas, Perak. Tapi kursus kali ni menurut Ojet lebih kepada perjumpaan antara wakil-wakil MPP dari seluruh cawangan UiTM seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Anak-anak aku beginilah... Dari dulu lagi aku sering berpesan kalau ke mana-mana beritahu. Masa nak bertolak dan masa sampai kalau tak dapat talipon sms pun dah cukup. Jadi aku sentiasa tahu di mana mereka berada... termasuklah si abang walaupun dia jauh di seberang laut sana dia tetap memaklumkan pada aku ke mana dan di mana dia berada. Aku dah cakap, “jangan buat mak susah hati”. Alhamdulillah! setakat ni nampaknya mereka patuh pada peraturan ni.

18 comments:

  1. biasalah, ibu kannn...... selagi tak sampai rumah selagi tulah risau, padahal suruh ke kedai depan rumah ajer.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zana, sekarang ni macam2 bahayanya.. tak kira kecik ke besar... lelaki ke perempuan.. kekadang tu bukannya apapun... sekurang2nya untuk menyedapkan hati dan tak risau yang bukan2

      Delete
  2. Eh, musykil juga kalau sampai macam tu. Sampai tiga hari tak hadir. Saya rasa pun mesti ada yang silap tu. Ada yang tak kena. Ikut logik, tak mungkin seusianya mampu ponteng dengan cara cukup profesionalkan? Hehe/

    Alhamdulillah, saya tak pernah ponteng sekolah. Waktu sekolah rendah, waktu darjah empat je kena demam campak seminggu.

    Sekolah menengah pula, tak masuk kelas sebab aktiviti kokurikulum je.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang menjadi kemusykilan kami sekeluarga Wan. Sebab benda ni melibatkan sahsiah diri. Tak mahulah dia teraniaya atas sebab dan kecuaian pihak lain... sebab Aideel ni cerdik dan potensi untuk cemerlang memang ada pada dirinya.

      Delete
  3. Betul sweety.jangan buat mak susah hati..kita mak2 ni memang mudah risau/susah hati kan sweetie..memang itu yang acik rasa..masa yang rasa lapang tanpa risau bila anak2 ada depan mata.tapi sampai bila kan..acik pernah la kawan2 kata..bila la tak susah hati nya dia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kisah kawan2 kata macam tu acik... pada saya dan pesan arwah mak dulu... kita memang kena ada 'risau-riasu' terhadap anak-anak... Adalah sebab-sebabnya yang hanya mak-mak macam kita ni je yang tahu dan faham...

      Delete
  4. guru kelas tu yg tak hadir ke sekolah rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nohas! guru kelas tu memang tak hadir dan dia mengakui... jadi dia harap guru lain yang mengambil kedatangan dan kedatangan itu di tanda beberapa hari selepas tarikh yang sepatutnya... ini penerangan yang mak si Aideel dapat dari guru kelasnya tu. Kan.... tak pasal-pasal...

      Delete
  5. Cabaran yang sangat besar buat ibu bapa...Cikgu zaman ini bukan macam cikgu zaman dulu

    ReplyDelete
  6. sib baik.kalau sy pun risau
    di hantar di ambik,.mcm mana pulak boleh ponteng
    sy suka baca bila akak menulis ttg anak ;)

    ReplyDelete
  7. As salam kak..singgah sini. Apapun kagum anak2 akak ikut kata.

    ReplyDelete
  8. Hati ibu kann...bunda pun walau anak2 dah besar2 tapi kalau balik lewat2 sangat ...risau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul KN, tambah2 lagi zaman sekarang ni... macam2 'musuhnya'

      Delete
  9. Sedapnyer roasted chicken kat sebelah tu...rasa nak buat jugaklah...

    ReplyDelete