Tak sempat berposing di Parliment House... lagipun badan dah sejuk sangat sebab dah beberapa jam kami berada di luar dan terdedah pada cuaca sejuk... yang paling tak tahan sekali bila angin bertiup...kuat pulak... seakan-akan nak terbang dibuatnya. Hidung dan pipi aku jadi merah dan kebas.
Yang sentiasa dirindui...
Sebaik saja turun dan keluar dari bangunan station Hammersmith... kami berlari-lari menuju ke hotel... dari luar tingkap aku dah nampak abang... aku dan adik berlari masuk... dan kami berpeluk-pelukan.. aku macam nak menangis... "mak rindukan abang!" Pekerja hotel, Adrian dan kawan abang Farhan memerhatikan gelagat kami sambil tersenyum.
Selepas meletakkan beg pakaian abang dan Farhan di bilik.. kami berlima keluar makan malam bersama di restoran yang berhampiran...seharian berjalan sampai makan tengahari pun terlupa... lagipun perut tak rasa lapar... kesian Adrian yang tak makan seharian dan terpaksa balik lambat ke rumahnya di Southampton.
Adrian.. yang menemani dan membawa meronda-ronda kota London.
Makan malam kami Fish n Chips... sungguh sedap
dengan tartar sos, green pees paste dan kentang goreng. Untuk
lima orang makan cuma 34.97 pound
Wah Kak seronok bercuti ke London..... Lepaslah rindu yang terpendam selama ni ya...... Nanti bawalah balik ole0ole dari London.....
ReplyDeleteSeronok Zana... dan sejukkkkk... InsyaAllah minggu depan saya akan turun ke London semula... skrg ni saya ada di Sheffield.
Deletekak sweetie..
ReplyDeletekembang2 hidung saya baca en3 ni
rasa macam saya ada sebelah akak pulak
bila la nak ke london lagi ni ye
saya pegi dulu duk kat area Bayswater ;)
Kenapa Irfa... en3 ni buat irfa teruja nak ke London lagi ke? Dapat bonus hujung tahun ni apa lagi... google2la cari tiket2 yg ngam dgn poket kita... tp seeloknya dtg masa spring sebab winter ni sejuk sgt... nak keluar pun malas..lgpun masa siangnya pendek.
DeleteBayswater tu area Nottinghill.. dekat dengan Malaysian Hall kan... kalau ikutkan hotel2 di UK ni byk yg murah2 (ikut nilai pound - jgn convertkan ke RM)
eh bukan teruja nak pegi LHR lagi
Deletetapi sebak baca mcm mana akak nak jumpa anak
Oooo... sampai saat ni pun Irfa, bila saya kenang2kan semula... cam tak percaya saya boleh terbang begitu jauh semata2 nak melepaskan rindu pada si abang... lama lagi nak menunggu dia balik M'sia...
Deleteassalam sweetie..acik pun rasa sebak..rindu seorang ibu..kalau acik tak tau la sanggup ke tidak berpisah jauh macam tu..
ReplyDeleteNdak tak ndak saya terpaksa merelakannya acik... dari sekolah rendah dia memang dah bercita-cita nak belajar di UK... sebelum dia dtg ke UK ni.. dia pernah suarakan isihatinya... "mak, macammana nanti kalau abang rindukan mak!..."
Deleteassalamualaikum Sweetie cayang aduh rindu nya dgn adik akak ni sorry ya kat blog akak tak sempat nak balas,tkpe disini saja pun ok kan, akak pun sebak jugak mmbaca, dan rindu pun mengundang ni huhu,aduhh bila lah nak jalan lagi ke sna, umah anak akak kt earls court, aduh rindu nya nak makan kat restoran Bonda tu, dah makan ke belum Sweetie kat Bonda tu mmg terbaik lah apa saja pun ada kat sana tu
ReplyDeleteRestoran Bonda tu kat mana kak Noor? saya skrg ni ada di Sheffield... dah jauh dari Central London... Dari central London ke Sheffield ni masa perjalanannya 3 jam dengan bas...
DeleteTapi minggu depan saya akan turun semula ke London dan round-round London lagi sebelum balik ke M'sia... Kak Noor mehlah sini!!...
Dah lepas segala rindu ye Sweetie.. Berapa lama Sweetie di sana? Moga dapat manfaatkan setiap ruang waktu utk bersama abang. Lepas ni nak berpisah lagi.
ReplyDeleteLagi 10 hari Sal... syok plak lama2 dok sini... lepas abang pi kuliah saya keluar jalan2... kalau x kemana-mana saya kemaskan biliknya.
Deletefish n chips kt oberc m mg lagi sedap dr kat malaysia..hik hik
ReplyDeleteDia goreng garing dan panas-panas... makan pulak dalam cuaca sejuk... itu yg buat sedap tu.. su.
Delete