Tak tahu mana nak mula... Sebabnya tak mahu ada sesiapa yang tersinggung dengan apa yang nak aku cerita ni.
Pasal anak-anaklah.... tentang aku tak pernah paksa anakku Ojet bertudung. Masa sekolah dulu aku pakaikan dia skirt biru tu. Cikgu tegur suruh dia berbaju kurung dan bertudung. Masa tu Ojet baru darjah dua.
Terus terang aku tak sukalah budak-budak (belum akil baligh lagi) bertudung dan berbaju kurung. ‘Berbungkus-bungkus’ ... susah nak berlari... melompat... mengambur... terjun tambam.. (hehe.. ini istilah orang nogori... mengambur dan terjun tambam tu menggambarkan betapa lasaknya).
Bila Ojet cakap cikgu suruh dia pakai baju kurung dan bertudung ke sekolah, memang bengang aku. Cikgu tu sibuk-sibuk apasal. Siap pesan dengan Ojet, suruh aku pakaikan dia tudung dan baju kurung. Tapi Ojet cakap... mak dia ada belikan baju kurung tapi dia sendiri yang tak nak pakai.
Sebenarnya bukanlah aku melarang dan tak suka Ojet pakai tudung. Dalam kes mendidik anak-anak ni aku tak amalkan sistem paksaan. Memaksa tidak akan membawa ke arah kebaikkan. Apa gunanya depan aku dia bertudung... belakang aku... campak tudung. Biarlah dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri, fikir dan faham kenapa dia mesti bertudung dan menutup aurat.
Pendapat aku... kalau paksa anak-anak melakukan perkara-perkara yang mereka tidak mahu... ianya tidak akan memberi hasil yang di harapkan.
Lepas bertudung dan menginjak remaja, dia pakai t-shirt pendek dan seluar jeans. Si abang tegur... aurat tu rambut je ke? Ok, dia tambah aksesori diri. Pakai sarung tangan panjang... sebab t-shirtnya banyak yang berlengan pendek.
Hari demi hari dia semakin improve dalam berpakaian. Tudungnya sudah dilabuhkan. T-shirt-t-shirtnya sudah banyak yang berlengan panjang. Kakinya sudah disarungkan stokin. Itupun aku tanya... kenapa bertudung labuh-labuh sangat dan berstokin bagai... dan dia ada jawapannya...
Hari ini adalah sorang hamba Allah tu cakap dengan aku... Dah eloklah anak tu nak bagi pahala... you pulak melarang. Dan dia cakap aku mesti begitu bukan begini... Eh! aku bukan melarang... tapi mahu anak aku faham KENAPA. Sebab bila ada KENAPA? lu fikir sendirilah. Jangan buat semua tu kerana terpaksa atau ikut-ikutan. Macam yang banyak terjadi sekarang...
1. Bertudung... tapi make-upnya tebal.
2. Bertudung... tapi baju ketat, sendat dan jarang.
3. Bertudung... tapi bajunya lengan pendek.
4. Bertudung... tapi kainnya berbelah.
5. Bertudung... tapi... tapi.... dan banyak lagi tapi.
(* Maaf ya... aku pun belum sempurna sangat dalam berpakaian sebagai seorang muslimah. Yang paling payah untuk ditewaskan adalah nafsu!...)
hmmm...yang baik ikut, yg jahat tinggalkan
ReplyDeleteSaya ambik jalan tengah Zila... tidak terlalu berlebih2an... yang saya rasa sesuai dengan aktiviti kehidupan saya.
Deletesayapun tak pernah paksa anak-anak yg bawah umur pakai tudung dan berbungkus-bungkus. Saya suruh diorg pakai baju kanak-kanak yang sesuai dengan umur mereka asalkan tak terlalu seksi. Skirt pendek pun saya tak pernah larang. Tapi saya selalu bercerita-cerita dengan mereka tentang kepentingan pemakaian. Alhamdulillah, anak saya tak mahu pakai seksi2 dari diri mereka sendiri. Bukan sebab saya paksa. Sayapun tak berapa suka bila orang paksa2 mak bapak pakaikan budak kecik umur 2 tahun dengan tudung dan jilbab. Sebab saya dah pernah lihat kesannya pada anak-anak yang dipaksa ni. Lagi teruk bila culture shock, suatu hari nanti, dan lebih tak terkawal
Deletesweeti..setiap ibu doakan yang terbaik buat anak2 dia..in syaa allah..
ReplyDeleteSetiap waktu acik... tapi kena juga 'ajar' mereka berfikir untuk menentukan buruk dan baik... betul ke tidak... kan... (ini pendapat saya... beginilah saya sepanjang membesarkan mereka.)
Deletesalam kak.. lady puun xth lagi mcmn nak ajar anak berpakaian nanti.. skrg ni lady pakaian baju2 sexy.. huhuhuu.. baby lady br 5 bulan.. tp sbnrnye dah terfikir nk ajar mcmn kak.. adkh perlu diajar sedari kecil atau bila dah akil baligh..
ReplyDeletep/s : akak, tq yer sal teguran kari tu.. hehe.. lady xth pun org x letak kcg bendi dlm kari ayam.. lady letak2 jerk.. hr ni lady letak dalam singgang daging lak.. hancur terus bendi tu kak..
Lady, maaf ya, saya tidak menyindir sapa-sapa... apa yang saya tulis adalah tentang kehidupan saya hari2 dengan anak-anak. Sebenarnya apa yang catatkan di sini adalah kenangan. Nanti bila saya dah tiada lagi di dunia.. inilah tinggalan saya pada mereka untuk mengenang kembali momen-momen indah bersama mereka. Saya pun suatu ketika dulu seksi dan skrg pun masih seksi lagi...hehe..
DeleteOk je... tapi selalunya begitulah... kari ayam & daging gengnya kentang. Tapi tak salah kalau kita nak letak benda lain kan... kita yang nak makan.
iman, ilmu & amal...nak beramal kena ada ilmu..betul lah tu, kena tanya sbb nak tahu tahap kefahaman anak2...menutup aurat mengikut kemampuan masing2 asalkan mematuhi syariat...
ReplyDeleteItulah yang mahukan dari anak saya... sebab kita faham jiwa remaja...tapi ini tidak pula bermakna saya mencela anak-anak remaja yang berpakaian ranggi. Suka je saya menengoknya asalkan kena pada gayanya.
Deletesesuatu biarlah dari hati sendiri . kalau dipaksa atau ikutan tak kekal lama.
ReplyDeleteBetul Nieda...
Deletesy pun..belum menutup aurat dgn sempurna,huhu
ReplyDeleteTak pa... berubah sedikit demi sedikit..
Delete